17 May 2012

Hati mati.



Di sekolah dulu ustaz selalu pesan.
Jagalah hati.
Jangan kau kotori.
Jagalah hati.
Penawar hidup ini.



Perumpamaan mudah : Ayam hidup vs Ayam goreng

Haritu sedang saya duduk termenung di luar jendela.
Kelihatan ayam-ayam di sekitar rumah berjalan-jalan.
Mencari makanan agaknya.
Tetiba kelihatan pula kelibat kucing yang berbulu agak tidak tebal.
Berjalan selamba badak melintasi ayam-ayam yang sedang mencari makan.

Akal tiba-tiba terfikir.
Kucing tersebut tidak pun membaham ayam tersebut. 
Tetapi kucing,
kalau sudah terlihat ayam goreng.
Pasti pantas berlari mendapatkannya.

"Nanti ko encek ayam sampai masa aku baham engko."

Begitulah perumpamaan nya.
Mari kita umpamakan kucing dengan syaitan.
Manakala ayam dengan hati.

Kucing hanya akan menerkam ayam yang sudah mati.
Tetapi kucing tidak membaham ayam yang hidup.

Begitulah hati

Hati yang hidup,
Sudah tentu sukar "dibaham" oleh syaitan.
Sudah pasti tidak mampu digoyahkan oleh iblis.
Sudah konfem bisa menepis segala anasir-anasir liar.


Tetapi hati yang mati,
Sudah tentu mudah "dibaham" syaitan.
Sudah pasti digoyahkan dengan tipu daya iblis serta konco2nya.
Sudah konfem mudah dilalaikan dengan keduniaan.

P/s :
Gambar ayam diatas sungguh mengancam.
Siapa-siapa yang baik hati sila belikan untuk saya.
Thanks :]

No comments:

Post a Comment