25 Sept 2012

UM, Abah dan Umi :')

Assalamualaikum..

Memandangkan lama sangat dah tak hapdet blog (even minah ni lagi lama x hapdet), pada petang yang berbahagia ini saya ingin mengapdetkan blog yang lama tak bersentuh. Actually lama dah nak hapdet tapi memandankan line internet yang sangat LAJU, terpaksa batalkan niat.

First, izinkan saya berkongsi cerita sepanjang keberadaan saya di Universiti malaya. Minggu pertama ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) iaitu minggu Orientasi. Minggu ni memang best. lagi2 time berkumpul di Dewan utama Universiti.

Time ni memang gempak arh. Semua kolej kediaman ada. So apa lagi, kelaurlah segala mala cheers yang ada di UM ni. Best sangat tengok persaingan ni. And you know what, Kolej kamiorg diiktiraf sebagai Kolej paling bising. Habis semua di'sap' kamiorang. Lisa Surihani pun sebut nama kolej kamiorang you know. Kelas Kau.

Then hari Sabtu tu kmiorang keluar pergi jalan-jalan menghabiskan duit. Means jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Best sangat. Ya lah first time lah katakan.

Sepanjang seminggu pertama kuliah, hanya masuk kuliah dan hadam ilmu macam biasa. First two weeks adalah minggu add and drop subject. And minimum jam kredit untuk kamiorang adalah 18jam kredit. Pakcik aku cakap, 18 jam kredit tu kira sedikit.

Ya memang sikit. Sampai saya ada masa tidur di bilik sebab kadang-kadang kelas start pukul 5.

Ok sekarang sudah masuk minggu ketiga kuliah. Hari ini (Selasa) adalah hari undi untuk calon Mahasiswa. Lepas undi tadi dapat makanan you. Kolej lain tarak. Hahaha. (Proud to be kuazian)

Ok cukup cerita pasal Kolej kediaman saya yang hebat. Ni pasal abah dan umi pulak.

Hari esok (Rabu) abah dan umi akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Sedih sangat bila berbicara dengan umi dan abah semalam. Makcik dan pakcik datang ke rumah katanya membawa beberapa hajat bila tiba di tanah suci.

Doaku untuk mu abah dan umi..
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik..
Semoga mendapat Haji mabrur..
Semoga dapat mengambil ibrah dari perjalanan ini..
Hiba anakmu dari hati yang dalam..
Semoga perjalanan diberkati..
Selalu..
:')

Cinta hati sampai mati
24092012
15:46
Universiti Malaya
Malaysia

2 Sept 2012

Aku bakal mahasiswa weyh!!


Berjalan bersama kawan atas urusan kerja
Assalamualaikum.

Setelah sekian lama tak hapdet blog, maka aku mencuri masa mengonline di dalam bilik 117 Hibiscus Hotel di Jalan Masjid India. Ok, mata memang dah mengantuk. hati pulak macam nak tak nak jak pergi masuk UM esok. Sumpah, Hati belah dua sekarang ni. Tak, belah sepuluh. Lagi best bunyik nya.

Hari ni jak perjalanan memang perit dan memeritkan. Ok, tak perit mana pun. Ada la sikit.

Bangun pagi bertolak dari rumah selepas sembahyang Subuh. Ranau ke KK dalam 2 jam. Dalam kereta tidur sakan. Bangun bila nak 5 minit sampai Airport. Ok, memang raja tidur.

Di airport check in bagai. Calling kawan, kebetulan ada seorang kawan AKA kazen memang sama flight. Jumpa sambil berborak sakan. Well, lama tak jumpa. Beysalah.

Then makan di KFC lagi, pastu turun bawah pergi Cek in bagasi. Bagasi lebih muatan kata pekerja. Pfft. Melayang RM 50. Rupanya dia kira untuk seorang. Pfft sekali lagi. Nak buat macamana lagi, duit dah bagi. Ok, dimaafkan.

