20 May 2012

Pementasan Kehidupan..



Pepatah ada mengatakan.
Hidup kita seumpama pentas pementasan.
Atau boleh dikira semacham pentas opera.

Manusia ibarat para pelakon.
Berada di atas pentas.
Tamatnya lakonan apabila lampu ditutup.


Semacham itulah hidup.
Kita berada di atas pentas.
Menerima arahan dari pengarah.
Dan kita juga ada bahan rujukan.
Iaitu skrip.


Di atas pentas.
Sudah tentu ada pelbagai watak.
Penjahat.
Pembaik.
Pendiam.
Pelapor.
Pokok.
Ulat.
dan banyak lagi.

Terpulang kepada kita.
Untuk memilih jadi apa.
Tapi harus kita ingat.
Kesudahan yang buruk.
Sudah kelazimannya menjadi milik orang jahat.



Kita juga akan berjumpa.
Manusia yang bersembunyi disebalik topeng.
Manusia opera.
Yang hanya memaparkan wajah.
Dibelakang pentas.
Agar tidak kenampakan oleh manusia lain.

Oh sungguh dunia ini begitu.

Maka kita yang masih di atas pentas ini.
Ayuh kita lakukan perkara yang baik-baik.
Agar mendapat ganjaran.
Dari pengarah kepada segala pengarah.

Selagi tirai belum ditutup..
Masih punya harapan untuk menukar watak.
:]

No comments:

Post a Comment