Saja jak tajuk bajet english tapi entry ni ditulis dalam bahasa Melayu bakugan.
Satu hari tu guwa tengah duduk lepak di rumah sambil menonton telebisen channel apa ntah guwa dah lupa. Tiba-tiba satu petang pintu rumah guwa diketok orang.
Guwa pikir minah mana tadi. Stalk punya stalk melalui cermin rumah, rupa-rupanya seorang lelaki berbangsa Pakistan sedang mengangkat segempulan kain di belakang bahu beliau.
Maka tahulah guwa bahawa tidak syak lagi beliau ialah penjual kain yang hendak menjual kain di rumah guwa.
Macamana guwa tau beliau ialah seorang Pakistan? Sebab guwa sudah cam muka-muka Pakistan yang bermastautin di Ranau dan memang rupa Pakistan senang dikenalpasti kePakistanannya. Sekali imbas, memang boleh kenal punya.
Maka dipendekkan cerita, sebelum guwa buka pintu rumah, guwa berjumpa dengan puan emak terlebih dolu.
"Ada barang mo beli kah umi?" tanyaku kepada puan emak.
"Tiada. Banyak suda kain di rumah" jawab puan emak.
Maka guwa dengan rendah hati pun menemui penjual tersebut. Guwa menyapa dan bertegur mesra dengannya. Muka peniaga tersebut jelas mencerminkan kepenatan tapi masih berselindungkan sebuah muka yang menunjukkan kegembiraan.
Sempat guwa bermonolog dalam hati.
"Berat giler barang diangkat manusia nih."
"Berapa rumah dah bro ni pergi ek?"
Kalau ikut hati memang macam tak mo tolak jualan beliau tapi nak buat macam mana kan. Guwa harus menolak lantaran oleh kerana sebab kocek guwa yang kosong, kosong, kosong ~ (nyanyi dalam hati ikut rentak lagu kosong by Najwa Latif).
Guwa menolak jualan beliau dengan serba salah. Susah beb nak tolak. Dah lah beliau angkat barang berat pastu jalan dari rumah ke rumah pastu terpaksa menghadap karenah orang pastu kena reject pastu jalan lagi pergi rumah orang.
Proses yang berulang alik.
Tapi orang yang tabah macam beliau tak peduli semua tu. Yang penting dorang ada usaha untuk mencari rezeki halal. Berbeza dengan orang kita kan? Pantang direject sikit berputus asa.
Sebelum beliau berambus dari perkarangan rumah, guwa sempat bersalaman dengannya sambil menghulurkan sekuntum senyuman Brad Pit ke arah beliau.
Mood kerja beliau terus mencanak lantaran senyuman guwa lalu beliau berlari keriangan sambil tersipu malu bak pompuan disapa Justin Bieber. Ok itu guwa tipu.
Melihat pemergian beliau dari perkarangan rumah, hati guwa rasa sebak semacam. Sedih u tengok nasib orang tak macam kita.
Bukan satu dua bijik jak rumah di taman perumahan (padahal kampung jer) guwa ni. Kalau sebijik dua guwa tak heran, ni nak dekat lebih dari 90 bijik. Mak aih!
Pelan strategik si peniaga |
Aku kalau ikut incik abah pergi kebun nak buat lubang untuk tanam kelapa sawit pun macam nak tercabut pinggang. Tu baru buat lubang belum tanam lagi.
Maka pada petang itu guwa belajar agar menjadi modal insan yang cemerlang gemilang terbilang serta bersyukur dan tidak mudah berputus asa.
SeDOWN mana pun hidup engko, engko mesti teruskan jugak.
SeCELAKE mane pun kau rasa, kau harus teruskan hidup.
SeTERUK mana pun mehnah dan tribulasi yang ko hadapi, ko kena hadapinya.
Weyh, lagi satu. Korang perasan tak kalau korang pergi pasar raya or kedai-kedai berhampiran, mesti paling kurang kedai Pakistan or bangla mesti ada satu. Tak kira la kedai mamak ka, kedai jual karpet ka, kedai jual barang runcit ka.. Mesti ada punya.
Kenapa macam tu ek? Sebab dorang ni rata-rata datang dari jauh duduk negara kita bukan dari zon selesa macam kita. So bila macam tu, dorang ada desakan hidup. Daya kerja dorang jadik bertambah.
Sebab apa? Sebab dorang takda pilihan lain selain terpaksa jadik kuat. Maka sekuat mana pun ujian dorang dapat, dorang takda pilihan lain selain hadapi ujian tuh.
Kalau kita? Ermmm, tak payah cakaplah. Tau-tau sendiri jak.
Untuk mengakhiri post guwa kali ni, guwa ingin mengajak korang berfikir jap quote yang pernah puan emak guwa kata.
"Orang luar duduk setahun di negara kita terus jadi kaya.
Orang kita duduk 10 tahun di negara sendiri belum tentu boleh jadi kaya"
Orang kita duduk 10 tahun di negara sendiri belum tentu boleh jadi kaya"
PS: gambar tu hasil eksperimen guwa. Kalau nak, buat sendiri di www.ragemaker.com.
No comments:
Post a Comment