19 Jul 2012

Oh! Lepak ngan kawan.


Assalamualaikum.

Yo yo wassap wassap.

Pagi tadi, guwa temankan adik guwa pergi klinik Dr. Stanley. Disebabkan adik guwa berpenyakit ulser serta demam (sikit) maka mahu tak mahu guwa kena temankan jugak adik guwa ke klinik.

Then sampai klinik, macam biasa. Pergi kaunter, cakap adik sakit ulser serta demam, nak jumpa dokter, tunggu giliran dan masuk bilik dokter.

Then part yang guwa suka ialah, doktor yang tempat guwa pergi tu memang best. Lawaknya sempoi giler. Then peramah. Ohya, beliau ialah doktor berbangsa Cina ya. Susah nak dapat doktor peramah berbangsa kita sendiri.

Ok, bukan semua. Kalau ada pun, bilangannya sikit. Boleh kira guna jari kaki.

Doktor tu mula-mula menguji kehebatan adik guwa berbahasa English. Tapi disebabkan adik guwa yang menyediakan tangan untuk menumbuk doktor tersebut, maka guwa tolonglah serba sedikit adik guwa tu.

Fuh, selamat nyawa doktor tu. nasib baek.

Then sampai satu part, guwa tanya doktor tu yang beliau Graduate dari mana. Ya lah kan, orang cakap kalau nak jadi doktor, learn from doctor. Because dorang tu berpengalaman. Tau selok belok macamana nak jadi doktor. Lagi pun guwa dah lama menyimpan hasrat nak tanya beliau graduate mana.

Then doktor tu jawab lah yang beliau graduate dari Manila. Universiti mana, entah beliau tak bagitau. Then dia cerita la yang dia dapat sana sebab kita manusia memang ada takdir masing-masing. Dan doktor ni memang humble lah.

Beliau sempat tanya guwa nak sambung belajar di mana, kos apa and so on. Then beliau tiba-tiba cakap,

"Kita kalau sudah berjaya jangan lupa ini benda tau."

"Jujur, Rajin dan rendah hati" Katanya.

Then guwa pun menunjukkan jari ibu kepada beliau. Thumbs up doc! hehe kalau ada button like memang guwa like habis-habisan lah. Dan lepas tu habis. Kejap gila weyh rasanya. Macam tak puas pulak. =='

So lepas habis dari klinik, guwa pergi kedai gunting rambut kejap. Pendekkan rambut. Then seperti yang dijanjikan, guwa serta kawan-kawan pergi kepsi dengan hasrat nak jumpa kawan-kawan sematrik dulu. Ya la, lepas ni bukannya senang nak jumpa lagi, kan?

Actually ikut plan mula memang jam 11. Tapi disebabkan segelintir buat medical check up, maka majlis makan-makan bermula jam 12. Haha lama gila pospon.

Then ni gambar yang sempat diambil. Malas nak tulis lagi panjang. Tengok gambar dah cukup kan.

  

Clarence.


Warda, Maylorna and Kimyin.

Fahrizuan, Iqbal, Tamimi, Boy, Anil, Ijat dan saya.

Anil, Ijat, saya, kim, malon, warda, kibal, tamimi and khazrul aka boy.

Iqbal dan Ahang (baru datang).



Ahang, budak baju hitam, fahrizuan and clarence.


Well guys, hope we will meet again after this. InsyaAllah. All the best for all. :)