29 May 2012

REDHALAH.apa.keputusanmu

Kita berjaya bukan kerana usaha kita.
Kita berjaya bukan kerana kerja keras kita.
Kita berjaya kerana pertolongan Allah.
Berapa ramai orang yang berusaha bersungguh-sungguh.
tetapi tidak berjaya,
itu kerana Allah ingin menguji mereka.


Sekiranya mendapat keputusan yang tidak diingini,
Anggaplah ianya sebagai ujian.
Ingat, kita ini hanya hamba.
Hamba kepada Allah SWT.
Kita sentiasa layak diuji.

Mendapat keputusan baik itu ujian.
Sama ada manusia semakin dekat,
Ataupun semakin menjauh daripada Allah.

Mendapat keputusan yang kurang baik itu ujian.
Menguji sejauh mana kita bersangka baik kepada Allah.
Menguji sejauh mana kita sedar tahap kehambaan kita.
Mungkin kita selama ini jauh daripada-Nya.
Anggaplah ini ‘wake-up-call’ secara live daripada-Nya.
Agar kita menyerahkan 100% kebergantungan kita
Hanyalah pada Allah.

Lantas, usah ditangisi apa yang kita perolehi.
Terus melangkah penuh gagah.
Ambil ikhtibar daripada kisah lepas.
Kerana kita dicipta punya akal.


................................................
SYUKRIsaridih.@2011
Kolej matrikulasi Labuan


No comments:

Post a Comment