17 Aug 2012

9 + 1 Situasi tipikal menjelang hari raya

Assalamualaikum.

Hello korang yang tengah menolong emak membuat ketupat, rendang dan kuih raya sekalian. What's up? Hati-hati mana tahu silap haribulan korang yang rentung. Ho ho.

rasain lo kesentapan

Masuk Ramadan kali ni, dah 19 kali aku hadapi Ramadan. Aku perasan, selama aku hidup 19 tahun di bumi, banyak perkara sama yang kita hadapi bila menjelangnya Syawal. Contohnya macam perabot lama tukar perabot baru, beli baju raya, kasut raya, sandal raya or underwear raya.

So,

As for today,  aku nak cakap 9 (+1) benda yang sering terjadi kepada kita bila menjelang raya sama ada kita sedar ataupun tidak.


1.  lagu raya berkeroncong di corong radio dan telebisen serta shopping mall

Pernah tak korang keluar bershopping kemudian terdengar lagu raya lalu mood korang yang mulanya gembira memborong kasut raya bertukar hiba sebab korang terpaksa beraya di perantauan tiba-tiba teringat kampung halaman?

Or 

korang pergi pekan sambil mendengar ERA FM or SINAR FM or HOT FM or apa-apa FM lah konfem korang akan dengar lagu raya. Lagu-lagu hot macam lagu korea and Justin Lidah diberhentikan selama seminggu sebab raya. Lepas cukup seminggu, maka lagu itu akan kedengaran semula.

Or

Korang nak tengok cerita Marimar di TV 3 tiba-tiba korang adik korang terbukak Channel 180 then dengar lah lagu raya. Korang pun feel layan lagu raya padahal raya lagi seminggu.

Pernah rasa tak?


2. Status raya di FB dan menjadi trending twitter

Status di facebook dipenuhi dengan kata-kata raya dan ampun maaf. Paling lewat 2 hari before raya dah muncul dah weyh. Paling awal pun time awal Ramadan. Maklumlah takut tak dapat online malam before raya sebab busy membakar mercun lemang, kan?

Maafkan titew yew

Di twitter pulak dah jadik trending ucapan raya ni. Tak tau apa tu trending? Oh my. Ok takpa takpa. Mari pakcik ajar. Trending tu macam perkataan yang selalu ditulis oleh pengguna-pengguna twitter. So kalau most of twitterians tweet "selamat hari raya" di twitter maka ucapan "selamat hari raya" itu akan jadik trending.

trending twitter

Top trending tu. Means 80% rakyat Malaysia dah ucap selamat hari raya kecuali aku sorang belum. Takpa tunggu sehari before raya baru aku tulis. Ho ho.


3. Mercun dan bunga api tanpa had

Actually mercun dan bunga api ni start since satu Ramadan lagi (di kampung aku lah). Apa best sangat ka main mercun tu? Pelik aku budak-budak zaman sekarang sukati letupkan mercun. Aku time kecil dulu tak sentuh pun mercun or bunga api tau. 

Ok fine. Aku tipu. Aku main sebenarnya. Tapi aku tak lah main time solat terawih sampai imam terkejut beruk ok.

Haritu mama aku marah kat adik aku sebab main mercun secara berkumpulan dengan geng nya. Aku tak tau lah dari mana dorang dapat perangai suka main mercun ni. Dorang waris dari kakak aku kot. 

taken from Sabahan troll's FB.


4. Terawih semakin hambar

Ni yang buat aku sedih. Awal-awal ramadan dulu ramai jer orang datang pi masjid sembahyang terawih. Tengok-tengok masuk fasa-fasa terakhir ni makin sikit orang datang.

Kalau golongan wanita aku tak heran lah. Ma'lom lah kuih korang sedap kan. Sebab tu banyak tempahan. Or maybe ABC. Tu aku tak heran sangat lah.

Tapi kalau golongan lelaki.... Korang ada ABC? Korang tolong mak buat kuih? Seriously sampai tak turun terawih? Ok fine aku khusnozzon. Lelaki zaman sekarang memang busy solat malam and tadarus khatam Quran.

Er, Tadarrus or Tidur trus?


5. Drama & Iklan raya yang menyedihkan

Part ni memang aku suka. Sangat! Tapi, mengapa harus bila time nak Ramadan dan datang Syawal baru dimainkan drama menginsafkan dan iklan menyedihkan?

Seingat aku time aku masih kecil aku pernah tengok iklah di TV 3 pasal anak yang melayan ibu bapanya secara tidak bertolak ansur. Alahh, yang anak bapak tu cakap "nanti bila besar mak dan ayah duduk di sini macam ayah buat dengan atuk" tu. 

Ya, iklan yang datuk tu selalu jatuhkan pinggan time makan. Last-last ibu kepada anak tu mintak mahap kat datuk dia. Yes, iklan tu buat aku nang.. ok tak. aku tak nangis. okfine, ada sikit keluar air mata. sikit.

