10 May 2014

SYUKRI AND HIMSELF

Assalamualaikum.

Lama juga En. Syukri tidak menulis di blog ni. Rasa macam dah bertahun tahun dihuni sarang labah-labah rupanya baru 3 bulan since his last update. Buat pengetahuan, En. Syukri sekarang tiada keupayaan menulis di blog sebab beliau sa-orang yang poyo poyo busy, suka membuat onar, suka prokrastinasi dan juga hibernasi.

Sebenarnya nak cerita, En. Syukri sekarang sedang sibuk menge-tweet. Walaupun lab report sudah tidak perlu disentuh, namun nampaknya movie movie dan drama korea di dalam harddisk telah lama beratur menunggu beliau. Hal ini ditambah lagi dengan kewujudan penyakit mudah rapuh dalam diri beliau - yang mana pasti akan menggangu gugat ketabahan beliau untuk study awal.

En. Syukri telah berkata kepada saya bahawa beliau sekarang dalam keadaan sihat danpoyo seperti biasa. Tambahan, beliau sedang memperkembangkan kebolehan beliau dalam pelbagai bidang. Buat pengetahuan, beliau baru sahaja belajar memandu motor pada pertengahan bulan march dan sehari selepas harijadi beliau - malang tidak berbau - beliau telah mengalami kemalangan jalan raya. kah!

Tetapi sayang seribu kali sayang. Kecelakaan sekali belum cukup membuat beliau berputus asa. Beliau terus menjadi pemandu haram di sekitar UM - PJ (mapley) - Bangsar (isi minyak) selama 7 minggu. Dan syukur, setelah diceramah berkali-kali akhirnya beliau sedar yang beliau perlu mengambil lesen memandu disebabkan beliau bukannya budak JPA yang kaya raya untuk membayar saman.

Beliau juga telah menyertai pertandingan nasyid Festival Seni Universiti Malaya (FESENI UM) dan mendapat tempat ke-lima. Malang beribu kali malang, sekiranya beliau tidak menyertai kumpulan nasyid tersebut, tentu kumpulan tersebut mempunyai peluang cerah untuk memenangi pertandingan itu.

Cuma akhir-akhir ini beliau nampak lebih tekun dari hari hari sebelum. Mana tak nya, malam malam mesti hilang dari pandangan roomate beliau. Beliau kerap melancong dari satu fakulti ke satu fakulti yang lain dengan satu tujuan - tidak lain tidak bukan untuk mendapat pancaran wifi yang laju.

Maka itu sajalah alkisah En. Syukri budak poyo yang berperangai pelik. Beliau kata kalau beliau rajin beliau akan bersihkan sarang labah-labah di blog beliau. Arigato gojaimasu.


beliau gugel translet saja bahasa korea yang beliau juga tidak fahami itu