Lepak dengan umi, kakak dan adik kejap pastu masuk dalam balai perlepasan dengan abah. Calling kawan lagi. Dan pakcik Oyo. Katanya nak jumpa pagi Ahad. Harini kerja Over Time.

Di Kapal lagi, tidur lagi. Nak dekat 2 jam perjalanan memang 90 % tidur. Lagi dan lagi. Bangun bila nak 10 minit sampai KLIA. Errr tak, LCCT. Sampai sana, ambil barang then terpisah dengan kawan.

Naik Bas Pertama aku di Key L guna Sky Bus. Bas merah, kepunyaan orang India. Apa dia cakap memang aku tak faham lah. Nasib baik Pramugari Air Asia duduk depan aku. Perhh cantik gila siot. Ok, nama pun pramugari. Haha, ok aku tak payah nak gatal sangatlah.

Dalam perjalanan, tidur lagi. Eh tak. Tak tidur kali ni. Abah jak tidur. Aku menikmati pemandangan di negeri orang. Cantik boleh tahan lah. perjalanan dalam 2 jam jugak sampai ke KL Sentral.

Pengalaman pertama naik LRT using Rapid KL. Aku macam rusak masuk kampung. Serius, banyak perkara aku baru tau. Maklumlah, aku last pergi Key L tahun 1998. So far banyak dah berubah. sangat..

LRT berenti di Masjid Jamek. Dah tiba, usung beg yang berat ini ke Hotel Hibiscus. Masa lama jugak lah, Ada la dalam 15 minit usung beg. Patut tangan aku pun tough.

Dah cek in, keluar membeli di Mydin. Jumpa abang Hafiz dan abg Fariz time membeli barang. Dorang dua senior di kolej dulu. Yeay ada geng. Then time beratur nak beli barang, Abg Oyo telefon. So loghat Sabah memang terkeluar lah.

And secara kebetulan, minah cantik yang depan aku tu orang Sabah. Terdengar perbualan aku, dia menegur. Ditanya nya aku ni orang mana. Aku jawab orang Sabah then dia pun jawab yang dia pun orang Sabah. Bekas PASUM.

Borak punya borak tak sedar dia dah habis bayar barang. Then dia sempat kata "jumpa esok" kat aku. Aku balas dengan senyuman. Serta hati berbunga. Haha *ok perasan perasan perasan Puiiiih*

Perjalanan di sambung membeli belah di kedai2 berhampiran. Target utama ialah kedai buku. Perhhh di sini aku bilang sedia lah, buku memang banyak. Sampai pemilik kedai pun tak tau nak susun di mana lagi. Sebab serius banyak.

Aku ada jugak beli buku. 3 bijik. Ya beli saja lah. Baca tu tak tahu lagi. Then pergi KAMDAR beli seluar jeans 2 helai. Lepas habis, aku dan abah pergi pasar malam tepi jalan beli nasi dan bahan untuk di minum.

Dah tu chow balik hotel. Sembahyang dan terusan online. Esok aku dah bergelar mahasiswa UM. Mahasiswa, bukan mahasitua. Means aku dah menjejakkan kaki ke alam pembelajaran yang bebas. Harini aku dapat banyak pesanan dan nasihat.

Macam, "Jaga diri bagus-bagus di KL senang rosak", "Belajar kerana Allah" dan banyak lagi. Aku malas nak tulis sebab mengantuk sangat sekarang ni. Aku nak ucap terima kasih lah kepada mereka yang dah bagi nasihat dan saranan ni.

Ok cuak. Aku sekarang ditemani abah yang sedang tidur. Sambil layan MV lagu. Ohya connection di sini kuat. Youtube tak buffering pun you know. Harap-harap sampai UM bleh online dapat jugak ku update status fb and tweet.

So as for now, aku pun dah nak tidur. Esok jam 9 nak gerak ke UM. Doakan aku berjaya dalam pembelajaran, dan doakan aku dapat membentuk diri menjadi mahasiswa yang baik dan soleh ok.

Terima kasih daun keladi.