16 May 2012

Guru = Teacher

Zaman tadika (1999)

Pendidikan formalku bermula seawal tadika.
Tadika Kemas Kg. Lohan,
Sekolahku yang pertama.

Kalau nak cerita dari A sampai Z.
Semua kenangan tu memang tak dapat ku ceritakan.
Sumpah.
Sebab saya pun dah tak ingat.



Tapi kenangan termanis pernah ditempuh seawal zaman ini.
Ialah kenangan bersama kawan-kawan.
Pengalaman pertama mencari kawan.
Pengalaman pertama main buaian laju-laju.
Pengalaman pertama ambik ujian.
Pengalaman pertama dapat A lukisan seni.
Pengalaman pertama diajar oleh cikgu.

Ya,langkah pertama menimba ilmu.
Dimulakan oleh seorang cikgu.
Dan cikgu tu sampai sekarang saya masih rapat dengannya. :]

 Zaman sekolah rendah (2000-2005)

Zaman ni memang penuh dengan kegumbiraan.
Secara jujurnya saya rindu zaman ni.
Kalau ada orang jual time machine nak jak ku beli.

Zaman ni tersangatlah best.
Zaman dimana kawan adalah orang paling rapat.
Nak lari mana-mana pun masih cergas.
Aktif.

Di sini saya belajar apa itu tambah tolak bahagi darab.
Di sini saya belajar apa itu I, YOU, HE, SHE, THEM etc
Di sini saya belajar apa itu kata ganti nama.
Di sini saya belajar apa itu erti berjimat cermat.
Di sini saya belajar apa itu erti bertolak ansur.

Tapi kan kalau nak dibandingkan antara SK dan SUI.
Saya lebih suka SK.
Kalau dulu malas jak nak turun SUI.
Tapi sekarang tengok adik-adik turun SUI macam nak pegi sekolah balik.

Tapi apa-apapun cikgu jugalah yang mencorakkan tinta pendidikan.
Dalam diri ini.
Terima kasih kepada cikgu-cikgu.
Yang mendidik saya.
SK MARAKAU. (2000-2002)
SK KILIMU. (2002-2005)

Zaman Sekolah Menengah (2006-2010)

Zaman ni memang pergghh.
Best gilerx.
Dapat bersekolah di bumi kenyalang.
Merupakan antara nikmat yang tak dapat dilupakan.
Serius.

Gambar bersama Azlan semasa orientasi utk pelajar form 1 dan 4

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak.
Prestasinya segah namamu.
Di sini kenangan tercipta.
Tak mampu ku lupa semua yang terjadi.

Guru-gurunya sempoi-sempoi belaka.
Warden-wardennya cukup bersahaja.
Matron-matronnya tersangatlah mesra.

Disebabkan aku mampu menguasai pertuturan sarawak dengan baik.
Junior-junior tak dapat menangkap bahawa aku ni orang Sabah.

Haha.

Ok cukup tidak malu pengakuan itu.
=.="

Kenangan bersama Zainuddin time entah aku tak ingat

Pernah sekali.
Aku dengan khusyuknya tertidur dalam kelas.
Tetiba suara guru fizik kedengaran.

"Syukri, don't sleep aa."

Lepas tu terbanguk kejap.
Then tidur balik.

Naik pening kepala guru ku tu.
Entah kenapa masuk kelasnya jak.
Tetiba aura tidur muncul.

Oleh itu.
Cikgu fizik yang juga cikgu paling tabah.
Dalam sejarah hidup saya.
Saya ingin meminta maaf.
Halalkan pelajaran yang cikgu berikan.
Sumpah kalau saya dapat undur masa balik.
Saya takkan tidur dalam kelas.
Hehe.

Menjadi pengacara majlis utk sambutan hari guru bersama fatin dan cikgu Meelan


Buat cikgu-cikgu di KTDTHB.
Jasamu terlalu banyak.
Segunung lautan juga tidak mampu ku balasnya.
:)

Zaman Matrikulasi (2011-2012)

Zaman sesingkat matrikulasi.
Setahun sahaja hayatnya.
Tapi pengalaman ditimba.
Tak dapat dilupa.

Masih saya ingat.
Ada seorang pensyarah yang sangat saya hormati.
Pensyarah subjek kimia.

Beliau sanggup bersusah payah.
Ambil 3 jam kelas berturut-turut.
Ajar kimia sahaja.
Sanggup tuu.

Beliau juga hebat dalam berdakwah.
Tak percaya?
Tanya la kawan tutoran ku.
Gayanya cukup bersahaja.
Tapi kata-katanya cukup berhikmah.

Buat pensyarah-pensyarah di matrikulasi.
Terima kasih bebanyak sebab sudi menyumbangkan.
Tenaga.
Masa.
Harta.
Untuk mendidik kami.

Puisi untuk guru

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
[Puisi usman awang yang berjaya ku curi]

16 Mei
Memandangkan harini hari guru.
Saya ingin mengucapkan selamat hari guru.
Untuk guru-guru yang pernah memberi ilmu kepada saya.
Sehinggalah saya terbentuk sebegini rupa.

Guru engkau telah banyak memberi didikan kepada kami.
Tetapi kami selalu sahaja mengabaikan didikanmu itu.
Maafkan kami wahai guru.

Btw ucapan khas untuk guru yang paaaaaaaaling awal dalam hidup saya.
Iaitu bonda Dayang Alinah dan ayahanda Saridih Ahmad.
Guruku di rumah.
Yang mana keduanya ialah guru di sekolah.
Terima kasih semuanya..


Bersama kawan-kawan dan Ustaz Nik yang peramah dan kiut KAN?

Bersama pengetua yang sempoi



Bersama guru subjek add math sekaligus subjek untuk tidur. Hehe

No comments:

Post a Comment