Hello korang yang tengah menggigil ketakutan menunggu result UPU esok. What's up?
Aku sebenarnya time kecik-kecik dulu banyak cita-cita. Sepertimana seorang budak kecil ketika itu yang masih chumil dan innocent, cita-cita guwa banyak dipengaruhi oleh kartun ganjil dan pelik macham Dragon Ball, Doraemon, Power Rangers, Kesatria Bajak Hitam dan banyak lagi.
Jadi ketua porenjes ni pun best juga |
Time guwa masih tadika, cikgu guwa pernah tanya setiap seorang dari kami apa cita-cita kalau besar nanti. Disebabkan dorongan serta pengaruh kartun yang sangat kuat, guwa menjawab yang guwa nak jadi macam Son Goku, Son Wukong atau macam power rangers kononnya untuk melindungi bumi dari kuasa kejahatan.
Time tu memang guwa fikir macam, kartun begitu memang wujud. Maklum lah fikiran belum mencecah had kematangan kan.
Then bila sampai tahap satu (Darjah 1-3) testimonial diberikan kepada setiap murid dalam kelas guwa. Dalam tu ada la ditanya pasal nama, alamat, hobi, makanan kegemaran, cita-cita, status, tahap kematangan, artis korea favourite dan ciri wanita idaman.
Guwa paling tertarik time isi ciri wanita idaman time tu. Guwa buka pensil case. Tarik pensel dan isi ruangan tu sambil menyanyikan lagi isteri solehah (by Nazrey Johani). Dan guwa langsung tak isi ruangan lain. Haha.
Okay itu guwa tipu.
Rata-rata kawan guwa tulis cita-cita yang sama. Cita-cita yang femes time tu adalah BOMBA, POLIS, GURU, PILOT (juruterbang) dan ASKAR. Disebabkan guwa time kecil adalah seorang stereotaip, jadi guwa main hentam keromo isi testimonial tu (guwa tiru cita-cita kawan okay).
Seingat guwa, time tu guwa pilih polis, bomba dan guru sebagai cita-cita guwa.
Serius, umur macam tu memang fikiran macam budak-budak. Ya lah kan, time tu kan masih budak. Cita-cita yang bermain di benak minda dipengaruhi alam sekeliling. Maklumlah guwa tinggal di kawasan pekan yang rata-rata berkerjaya sederhana.
Jangan jadi loser sudah lah |
Cita-cita macam doktor, engineer, arkitek, peguam, kontraktor dan angkasawan belum terfikir lagi. Tak terlintas pun.
Dan ketika guwa umur 10 tahun, guwa ubah cita-cita jadi pensyarah. Heboh satu kelas tau guwa nak jadi pensyarah. Ada sehari tu guwa demam so tak dapat hadir kelas. Guwa rehat di rumah sambil melayan cerita korea.
Ngam-ngam pulak guru BM adalah mak guwa. So kawan-kawan guwa tanya guwa ada dimana? Kenapa tak hadir?
So mak guwa cakap guwa demam. Keesokan harinya, ramai orang ejek guwa "pensyarah demam". Time tu guwa memang innocent gila beb. Nak tumbuk jauh, time dekat takut pulak dengan kengkawan =...=
Then masuk sekolah menengah, guwa fikir punya fikir, so guwa tukar la cita-cita guwa jadik cikgu sebab guwa tengok kerja sebagai cikgu adalah antara kerja paling mulia. Cikgu guwa di situ semuanya baik-baik dan chomel-chomel belaka.
Guwa suka bila dorang kerja dengan semangat dan hell yeah, itu sedikit sebanyak memberi imej positif kepada guwa. Tapi sayang, cita-cita guwa berubah lagi mengikut peredaran zaman millenium.
Then time ada angkasawan pertama negara (Syeikh Muzaffar) tahun 2008, heboh satu Malaysia pasal berita ni. Guwa actually tak ambil kisah pun. Then entah macamana guwa tiba-tiba terfikir pulak nak jadi angkasawan kedua negara. Mungkin sebab nama angkasawan itu macam fun. Or mungkin sebab guwa nak jadi femes (niat tak berapa nak betul). Hahaha okay sebab kedua tu memang tipu.
So masuk form 4, guwa tiba-tiba buntu. Cita-cita guwa macam guwa dah tak ambil peduli lagi. Mungkin sebab pertukaran hormon kot. Kalau ada kawan guwa tanya "weyh apa cita-cita ko arh?" guwa akan jawab "Nak jadi insan berguna di mata masyarakat". Dan kemudian beliau akan buat muka. Haha.
Then naik form 5, ada wakil dari universiti buat pameran kerjaya di sekolah guwa. Di sana guwa tau banyak perkara macam apa itu program diploma, program matrikulasi, asasi, STPM dan banyak lagi. Guwa malas nak tuulis panjang.
Then guwa macam tertarik pada satu pekerjaan iaitu doktor. Guwa cuba lah tanya abang-abang promoter tu apa kelayakan nak jadi doktor. And u know what? Sepatah haram pun guwa tak paham. Terms yang digunapakai melampaui jangkaan minda guwa.
So i got nothing there except brouchure belambak yang guwa guna untuk lap loker guwa yang berhabuk. Sometimes jadik kapal terbang kertas. (kualiti doh kertas brochure, dah la keras).
Apa yang guwa tau dari abang promoter tu ialah keputusan subjek sains mesti bagus. Yang lain keterangan beliau guwa buat macam muka interested tapi hati dah fikir pasal makan makan makan (banyak berfikir menyebabkan perut guwa lapar).
But sekarang sedikit sebanyak guwa dah tau pasal perjalanan hidup menggapai cita-cita guwa itu. Terima kasih kepada kawan-kawan and senior yang banyak share maklumat kat guwa. And kredit turut diberikan kepada kawan guwa yang tidak putus-putus sharing maklumat tentang bidang perubatan ni. Thanks wan.
Wait. Kenapa guwa tulis semua ni? Guess what? Esok keputusan UPU dah keluar geng. ESOK. ESOK. ESOK.
Walau apa-apa pun guwa sangat berharap yang Allah akan mempermudahkan urusan guwa. Guwa sangat berharap sangat dapat course pilihan pertama guwa. Sebab kemungkinan besar keputusan esok akan mempengaruhi cita-cita di masa depan kita.
Guwa tak guna term "kehidupan masa depan" tapi guwa guna term "cita-cita masa depan" guwa. Know why? Because kalau kita percaya bahawa keputusan itu yang mempengaruhi kehidupan kita di masa depan, u are so d*mn wrong my friend.
Kehidupan masa depan kita ditentukan Tuhan. Bukan kerjaya or pekerjaan kita.
Well, apa-apa pun guwa berdoa agar kita semua dapat pilihan yang kita nak dan bersedia untuk segala kemungkinan. Bak kata kawan guwa, "Hope for the best and ready for the worst".
So kengkawan, azan isyak pun tengah dilaungkan di kampung guwa. Mari kita pergi solat berjemaah di masjid.
Dan semoga mendapat keputusan yang enak.