8 Jul 2012

Sharing is sometimes not caring

Hello korang yang tengah ternganga depan komputer.

Ni guwa nak khabar. Korang semua jangan cepat percaya dengan berita-berita yang disiarkan di alam maya ni. Bukan guwa cakap jangan percaya langsung, tapi guwa cakap jangan CEPAT percaya apa-apa berita yang disiarkan di laman sesawang ni.

Tak kira la korang cekup dari blog ka, twitter ka lagi-lagi Facebook. Ya, Facebook!

Ni kisah betul terjadi sama guwa dan si enchek facebook. Minggu lepas, guwa baca artikel yang menyayat hati di facebook. Mungkin orang macam guwa yang prihatin memang perasan la pasal isu ni. Tapi kalau macam korang yang asyik baca pasal gosip artis korea, memang xtau la pasal benda ni.




Okay kes nya macam ni. Seorang minah india di Perak dijatuhkan hukuman penjara setelah mencuba menyelamatkan diri daripada dirogol. Mangsa kononnya berada di rumah ketika perogol itu menceroboh rumahnya.

Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Tapi guwa tak tau la cili padi ke, cili giling ke, cili api ke sebab xda pula didetailkan.

Maka dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih mencuba dapatkan si mangsa (LOL gila seks sangat ke lelaki ni sampai dah dicili matanya masih nak kejar pompuan ni). Tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si perogol mati di dalam rumahnya. Si perempuan dipersalahkan dan dipenjara. (baca selanjutnya di sini)

Hell yeah! Korang kalau baca first2 memang macham bangang la hakim ni. Graduate mana? Tak bertauliah. Ptuih! Kan.?

kalau tengok memang ramai giler la yang guwa nampak share benda tu. Siap menyumpah seranah lagi. Guwa kalau ikut memang nak share jugak, tapi memandangkan ramai dah yang share di FB so x jadi la.

Tapi kan, korang tau tak sebenarnya benda tu tak betul. Si wanita bukan diceroboh masuk rumahnya bahkan si wanita kenal lelaki itu. Lelaki itu disyaki adalah kekasihnya (buktinya mereka pernah SMS). baca selanjutnya di sini.

Kesian kita menjadi mangsa. Eh, bukan. Kita tak kesian bahkan kita kejam. Kenapa? Sebab kita share benda yang kita tak tau betul atau tidak. Siapa yang kesian? Hakim dan mahkamah la yang kesian.

Isu ini telah diputar belitkan oleh mereka-mereka yang buta undang-undang sampai Badan Kehakiman dihina dan perkara ini sangat mengecewakan. Sampai wujud pulak page facebook kononnya menyokong si mangsa. 

So u'olls semua, jangan cepat sangat nak percaya benda-benda macam ni k. Kalau boleh cari dulu kesasihannya. Cari sumber-sumber yang betul sebelum kita menyampaikan sesuatu. Betul, share maklumat itu bagus. Tapi itu maklumat yang betul. Kalau tak betul? Hmmm..

Berhati-hati membakan maklumat, sangkakan mangsa rupanya perangkap pemburu.

2 comments: