8 May 2012

C.I.N.T.A.


Cinta itu dalam bahasa English dipanggil love. Cinta itu dalam bahasa Dusun dipanggil Saranghae. Oh modennya bahasa Dusun itu...


Al-Mukaddimah

Hari berlalu hari. Saat berlalu saat, Masa kian putar laju. Kelihatan sekudur badan kelihatan longlai di pembaringan (a.k.a. atas katil).

Sambil menitiskan air mata.Melihat status Facebook wanita idamannya sudah bertukar daripada 'single' kepada 'married'.

Hatinya saat itu hancur redum. Terasa dirinya dicucuk seribu kaca.

Tidak, malahan sejuta kaca dan tin aluminium. Timbul bibit kekesalan dalam dirinya kerana tidak meluahkan rasa cintanya kepada si dia yang dicintai terlebih awal.

Akhirnya si dia telah pergi bersama orang lain..

Harinya dilalui dengan penuh kekecewaan. Manakan tidak, si dia orang yang berjaya menerobos masuk jauh ke dalam hati dan sanubari si teruna. Dipendam perasaannya sependam-pendamnya. Akhirnya tidak semena-mena si dia, telah pergi bersama orang lain..

Hari-hari mendatang

Jika dulu harinya dipenuhi mimpi dan impian,kini tidak lagi.
Jika dulu malamnya termimpi si dia,kini tidak lagi.
Jika dulu siang nya lihat cerah,kini tidak lagi.

Harinya kini kelihatan gelap suram dan kelam.
Si teruna kini kelihatan kusut. Maklumlah, bak kata orang mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, kencing pun tak lawas. Ahem. Kencing manis agaknya.

Baginya hidup sudah tidak punya apa. Prinsip hidupnya kini goyah. Bak lalang di tepi padang, diragut lembu.

Kesan CINTA

Itulah kesan cinta, sungguh mendalam. Membuatkan orang bisa gila, orang gila bertambah gila. Makanya bertambahlah pesakit jiwa.

Sungguh tidak tipu. Cinta punya kesan yang sangat seriusan dalam diri. Sebab itu ada pepatah mengatakan, "Jangan berani bermain dengan cinta, Sekali terikat kan menyengat".


Cinta adalah kekuatan yg mampu mengubah,
duri jadi mawar.
cuka jadi anggur.
sedih jadi riang.
amarah jadi ramah.
musibah jadi muhibah.
penjara jadi istana
setan menjadi nabi.

Cinta itu halal

Tapi pernah kah engkau tahu yang cinta itu halal? Dan couple itu haram. Cinta dan couple itu dua benda yang berbeza my fren.

Cinta itu penuh kesucian, couple pula penuh kenodaan.

Tahukah engkau siapa yang meletakkan rasa cinta itu tepat kedalam hati kita? Tidak lain tidak bukan, Dialah Allah SWT.

Manakala yang menghasut kita untuk bercouple itu tidak lain tidak bukan, Syaiton laknatullah.

Cinta itu untuk dijaga. Cinta itu untuk memberi. Cinta itu tidak salah. Cuma manusia yang salah mengerti cinta dengan meletakkan cinta yang suci ke arah perlakuan yang kotor.

Cinta itu pengorbanan. Seperti kisah Saidina Ali dan Fatimah. Kalau nak tahu Google lah sendiri ya.

Cinta itu..

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah.

Cinta itu fitrah sifatnya dan manusia normal sudah pasti punya kecenderungan fitrah untuk merasai nikmat kehidupan. Tapi tahukah engkau,terkadang apa yang dikatakan fitrah bisa saja menjadi fitnah.

Cinta itu tidak semestinya memiliki. Sekuat manapun ikatan cinta kita kepada seseorang itu tidak memberi sebarang jaminan bahawa si dia akan menjadi pendamping hidup dunia akhirat.

Konklusi

Ayoh sahabat kita refleksi kembali diri. Adakah kita punya cinta dalam diri yang dimanfaatkan untuk Allah dan rasulnya? Yang dibahagikan kepada kedua ibu bapa kita?

Jangan kita terhegeh-hegeh mencari cinta manusia sebelum mencari cinta Allah ok?

Saya bukan pakar dalam bahasa cinta, cuma ter"alter" selepas melihat wayang ni..



Tahanlah perasaanmu itu dan jangan engkau lafazkan kata penuh makna itu kepada yang belum pasti milikmu. Biarlah derita menanggung perasaan berbanding derita menanggung seksaan di hari pembalasan.

Don't worry my fren.That time will come.

Sudah tiba saatnya nanti pasti kau akan bisa mengucapkan Assalamualaikum cinta,Waalaikumsalam rindu kepada si dia secara halal.
Ianya cuma masa yang akan menentukan. Cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu..


Ingat, Cinta itu halal, Couple itu haram..

Sekian, Wassalam..

1 comment: