3 May 2012

Jawapan Sebuah Matrikulasi..



Assalamualaikum WBT..


Sebenarnya ramai pelajar lepasan SPM Kolej TDTHB yang mengirimkan sms kepada saya bertanyakan pasal program matrikulasi.


Ada juga yang merasa takut-takut ataupun risau ataupun malu-malu kuching untuk masuk ke matrikulasi dengan asbab apa saya pun tak tahu kerana setahu saya masuk ke matrikulasi adalah antara nikmat dunia terbesar (lahh sangatt).
Oleh sebab yang demikian terpanggil juga saya untuk memblogkan pasal benda ni lagi-lagi memandangkan blog ni memang lama x berisi, burok, hudoh, berusang, bersawang serta bersaranghae.


 
=.="


Ok. Kita masuk ke topik sebenar.Berikut adalah serba sedikit jawapan kepada persoalan-persoalan yang mungkin timbul di benak minda anda dan ini adalah jawapan personal dari sisi point of view saya.


Kalau ada siapa-siapa bekas pelajar matrik nak bantah silakan kerana sudah saya peringatkan ini adalah dari sudut pandang  saya.

 

Kenangan time matrik di Pantai

Dan diperingatkan juga ini adalah sekadar perkongsian dan bukan untuk mempengaruhi anda supaya menolak tawaran lain tapi untuk memikirkan sebaik-baiknya kerana ini melibatkan soal kerjaya anda.
1. “Ok ini soalan basic. Amacam matrik?  Macam susah jak dengar dari mulut orang lain cakap itula.. inila.. Ada juga yang kena kick”

Kalau soalan basic, ini juga jawapan basic. Kalau nak cakap susah tu takda la sangat. Kalau nak cakap senang tu takda la senang sangat. Rule nya simple lagi dimple.
 
Barangsiapa yang usaha lebih, dapat lebih.
Barangsiapa yang usaha kurang, maka dapat kurang.

Maka setiap tutorial (kira macam kerja rumah la) sila siapkan.
Maka setiap lab report sila siapkan.
Maka turun kuliah sila jangan eskep.
Maka sembahyang sila jangan kurang.
Ok yang pasal kena kick tu saya x berapa tahu tapi mungkin bukan nasib kot. Sudah berusaha tapi masih tak berjaya. Tapi bukan semua kena kick. Cuma mungkin 2 daripada 20xx lebih pelajar jak. Itu pun pelajar 2 tahun (nanti diterangkan dengan lebih lanjut)


2. Yuran masuk matrik berapa? Bayar bulan-bulan kah?


Yuran tu bayar RM 3xx(time zaman beta) kalau time zaman kamu saya xtahu. Ada yang cakap RM 5xx tapi xtahu la kerajaan naikkan sebab elaun kamu dapat lebih kot.


3. Huh ada elaun? Apa benda tu? Cerita sikit.


Elaun ni kira macam bantuan kewangan kerajaan untuk pelajar-pelajar Matrikulasi seluruh Malaysia. Elaun tu dalam jumlah RM 2500 (time zaman beta juga) dan dengar2 timbalan PM kata nak naikkan. Doa dan insaflah banyak-banyak.


Elaun ni masuk melalui ATM (Cucuk kad keluar duit). Maka sila siapkan kad Bank Rakyat sebelum masuk matrik. Bagi yang tak berkesempatan (macam beta dulu) buat sebelum matrik, boleh buat semasa pendaftaran kemasukan ke matrik.


Kemasukan elaun ke ATM:
1. Elaun untuk semester 1 akan masuk sedikit demi sedikit.


Cth :RM250 masuk bulan Julai, diikuti RM 300 masuk bulan September dan seterusnya sampai la habis sem 1.


2. Elaun untuk semester 2  akan masuk sekaligus.


Cth : RM 1250 akan masuk direct ke ATM anda. Selalunya time gini orang mudah lalai. Ada yang terus menggunakan elaun untuk beli handphone 3G, 4G dan sebagainya. MAka waktu keluarkan duit masa nih sila berhati-hati.


4. Macamana dengan sistem pembelajaran matrik?


Ok biar saya terangkan sedikit demi sedikit. Pihak kementerian matrikulasi telah membahagikan pelajar kepada dua. Pelajar jurusan Akaun dan jurusan Sains.


Dalam jurusan sains, dibahagikan lagi kepada dua. Pelajar Satu Tahun (PST) dan Pelajar Dua Tahun (PDT).


Kedua-dua jurusan (PST dan PDT) terbahagi lagi kepada tiga:


·         [Modul 1]  BIOLOGY + PHYSICS + CHEMISTRY + MATHEMATICS


·         [Modul 2]  PHYSICS + SAINS KOMPUTER + CHEMISTRY + MATHEMATICS


·         [Modul 3]  BIOLOGY + SAINS KOMPUTER + CHEMISTRY + MATHEMATICS


Nanti sampai di matrikulasi masing-masing boleh mengubah jurusan anda sama ada memilih Modul 1, 2 atau 3. Ingat, pilih la jurusan yang bersesuaian dengan kerjaya & cita-cita anda. Sama macam tingkatan 4 dulu. Mesti pilih jurusan yang diminati, kan?
Pelajat PST dan pelajar Akaun (Budak akaun xda PST atau PDT) akan menghabiskan pembelajaran dalam masa setahun. So ada 2 semester untuk dihabiskan.


Biasanya Semester 1 pembelajarannya agak ok sikit berbanding semester 2. Sama jugak la macam disiplin. Biasanya disiplin pelajar time semester 1 baik sangat tapi time semester 2 kurang baik.

