2 Jul 2012

Adikku sila jangan nakal lagi



Aku ada adik.
5 urang.

3 daripadanya bersekolah menengah.
2 masih budak hingusan.
Gambar di atas adalah mereka.

Ternyata musim cuti sejuk yang panjang terpaksa dihabisin di teratak rumah, aku tidak terlepas dari menghabisin serta menyiapin kerja2 mengemas rumah. Oh itu semua sungguh kacang untuk aku.

Aku dapat habiskan mencuci pinggan mangkuk hayun di rumah yang betimbun itu.
Aku mampu menyapu rumah tiap hari.
Aku larat membasuh baju menggunakan mesyin basuh.

Tapi ada satu benda aku tak tahan iaitu melayan karenah dua budak yang digambarkan di atas. Bagiku tugas menjaga mereka tak ubah seperti menjaga budak yang sukar ditenangkan.

Sorang pandai mengamfu (mengampu) meminta tolong kalau dikacau.
Sorang pandai mengelak dari diketahui kesalahannya.
Adui sakitnya hatiku.

Al-kisah pada suatu hari dua budak ini bertelagah. Si adik kuat mengacau manakala si abang tidak mahu mengalah. Maka pertelagahan dua beradik sukar ditenangkan. Masing-masing tak mahu mengalah. Masing-masing punya ego dalam diri.

Aku yang ketika itu khusyuk melayan internet mulanya tidak mengambil kisah perkara itu. Tapi lama-kelamaan aku jadi bengang.

Bising.

Aku mendekati mereka. Masih bertelagah walaupun aku disitu.

"Jangan bising! sekali lagi abang dengar siap kamu" gertakku mengeluarkan WARNING SAMAN kepada mereka berdua. Masing-masing diam. Sebentar cuma.

Pergaduhan yang berterusan itu terus mengundang aku yang sedang keresahan di hadapan laptop untuk menggapai hanger di almari bilikku seraya menuju ke arah mereka.

Baranku tak tertahankan menyebabkan ku memukul kedua-dua sekali dan sudah semestinya yang tua akan mendapat pukulan yang lebih "enak". Oh ya, tanpa kompromi. Sungguh hairan. Syaitan mana yang merasuk tubuhku ketika itu.

Terkejut beruk kedua mereka. Abang yang disangka "malaikat" bertukar menjadi "syaitan" (oh sungguh aku jarang marah mereka berdua.)

Dipendekkan cerita, maka si abang berlari menuju bilikku manakala si adik ku suruh turun ke bawah bagi mengelakkan pergaduhan daripada tercetus kembali.

Si abang baring atas katil. sambil menutup mata. sambil teresak-esak. sambil menyelimuti diri. aku jadi penasaran. lantas jari jemariku pantas menarik selimut.

Dan oh ya. beta tersayuan.

Titisan air mata mengalir membasahi pipinya. bukan sebutir tapi berbutir-butir. dengan terketar-ketar dia berkata "bukan salah upi pun. si adik yang duluan" sambil teresak-esak.

Maka pada ketika itu aku jadi sedih. kredibilitiku terchabar. ku sangka ku berlaku  adil tapi sebaliknya. Aku terlalu cepat menghukum.

Ok tammat. Itu pengajaran yang beta dapat.

Dan cerita itu cerita betul. Hoho. Sampai sekarang aku tak berani mengadili mereka berdua sebab kadang2 aku takut tersalah pukul. Dan walaupun dorang sangat kiut dan bertuah memiliki abang yang baik  dorang sangat nakal.

Kenakalannya susah nak digambarkan. Mungkin orang kata, budak2 biasa lah. tapi betul jugak. aku time budak pun bising jugak. Mungkin kalah dorang. Haha (oh sungguh tidak sedar diri)

Time besar nanti tiada la dorang bising macam sekarang lagi. Masing-masing mesti terperap dalam bilik jak kan.

P/s: adik2 abang sila jangan nakal lagi kalau xmau kena pendek2putih oleh abah. Abang sayang kamuorang.

3 comments:

  1. kiut adik kw kurek..knk kw sik kiut lah?mihmihmih#troll laugh

    ReplyDelete
  2. mun muka sidak dah besa x kiut gik dah. hahaha *imposibru*

    ReplyDelete
  3. haha oh tidaaak. jangan. sila jangan muntah :p

    ReplyDelete