Yang ini saya copy.Dari orang..
Untuk orang. :)
Masa senang tak ingat orang
Sewaktu ketika.Sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka.Tiba2 pintu rumah mreka diketuk dgn seorang pengemis.
Melihat keadaan pengemis yang daif itu.Si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya.Tetapi sebagai seorang isteri yang taat dan patuh perintah suami.Dia meminta izin terlebih dahulu.
“bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu..?Dengan suara lantang suaminya menjawab “xpayah..halau saja pengemis itu...”
Wanita yang berhati mulia itu terpaksa mengikut perintah suaminya. Tanpa memberi makanan dengan pengemis itu.
Sudah menjadi kewajipan isteri tunduk patuh pada arahan suami. #Sweet amat gambar atas ni. |
Tidak lama selepas itu.Perniagaan suaminya mengalami kmerosotan. Mereka akhirnya bankrap.
Dia terpaksa menanggung hutang yang banyak. dan disebabkn sifat dan tabiat suaminya berbeza.Rumah tangga mereka menjadi huru hara.Dan akhirnya mereka bercerai.
Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat.wanita itu berkahwin semula.dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia.
Apa kau rasa? Oren?
Pada suatu hari.
Sewaktu wanita itu sedang makan dengan suami barunya.mereka dikejutkan dengan kehadiran seorang pengemis yang daif.lantas wanita itu sedih dan bertanya kepada suaminya.
“bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu...?"suaminya menjawab.. “Ya,berilah kepadanya."
Selepas memberi si pengemis itu makanan.si isteri lantas masuk ke rumah dan terus menangis.dengan perasaan hairan si suami bertanya.
“mengapa kamu menangis ,Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi makan kepada pengemis tadi?"Si isteri menggelengkan kepalanya lalu berkata dengan sedih.
“Saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan.kamu tahukah siapa pengemis itu tadi.dia adalah bekas suamiku."
Mendengar penjelasan isterinya.si suami berasa terkejut.Tetapi dia bertanya lagi.
“ tahukah kamu siapa saya yg kini mnjadi suami kamu?Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya."
Itulah takdir namanya
Subhanallah.Inilah apa yang dikata orang.
Takdir Tuhan.Takdir Tuhan tiada siapa bisa menghalang.Ada kala kita dibawah.Ada kala kita berada di puncak tertinggi kehidupan.Ada kala kita pula terjatuh tersungkur.Ke lembah paling hina dalam hidup.
The choices we made, not the chances we take, determine our destiny. |
Maka kau yang sedang berada dalam puncak tertinggi kehidupan.Silalah sentiasa berlaku kebaikan terhadap orang lain.Manalah tahu kita pula yang berada pada tempat mereka.
Baru kita paham dan mengerti. Apa rasa mereka.
naisss.. ^^
ReplyDeleteInsyaAllah
ReplyDelete