 

5. Wifi ada tak?
Haha. Soalan bonus ya. Ok2 Wifi memang ada tapi Cuma available di kelas-kelas tutorial or library time malam jak ok.
Itu pun Fb, utiub dan laman-laman lain yang sama waktu tidak dapat diakses kecuali mereka yang kaki Hack.
Kalau nak online better beli brodben sendiri la ya.


Saya dulu guna brodben meksis *promote*


6. Buku rujukan perlu tak?


Hmm.. ok, sebenarnya buku rujukan ni ikut keperluan jugak la. Ada sesetengah buku yang out of syllabus dan terlalu terperinchi. Ada yang kurang pulak. So kalau nak beli jugak, terpulang la.
Tapi perlu diingatkan juga, ada sesetengah pensyarah yang menyediakan nota sendiri. Kalau kena pensyarah yang nak korang salin nota di depan, terpaksa la salin tapi dengan cara yang smart ok.
Jangan salin semua kepak tangan Korang nanti.


7. Apa lagi prasarana yang ada?


Ok, kalau dari segi prasarana memang boleh tahan.


CC.
Tempat fotostet.
Library.
Dewan kuliah.
Surau.
Gelanggang bola keranjang.
Padang bola.
Padang futsal.
Astaka.
Jamming place.
Kafeteria.
Bilik Rekreasi.


Macham-macham ada.


8. Asrama pulak macamane?


Asrama matrikulasi ada 6 blok semuanya. (4 blok perempuan 2 blok lelaki)
Setiap blok ada 4 tingkat.
Setiap tingkat ada 30 bilik.
Setiap bilik ada 4 orang penghuni.


So means katil ada 4 bijik.
Meja study juga ada 4 bijik.
So study bila2 pun boleh.
Plag masing2 ada 2 bijik.


Satu di sebelah katil satu di meja study. *test dulu sebelum pilih tempat*. Korang pepandai la hias bilik agar kelihatan mesra penghuni dan mesra tetamu.


Oyeah, laptop boleh dibawa tetapi mestilah dengan kebenaran warden. Jangan tengok perkara pelik nanti otak rusak.
View di asrama lelaki


So ini la yang dapat dikongsikan. Kalau ada yang kurang atau terlebih nanti beta tambah ya sebab ini jak yang dapat difikirkan buat masa nih.


So para-para lepasan SPM sila buat pilihan dengan bijak.


The choice is in your hand.



28 comments:

  1. jap2, sume matriks same je ke?

    ReplyDelete
  2. Tak pasti pulak tapi rasanya sistem yang dilaksanakan sama. :]

    ReplyDelete
  3. kalau takde kad bank bsn macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene ada sbb situ je dorang masukkn duit korang nnt.. Klau guna akaun bank lain2 susah.. Dorang nk senangkan process transfer tu..

      Delete
  4. Sem 2 ade yuran ke?

    ReplyDelete
  5. sem 2 xde yuran tapi sem 3 ade for pdt

    ReplyDelete
  6. Kalaw amek modul 3 blh smbung medic x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm rsenya x boleh.. Nk amik medic pon dorang tngok gak physics.. And satu pesanan.. Amik la modul satu sbb mana tau x jd amik medic tapi ada byk lagi option korang blh plih..

      Delete
  7. Kalaw amek modul 3 blh smbung medic x

    ReplyDelete
  8. Kalaw amek modul 3 blh smbung medic x

    ReplyDelete
  9. Mohon spesifik kolej matrik mana yg dimaksudkan sbb dr segi fasiliti, xsama utk setiap kolej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kolej matrik kat Malaysia ni seakan akan je fasiliti dia.. Mcm penulis ni, dia punya kolej fasiliti sebijik mcm kolej Lama aq which is matrik Selangor but bezanya Lama atau baru dan blok asrama perempuan dia ada 4 where as aq ada 3

      Delete
  10. pemilihan modul tuh bila ?? xda pun dlm borang permohonan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt bila korang masuk, korang automatic dpt modul 1/2/3 ikut result rsenya.. Tapi x Lama lps tu korang akn diberitahu tarikh and smpai bila korang blh tukar modul tu.. And jngn risau.. Klau dpt modul mana2 pon blh tukar ke modul mana2 korang nk.. Dpt modul 3 tapi nk modul 1? BOLEH.. Dapat modul 1 tapi nk modul 3? BOLEH.. Klau nk tukar ke akaun pun boleh TAPI kene pst.. Pdt dorang x bagi

      Delete
  11. laptop tak boleh pakai sukahati ka?? wuw

    ReplyDelete
  12. laptop tak boleh pakai sukahati ka?? wuw

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. Asrama free.. Korang kene byr utk pelajaran je bila nk masuk tu.. Klau dpt setahun bayar skali je tapi klau dua tahun bayar 2 kali.. Kali kedua tu murah ckit rsenya tapi saya x pasti sbb saya pst

      Delete
  15. ade jwpn past year ak? especially scomp?

    #hopeless

    ReplyDelete
  16. nak tanya elaun ni utk semua ke atau yg layak je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ikut pendapatan gabungan mak ayah korang.. Klau income mak ayah korang 4k ke bwh confirm dpt.. Klau 10k ke atas x dpt

      Delete
  17. Nak tanya matrikulasi pkai buku akaun ke kad debit sebab dia minta salinan muka depan akaun bank rakyat saya tak seberapa faham?Borang maklumat akaun pun dia mintak jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai kad debit dh skang.. Dia minx buku tu sbb mesti dah outdated and dorang x update.. Dorang nk no akaun korang je actually

      Delete
  18. Kalau sy ambil modul2 di matrik...nnti blh smbung course ape ye..help me pls..sbb nk smbung farmasi pun..tkdk bio..huhu

    ReplyDelete
  19. Elaun tu ikut bulan ataupun ikut sem?

    ReplyDelete