Kisah dongeng dulu kala
Ada satu kisah.
Di sebalik rimbunan hutan hujan tropika.
Sang arnab dan sang kura-kura.
Berlumba lari menguji kepantasan.
Pada hari yang disepakati.
Maka bermulalah perlumbaan antara dua ekor haiwan.
Sang arnab digeruni kelajuannya.
Si kura-kura pula diketahui umum akan kelambatannya.
Sebaik bermula perlumbaan.
Sang arnab pecut sekuat hati.
Jauh meninggalkan si kura-kura.
Sampai di pertengahan jalan.
Beliau tertidur.
Menyangka bahawa masih punya masa.
Terleka disana.
Lain pula alkisah sang kura-kura.
lariannya bersahaja.
Penuh istiqamah.
2 meter dari garisan penamat.
tatkala semua haiwan bersorak menanti kemenangan kura-kura.
Si arnab tersedar dari lena.
Beliau berlari sepantasnya.
Mengejar masa.
Tapi sayang.
Terlambat suda.
Si kura-kura dinobat juara.
Sang arnab berduka kecewa.
Inilah pengajarannya
Hati,
Kalau sudah bongkak.
Memandang rendah makhluk lain.
Pasti menempah kebinasaan.
Sedikit demi sedikit.
Diri,
Kalau sudah punya azam.
Pasti berusaha bersungguh-sungguh.
Walau orang lain dilihat seolah lebih hebat.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Istiqamah itu bukan mudah.
Tapi tidak susah.
Kalau hati sudah tabah.
Maka kau aku dan mereka.
Jangan terlalu over yakin.
Itulah sebenarnya yang memakan.
Dirimu perlahan.
Demi perlahan..
Jadilah seperti kura-kura yang tabah hatinya.
Serta istiqamahnya langkah kecil itu.
:]
No comments:
Post a Comment