31 Dec 2012

#2012HasTaughtMe

Assalamualaikum.

Hi uolls yang sedang menunggu pertukaran tahun masihi dari 2012 ke 2013. Apa khabar? iolls harap uolls baik-baik sahaja. (mukadimah gedik. Okfine)

Maka sama seperti para-para sakura (blogger) yang lain, bersempena dengan tahun baru yang akan bertukar pada esok hari, beta juga tidak ingin ketinggalan daripada mengemas kini blog yang tua dan tidak berpenghuni ini.

Ok. ALkisah haritu aku ternampak trending #2012HasTaughtMe kat twitter. So aku yang senang terpengaruh ini pun mengambil keputusan untuk rela dipengaruhi trending itu. Maka aku yang dah lama tak update blog sebab sibuk study *ecece bajet rajin* tergerak hati nak update pasal peristiwa yang berlaku dalam hidup aku pada tahun 2012.


1. #2012HasTaughtMe untuk merindui classmate aku di matrik

Actually awal tahun 2012 aku dan geng2  tengah bermain dota beramai-ramai dalam bilik. Bermula malam 31.12.2011 sampailah pagi 01.01.2012. So basically kamiorang dah bermain dota selama dua tahun. Kan kan kan. Ada jugaklah yang tidur selama dua tahun, tengok movie selama dua tahun, layan korea selama dua tahun dan tidak kurang juga golongan yang study selama dua tahun.

Sebenarnya point aku ialah, aku sedih meninggalkan kawan-kawan sekelas aku di Matrikulasi. Walaupun baru bersama selama setahun, aku rasa macam dah rapat gila. Kamiorang makan sama-sama, lepak sama-sama, belajar dalam kelas tutor sama-sama, hadiri kuliah sama-sama dan banyak lagi lah yang kami buat bersama.

Actually aku rapat dengan kawan-kawan aku yang lelaki. Sampai satu tahap, aku rasa aku patut abadikan kenangan kami. Dan dengan itu, aku poyo-poyo pergi belajar buat video khas untuk klasmet aku.




2. #2012HasTaughtMe untuk menggunakan editing software

Sebenarnya, sebelum ini aku memang tiada basic editing langsung. Tiba-tiba masuk matrikulasi, aku diberi jawatan untuk mengendalikan Lajnah Penerbitan untuk Surau. Bagaikan pirana aku disambar (sebenarnya aku nak cakap aku terkaku) sebab aku memang tak tau nak design apa benda. Perlahan demi perlahan aku belajar buat poster, buat risalah, buat handbill guna Microsoft Publisher.

Maka selepas graduasi dari matrik, aku berasa bosan tiada apa nak dibuat di rumah menyebabkan hatiku rasa kosong. Maka aku mengambil keputusan sekali lagi untuk poyo-poyo belajar Adobe Photoshop pulak. Orang cakap step by step. Maka sekarang aku sudah boleh menggunakan beliau (fotosyop) walaupun aku masih noob. Untung sabut timbul, roommate dan kawan aku ramai yang pakar dalam bab photoshop. Maka merekalah menjadi sumber rujukan aku. Dan aku sekarang masih bertatih belajar…

Dalam bab lain pulak, Alhamdulillah aku dah mampu menghasilkan video (noob) menggunakan software-software seperti Corel Video Studio dan Sony Vegas. Aku target akan belajar After Effect pulak lepas ni (setelah melihat video PASUM yang memang hebat itu). Dan macam biasa, aku tengah belajar jugak dari orang-orang sekeliling aku.


3. #2012HasTaughtMe belajar di Universiti Malaya

Sebenarnya, semasa aku apply UPU, aku memang tidak berapa mengharap akan dapat belajar di Universiti Malaya (UM) sebab semasa aku di matrik, orang memang memandang tinggi Universiti Malaya. Katanya, susah nak masuk lah, persaingan terlalu ramai lah, dan macam-macam lagi lah.

Sewaktu aku mula-mula check keputusan UPU, terkejut aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. So korang yang masih menuntut di bangku-bangku persekolahan atau matrik, target lah masuk ke universiti manapun walaupun orang cakap susah nak masuk ka apa. Sebabnya, korang tak tau rezeki korang kat mana. Asal ada usaha pasti boleh!


4. #2012HasTaughtMe untuk menjadi "mahasiswa". Bukan "Mahasiswa"

Semasa aku join Minggu oren UM (orientation week), Vice Chancellor ada bagitau “Jangan jadi mahasiswa 3K! Kuliah, Kafe dan Katil”. Means dah bergelar mahasiswa ni, kena lah produktif. Jangan malas join aktiviti kolej. Jangan malas nak turun surau. Jangan malas nak keluar berjoging atau riadah petang-petang. Dan jangan stay  berkurung di bilik sampai tiada komunikasi dengan orang lain.

Menjadi mahasiswa merupakan satu turning poing dalam hidup kita. Kalau dulu aku malas membaca, sekarang kena banyak membaca. Library kan ada. Kalau dulu malas nak mengkaji, sekarang tak boleh lagi dah. Ianya satu kerugian seandainya tidak memanfaatkan masa sebagai mahasiswa dengan sebaiknya.

