13 Jul 2012

la tahzan, la tahzan..

Assalamualaikum.

Hello korang yang dah dapat tau keputusan UPU. What's up?

Sekarang kan, actually guwa tengah bersedih,.. sedikit. Guwa buka facebook, guwa nampak ramai kawan guwa yang post pasal U yang bakal dimasuki nanti. Guwa buka twitter pun ramai yang share U dan nama kos yang dipilih.

Okay actually guwa kalau boleh memang tak nak share dengan orang apa U dan kos yang guwa dapat. Tapi macam tak aci pulak kalau guwa tau U dan kos orang lain (guwa stalk fb or twitter account orang lain) tapi guwa tak beritau apa U or kos guwa.

Erm, maybe kos guwa ni pelik sikit. Ntah guwa baru dengar. And guwa baru buat research pasal ni. Dan guwa dapat....




Universiti : Universiti Malaya (UM)
Kos : Biokimia

Ni reaksi guwa time cek UPU tu..




Actually terkejut jugak lah. Tak pernah pun dengar biokimia tu. Walaupun tak dapat kos yang guwa inginkan (medic @ dentistry) guwa simpan dalam hati cukup. Siapa yang tak kechewa kalau tak dapat result yang diharapkan, kan?

Tapi guwa masih boleh tenang. Guwa cuba pelbagai alternatif yang dapat menghilangkan kesedihan guwa macam layan cerita lawak Running man, main game dan tidur. zzzz (tapi cara paling baik adalah baca Quran dan tengok maksudnya)

Guwa rasalah kan, if korang yang pompuan dapat kos yang tak secocok dengan korang, mesti korang akan menangis. Kan? Kan? Kan? Sorry girls you just can't ignore the fact. Sebab hati wanita ni lembut. Special.

Anyway guwa sekarang sudah tidak sedih lagi (tipu ko syukri, *kata encik hati*). Banyak jugak lah guwa dapat nasihat dari senior or kakak guwa macam..

"Yang penting jangan kita dikawal oleh keadaan sekeliling, biar kita yang tentukan cita-cita kita." 
"Allah bagi kita yang terbaik boleh jadi kita lebih berjaya dengan kos yang kita dapat"

And so on. Malas tulis.

Anyway guwa tiba-tiba teringat kata-kata perangsang yang guwa dapat dari KML dulu. Time tu guwa pergi surau. Musollah. Then di papan tulis maktabah ada satu tulisan yang menarik hati guwa untuk membacanya. Maksudnya kurang lebih macam ni..

"Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"

So sekarang guwa macam terhutang budi dengan orang tu lah. Siapa yang tulis tu sila mengaku, nanti guwa belanja ais pop.

So kepada korang yang dapat kos serta U yang korang idam-idamkan, tahniah guwa ucapkan. Mabruk alaik. Dan kepada yang sekepala dengan guwa, takziah diucapkan. Rest in peace, please.

Hoho. Ok jangan ambil serius guwa gurau sajoh.

Kepada yang tak berapa nak bernasib baik, sila positifkan minda anda. Jangan biarkan diri anda, diselubungi sedih. Ingat, anything happen for a reason and this is not the end of your life. Jangan duduk mengeluh cakap KENAPA? KENAPA? KENAPA? tanpa buat apa-apa. It can't change the situation either.



Cuba cari cara lain macam telefon direct ke bahagian UPU nak buat rayuan apa semua. Kalau tak pun minta tolong pakcik makcik korang yang berupaya menolong. Minta pandangan dari senior cara nak tukar kos paa semua. Try pohon universiti lain (yang swasta). or apa-apa jak lah.

Yang penting usaha itu ada. Kan Tuhan itu maha adil. So jangan bersedih (laa tahzan) ok?

Good.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)