23 May 2012

Kia Su, Bukan Mak Usu.

Penyakit teruk

Maka al kisah.
Ada seorang pemuda.
Dari sebuah kampung.
Yang menghidapi penyakit teruk.
Seteruk mana tidak dapat dipastikan kesasihannya.
Yang pasti peluangnya untuk hidup. 
Cuma lebih kurang 1 bulan dari sekarang.
 

 
HIGOAT pun tak dapat sembuhkan penyakit pemuda tu :(


Dipendekkan cerita.
Si pemuda itu menyatakan hasratnya.
Kepada raja di negaranya.
Untuk menyertai angkatan tentera.
Menentang musuh dari negara pasir berdengung.

Memandangkan jangka hayatnya yang pendek itu.
Keputusan menyertai angkatan tentera.
Dianggap sebagai keputusan terbaik.
Setidak-tidaknya dia mati secara terhormat.
Andai kata terkorban di medan perang.

Peperangan bermula

Maka pada hari peperangan.
Dialah orang yang berada di barisan paling hadapan.
Sebaik bermulanya peperangan.
Dialah yang paling pantas menyerbu ke kawasan musuh.

Tingkahnya seperti seekor singa kelaparan.
Lagaknya tidak ubah seperti harimau kehausan.
Bezanya lidah si pemuda tidak terjulur keluar.

Bilangan tentera musuh yang berjaya dibunuhnya meningkat.
Ramai pihak melihat tingkah si pemuda.
Termasuk si ketua panglima perang ketika itu.


Oh tidak orang zaman dulu tak guna alat canggih mcm ni 


Akhirnya peperangan tamat.
Apa yang mengejutkan ialah?
Si pemuda itu tidak menemui ajalnya.
Masih berdiri gagah.

Bukan sebijik dua yang berjaya dibunuhnya.
Tetapi menghampiri ratusan kepala.

Setibanya di negara.
Para tentera di jamu dengan hidangan istimewa.
Istimewanya, pemuda itu disambut dengan baik sekali.
Raja mendapat khabar daripada penglima perang.
Yang dalang disebalik kemenangan ialah si pemuda itu.

Raja berasa kagum dengan kisah yang diceritakan tentang pemuda tersebut.
Raja akhirnya menganugerahkan pangkat penglima perang kepada si pemuda.
Raja juga berjanji akan mendapatkan khidmat tabib terbaik.
Untuk menyembuhkan penyakit si pemuda.

Kia Su (Takut kalah)

Si pemuda kini bisa hidup aman.
Tidak lagi berpenyakit.
Di samping dihadiahkan rumah banglo 3 tingkat.
dia juga mendapat baju tentera yang terbaik pada zaman itu.

Dia sudah bisa hidup mewah.
Semewah pembesar negara.
Yang dulu dia hanyalah pencacai.
Pengangkat n*jis.

Kini peperangan diisytihar semula.
Pihak musuh ingin menuntut bela atas kekalahan lalu.

Kini raja negara itu tidak lagi gentar dengan serangan pihak musuh.
kerana pada sangkaannya.
Si pemuda yang berani itu masih dalam angkatan tentera.

Hari peperangan pun tiba.
Tetapi kelibat si pemuda tidak lagi kelihatan di barisan hadapan.
Mengejutkan bukan?

Si pemuda itu kini berada di barisan paling belakang.
Kini si pemuda itu hanya memerhati.
Dari kejauhan.

Berusaha menjauhkan diri daripada bahaya.
Berusaha melindungi nyawa agar tidak dipertaruhkan.
Seperti dulu.

Singa kelaparan kini bertukar menjadi lipas kudung.
Keberaniannya kian pudar.
Ketakutannya mencanak.

tahukah anda apa yang berlaku dalam peperangan itu?
Si pemuda serta tentera mengalami kekalahan terteruk.
Dan memalukan sepanjang sejarah peperangan mereka.

Penggulungan (macam debat pulak dah bunyi konklusi)

Ya kita tahu.
Nak hidup perlukan perjuangan.

Jangan hanya nak hidup mewah.
Tanpa mengharungi jerit payah pengorbanan.
Itu bukan hidup.
Itu lingkup.

Hidup mesti berani.
Kalau tak dapat juga.
Cubalah berkelakuan berani.
Sekurang-kurangnya sikap berani.
Mampu dipupuk.
Sedikit demi sedikit.


Orang muda.
Jika kamu ingin menjadi sebenar-benarnya unggul.
Hendaklah kamu. 
Jangan takut mati.
Jangan takut kalah (KIA SU).
Kamu mestilah berani gagal!
[Kitab berani gagal tulisan Billi PS Lim]


Hidup mesti berani.
Berani kerana benar.
Dan kebenaran itu yang menyinari manusia.
Keseluruhannya.

Ingat,
Hidup itu perjuangan.
Tempek dalam hati.

Aja aja fighting.

Nice quote from JFK

PS: ini bukan copy paste dari orang melainkan tulisan asli sendiri. Maaf entri yang panjang serta ayat yang boleh tahan skemanya.Buku berani gagal bagus yo! 




No comments:

Post a Comment