Korang juzuk berapa dah? Atau belum sentuh Quran? Sekadar pertanyaan. |
Assalamualaikum.
Hello korang yang tak sabar menunggu Ramadan tamat. What's up? Sabar 12 hari lagi puasa okey.
Sekarang sudah masuk Ramadan yang ke 18. Guwa sudah terlambat sehari untuk post entri ni sebab guwa baru google tarikh nuzul Quran tadi. Cis.
Guwa masih ingat. Semasa guwa masih bersekolah dulu, majlis nuzul Quran adalah antara majlis paling meriah yang diadakan di bulan Ramadan. Majlis Nuzul Quran ni guwa cakap memang best lah.
Apa taknya, time ni lah peluang untuk makan telur rebus secara percuma dan masa untuk pelajar-pelajar asrama memakai baju-baju baru dihiasi samping mamping. Majlis berbuka puasa juga dilakukan di surau time tu. Jadi semua pelajar termasuk pelajar harian pun join majlis tu.
Sepanjang guwa bersekolah di KTDTHB, guwa cuma berpeluang sekali untuk menjadi peserta majlis nuzul quran dan itupun time guwa tahun terakhir. And u know what, membaca ayat Quran di depan orang adalah so embarrasing. Maka suara pun terketar-ketar. Padan muka aku.
Kalau dulu di sekolah kami akan khatamkan Quran sebelum majlis nuzul Quran. jadik ada 17 hari nak habiskan. Eh tidak, 16 hari sebab hari ke 17 dah majlis khatam.
Dulu guwa selalu pegang Quran time ramadhan. Pantang ada waktu free jak memang guwa carik Quran. Bukan guwa jak, ramai lagi kawan2 guwa macamtu. Kamiorang macam berlumba lah. Kalau si Fulan dah sampai juz 10 dan kau masih juz 9, kau lambat, siput.
Selamat beramal. |
Disebabkan persaingan sihat inilah ramai pelajar yang semakin erat dengan al-Quran. Ada satu hari time bulan Ramadhan, guwa pergi surau carik Al-Quran kunun nak menambah bilangan bacaan dan time tu ada 3 orang di Surau. Guwa, kawan guwa dan senior guwa.
Time tu guwa tengok senior guwa tu depan sekali. Di bahagian imam. Dia baca Quran dengan khusyuk. Sangat khusyuk sampai orang lain tak dikisahnya. Lepas habis, guwa tanyalah beliau berapa page di bacanya. Beliau cakap, haritu dia dah baca 100+ page.
Perhh, memang banyak beb. bagi guwa time tu, 100+ sehari dah lebih dari cukup. enam hari dah boleh kahtam. Lulz. Tapi yang buruknya, masa lepas terawih yang sepatutnya diisi dengan tadarus Al-Quran beliau tidak pula baca Quran tu. Alasannya, sebab dah baca pagi tadi.
=='
See macam2 perangai manusia kan? Guwa bukan nak mengumpat sesiapa tapi cukuplah sekadar nasihat untuk diri sendiri. Kalau baca Quran untuk semata-mata khatam memang tak berguna lah. Quran itu untuk difahami dan dijiwai bukan sekadar dibaca.
Kadang-kadang bila kita baca Quran laju-laju 120km/jam kita akan mengalami masalah tajwid. Terutama guwa lah. Kadang-kadang memang belit lidah baca. Lain lah kalau korang ni memang selalu baca Al-Quran dan khatam dua kali sehari macam Imam Syafie. Tu guwa tak heran lah.
Dan dalam pada itu, kita harus paham yang khatam Al-Quran tu adalah sunat tetapi membacanya dengan tajwid adalah wajib. Ya, wajib. So adakah patut mengabaikan yang wajib untuk mendapatkan yang sunat? Tak. So sungguh tak patut ok. Kita kejar kualiti bukan kuantiti.
Tapi still guwa bukan nak marah orang yang khatam Al-Quran tu. Bagus. Memang sangat bagus. Semangat nak khatam Quran tu guwa puji sebab otomatiknya korang akan sentiasa ingat Al-Quran. Bukan jak korang dapat mempraktis baca Al-Quran dengan lancar, tetapi kalau korang dapat melagukan lagi, memang superb lah. Tapi still perlu ingat, tajwid mestilah ok.
Tak baek jadi pemalas time bulan ni. (Still advising people tapi sendiri macam haprak. =..= ) |
Eh kenapa guwa rasa entri ni panjang semacam? Nanti marah pulak budak ni. haha. Takpa2 bukan selalu pun kan. Alang2 dah x update 100 bulan sekali keluar entri panjang apa salahnya. Ho ho ho horlick.
So sekarang guwa masih rindu kenangan nuzul Quran di sekolah guwa weyh. Rindu pulak nak pakai lawa2 walaupun guwa tak lawa sambil bersamping di majlis gilang gemilang tu.
Korang dah juz berapa? Aku? Tak payah lah aku jawab sebab aku tak baca sekerap dulu. Anyway semoga korang dapat menjiwai Al-Quran. Jangan jadi macam aku. Padan muka aku.
No comments:
Post a Comment