6 May 2012

Mudahnya menghukum!





Menghukum

Menghukum 1
Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni”
Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Menghukum 2
Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia”
Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.


Menghukum 3
Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku”
Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Menghukum 4
Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata
“euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu”
Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.


Dari saya

Manusia yang berstatus hamba,
Janganlah kau cepat menilai seseorang,
Jangan cepat membuat andaian,
Seandainya andaian engkau tidak betul,
Maka akan ada pihak yang tersinggung.

Manusia yang selalu lupa,
Tidakkah kau masih ingat,
Kisah seorang pelacur,
Yang masa lampaunya punya sisi gelap,
Akhirnya masuk Syurga.
Kerana kemurahan hatinya.

Manusia yang sering leka,
tahukah engkau siapa yang layak menghukum sebenarnya?
Adakah raja sebuah negara yang layak menghukum?
Kalau ya, pasti dalam 1000 orang yang dihukum pasti ada 1,2 orang yang x bersalah.
Adakah pegawai polis yang layak dihukum?
Kalau ya, pasti Robert Dewey tidak akan dipenjara 16 tahun tanpa salah.
Adakah kita pula layak menghukum?
Sudah semestinya tidak.
Sebab yang maha menghukum itu hanya Allah.


"Jangan menghukum hitam lebih hitam dari hitam
semata-mata engkau mahu dilihat
lebih putih dari putih."
(Pendekar Mustar)


Maka silalah bersangka baik sesama kita.

No comments:

Post a Comment