23 Jul 2012

Ramadan, Ramadan, Ramadan, Nia Ramadhani, eh?

Assalamualaikum.

Hello, korang yang tengah berpuasa dan tengah kenafsuan memandang makanan. What's up? Tak sahur ke? Hehe.

Korang tau tak, time guwa masih kecil-kecil dulu around darjah lima gitu, guwa dah start berpuasa penuh. Means, puasa sebulan penuh lah. Sebab tahun sebelum tu puasa memang alang-alang, ada yang setengah hari, ada yang tak sampai setengah jam dah berbuka.

Itu kira ok lagi lah sikit. Guwa masih ingat time guwa umur-umur 9 tahun, guwa pergi rumah jiran guwa. Pergi main basketball. Alaa, yang tiang gol nya main lekat di tiang then bola besar penumbuk tapak tangan tu la.

Ah? Tak pernah main? Isk3. Zaman kecil korang memang tak ohsem.  

Then dah penat-penat main tu, badan guwa rasa macam lemah gila lah. Then guwa balik pergi rumah nak berehat, konon. Then sampai satu part tu, guwa memang tak boleh tahan lagi. Guwa pergi dapur, check line clear ke tak.

Tengok-tengok parents guwa tiada di rumah. Dan, jeng jeng jeng. Alamatnya air kosong la yang guwa teguk.


Perghhh. Sedap giler weyh. Lagi-lagi air tu air sejuk. Kalau campur sirap buat bandung lagi best. Then lepas tu momentum guwa memang luarbiasa normal. Guwa pergi rumah jiran guwa then sambung main. Then balik rumah buat muka lapar dan haus agar tidak diketahui oleh adik-beradik.

Hahaha sunguh tidak senunuh kan. Ok tu time zaman guwa kecik dulu. Sekarang guwa sudah insaf. Guwa tak layan air kosong tu lagi,tak kelass tau. So sekarang guwa layan Pepsi. Tapi sebagai santapan berbuka puasa. 

Then bila guwa berhijrah di negeri orang, di sana la guwa tau banyak perkara. Macam kenapa mesti berpuasa, kenapa mesti bersahur, kenapa mesti berbuka, kenapa mesti beli di gerai AJK PPIK, kenapa mesti pandai berkata manis menarik orang beli di gerai jualan PPIK dan kenapa harus berkahwin empat.

Oh ya dan guwa nak kongsi, antara kenangan manis guwa dulu ialah time sahur. Time tu warden-warden akan pergi dari bilik ke bilik untuk kejutkan orang. Then ada seorang warden tu pergi ke bilik guwa. Warden tu ntah apa yang merasuknya awal pagi tu.

Beliau memakai topeng hantu. Then cun pulak time tu beliau try untuk membangunkan kawan guwa yang sedang ngorok itu. Kawan guwa bangun lalu terkejut tengok topeng tu. Then u know what?

Kawan guwa tampar warden tu beb. Hahaha. Actually kawan guwa tu nak tampar hantu, tapi boleh pulak warden tu yang kena. Siapa suruh kan dah kena sebijik. Ok kawan guwa tu yang salah. Hahaha.

Tolak troli berisi makanan ke Surau. Budak 3 orang ni ngegeh sebenarnya sorang pun dah cukup.

Guwa ingat lagi, kalau di sekolah dulu kamiorang pelajar Muslim akan berbuka puasa di surau. Dan makanan, ahem. Mesti angkat dari Dewan makan ke surau. Tetapi dengan bantuan troli. 


Amboi, gembiranya angkat food warmer.

Ini perlu dua orang angkat. Berat tu.

Duta troli berserta troli kebanggan beliau.

Dan bila time terawih, mak aih. Mata! Semua merah. Kenapa? Erm, tak salah lagi mesti sebab banyak makan time sungkai menyebabkan perut kembang mata kuyu.

Terawih di sekolah guwa dulu 11 rakaat jer (+ witir) tapi bacaan nya, erm panjang beb. Time tu pulak gilir-gilir ustaz jadi imam. Kalau surau dekat rumah guwa ni 23 rakaat tapi bacaannya laju. Tak terasa pun nak habis dah terawih. =='

So apa-apapun, guwa memang rindu dengan sekolah lama guwa. best beb sekolah menengah. Oh ya guwa dengar telefon bimbit akan dibenarkan di sekolah menjelang 2013. Dan guwa selaku insan biasa amatlah tidak sangka perkara tersebut akan berlaku. 

Cubalah benarkan membawa handphone time guwa masih di sekolah dulu. Konfem ramai dah awek guwa tackle. Hahahahaaha. Ok joke. Muka macam guwa memang tak layak berawek pun.

By the way, semoga korang terus dapat meneruskan hidup di bulan Ramadan ni. Semoga Ramadan ini menjadi pengalaman manis untuk korang dan juga guwa. 

Dan.........

"Ramadan kali ini, mari kita lakukan kerana Tuhan!" -matluthfi-