Sepatutnya sekarang aku sudah boleh berkomunikasi dengan baik. Tidak gagap. Berani bercakap di hadapan orang ramai. Berani menegur kawan. Pandai komunikasi English dengan baik (walaupun aku band 3 MUET dulu) dan meningkatkan ilmu agama melalui pelbagai medium.

Kalau tengok orang dulu-dulu kan, rasa macam diri ini jauh ketinggalan dengan dorang. Waktu umur baya aku, dorang sudah mampu berdikari. Tidak lagi mengharap pada ibu bapa. Boleh menjana pendapatan sendiri. Berani menegakkan yang benar walaupun dibenci. Dan banyak lagi. Sekarang, selaku mahasiswa, aku berasa sedih dengan kondisi sekarang. Well, sekarang orang dah tak macam dulu lagi.

Kalau dulu, orang nak menegakkan kebenaran tampil berjumpa dengan orang secara direct. Sekarang? Heh post kat Facebook berlambak-lambak. Bising je banyak tapi action??? Tarak. Haiyo. Aku lah salah sorang tu. Isk isk isk.


5. #2012HasTaughtMe to keep moving forward



Seriously pada tahun 2012 ni banyak memberi aku cubaan. Aku sedih banyak kali dalam hati. Aku letih menangis, menangisi hal dan orang yang salah. Aku diuji dengan pelbagai masalah macam masalah dengan kawan, masalah dengan pelajaran, masalah dengan perjuangan.. dan banyak lagi.

Kadang-kadang amanah yang diberi membuatkan aku rasa macam tak mampu ku dongak kepala melihat dunia. Bahu terasa berat sekali. Tekanan demi tekanan kadang-kadang membuatkan aku lemah. Tapi cepat-cepat aku ingatkan diri bahawa Tuhan tetap bersama.

Well, biasalah. Kadang-kadang orang tengok aku riang gembira. Sebenarnya tiada siapa tahu hati ini menyimpan luka yang dalam. Haha ayat tak boleh blah. Tapi by the way aku memang banyak belajar dari pengalaman. Nenek aku selalu cakap, “Experience is the best teacher” (mak aih hebat gila nenek aku berfalsafah English. Okfine aku tipu bukan nenek aku yang cakap tapi nenek Justin Bieber).

Seriously 2012 had taught me to keep moving forward and be brave.


6. #2012HasTaughtMe to make Twitter Account

Ok perkara ini paling sengal. Sebenarnya aku taka da niat pun nak buat akaun twitter. Tapi apabila asyik dipaksa dan ditindas oleh kakak dan sekutunya, maka aku pun dengan berat hati membuat akaun twitter. Pada awal mukadimah pembentukan twitter, aku memang blur habis. Words are limited habis. Lepas tu butang Retweet, Favorite semua tu aku memang jakun habis tak tau apa benda tu.

So alkisah kira-kira sebulan jugaklah aku tinggalkan twitter aku tanpa khabar bagus. Tapi entah mengapa, there comes a day bila aku buka twitter dan cuba tweet something. Dan who knows benda tu menjadi satu ketagihan bagaikan darah yang mengalir dalam setiap inci sendi-sendi urat badanku tanpa aku berkemampuan untuk menghalangnya. (ok aku tak faham kenapa aku gunakan kata bahasa sebegini)

Seriously benda tu memang seronok walaupun tweet limit dia 140 patah perkataan (Facebook xda limit words). Orang banyak dah beralih dari Facebook ke twitter ni berdasarkan pemerhatian aku sebab it is too mainstream to write more than 10 post per day in Facebook. Haha


7. #2012HasTaughtMe untuk merevolusi azam baru

Kalau sebelum ini, aku akan tukar azam setiap kali masuk tahun baru. Macam aku tahun 6 dulu, aku berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh supaya Berjaya dalam UPSR dengan gred 5A. Kalau aku semasa tingkatan 5, aku berazam agar aku dapat menghilangkan ketagihan bermain dota sebab nak SPM masa tuh. Tapi sekarang berbeda.
Aku sekarang tidak meletakkan azam baru lagi. Kalau setiap tahun nak tukar azam, bagaimana dengan azam yang tak tertunai pada tahun lalu dan tahun yang terdahulu dari yang lalu? So aku berkonklusi bahawa aku nak menaiktaraf azam aku tahun lepas dan tahun-tahun lepas iaitu SENTIASA UPGRADE DIRI DARI SEMASA KE SEMASA. Means jangan berada di tampuk yang lama. Kenalah maju. Kancil sekarang dah jadi kereta. Apel dah jadi smartphone. Buah blackberry dah jadi handphone. Kan kan kan?

Sebenarnya banyak lagi yang aku nak luahkan tapi yang lain biarlah jadi lipatan sejarah yang kusimpan kemas dalam ingatan memori.

While women fantasize about romance, men fantasize about powerful cars, faster, computers, gadgets, games, and new more powerful technology. Men are preoccupied with the
“things” that can help them express power by creating results and achieving their goals but the question is, what the hell on earth that I’m still in front of my laptop instead of studying? -.-

Haha.

So memandangkan 04.01.2013 nanti first exam aku, maka silalah doakan kejayaan aku dan aku insyaAllah akan doakan kejayaan kau dunia akhirat.

Semoga kau sentiasa dalam cinta Yang memberi cinta.
Dan dalam cinta aku.
(kopi pes dari manusia fs)