Dan ohya, iklan-iklan raya dari petronas memang menyentuh perasaan beb. Aku tak tau kenapa pengarah iklan ni tak jadi pengarah filem or movie mahupun drama. Kalau tak mesti Petronas boleh bukak syarikat filem sendiri. Hoho.

Kalau korang nak layan video raya terbaru dari Petronas, nah. Layanzz.



6. Pelita dan lampu kelip

Kalau korang perasan 10 malam terakhir kebanyakan rumah-rumah akan memasang lampu raya blink-blink (lampu kelip) mahupun pelita. Sebenarnya benda ni bergantung kepada nafsu selera si tuan rumah sama ada mau guna pelita or lampu kelip-kelip.

Selalunya orang yang rajin akan memasang lampu blink-blink manakala orang yang lebih rajin akan memasang pelita. Bukan senang pasang pelita kau tahu. Tiap petang korang kena cek kandungan minyak dalam benda tu. Kalau habis terpaksalah isi balik. Lepas tu pulak kena lagi sumbu yang tenggelam dalam. Nak adjust lagi. Tu belum kira baju korang kena minyak gas. Perhhh banyak kerja.

Cantik kan pelita yang aku baru buat ni? Okfine aku tipu. Ini gambar ihsan dari google.

Kalau pasang lampu kelip senang macam minum air cendol time buka puasa. Baca bismillah kemudian tekan suis. Menyala. Senang.

By the way aku baru selesai memasang lampu kelip-kelip tadi sambil mendengar lagu korea raya. Actually tak lah semudah yang disangka. Aksi panjat memanjat memang perlu. Macam stuntman pulak dah bunyi.


7. Buku resipi berhabuk kembali bersih

Haaa ini khas untuk para isteri di rumah. 11 bulan tak sentuh buku resipi sekaranglah masanya untuk tuntut semula ilmu dari syeikh buku resipi. Belek semula cara buat rendang ketupat.

Belek balik cara menganyam ketupat. Kalau tak mau pening-pening kepala, beli trus dari supermarket terdekat. Kalau buku resipi bagi ajaran sesat, pi bukak youtube or tanyak syeikh google (bak kata Syafinaz). Kalau tak dapat jugak, cari akaun Facebook Chef wan add sebagai kawan then chat lah sampai pagi. Kot-kot Chef wan mau kawin satu lagi.


8. Baju raya

Baju raja memang sudah menjadi satu adat serta kebiasaan rakyat Malaysia bila tiba hari raya. Well aku nak tanya korang, korang dah ada baju raya untuk tahun ni kah? Warna apa? Beli atau minta orang jahitkan? Berapa pasang? Sebijik? Dua bijik? Tujuh? 

Tu antara soalan yang selalu ditanya. Kalau korang tak ada baju raya korang akan dianggap kuno. Or tak up to date. Or tak mengikut arus trend semasa. Pfft. Well for me itu semua cuma pertanyaan mereka yang mau kelihatan lawa semata-mata.

Actually tiada baju raya pun tak apa. Kalau ada baju raya 7 pasang tapi baju taqwa tiada, well there are no points untuk korang berbaju raya. Bukan aku nak blame korang nak berbaju raya pon. Tiada masalah. 

Beli lah 7 pasang or berapa pasang sekalipun. Asalkan korang berbaju raya untuk kelihatan kemas. Bukan untuk berbangga. Kalau korang jumpa kawan korang pakai baju raya tahun lepas, jangan ejek (hina). Kesian dorang.

By the way aku tahun lepas tiada baju raya. Ok jak.

Wardina pun sokong baju raya bukan satu kemestian dalam beraya!


9. Kad raya dan trafik SMS

Seumur hidup aku, aku pernah dapat kad raya tak lebih sepuluh. Ada lah dalam tujuh lapan bijik camtu. Korang mesti pernah dapat lebih dari sepuluh bijik kan? What? Seratus? LOL korang ingat korang artis? Dan antara kad raya paling memorable aku dapat ialah dari kawan Cina aku dan kawan sekelas time form 4 sebab kad tu terselit kata-kata penuh keikhlasan.

And for your information, malam sebelum raya adalah antara malam yang trafik SMS meningkat secara mendadak 3 kali ganda dari sebelum. Ya lah, malam tu jugak semua orang nak hantar mesej selamat hari raya mahap zahir dan batin.

Aku nasihatkan korang kalau nak hantar mesej, hantar di pagi hari raya. Lepas sembahyang subuh sebelum pergi sembayang raya. Time ni korang nak hantar mesej 20 sekali pun takpa. Takkan failed massage korang send sebab line ok.


10. Perabot tukar setahun sekali

Yang ni hampir berlaku kepada setiap orang. Pantang tengok orang lain tukar perabot, sibuk nak tukar perabot. Pantang tengok jiran tukar telebisen, sibuk nak tukar telebisen. Pantang tengok kawan kawin lagi satu, sibuk nak kawin lagi satu. Ops!

As for me, tiada masalah nak tukar perabot kah, tukar telebisen kah, tukar tikar kah, tukar langsir kah or so on. But yang penting korang mampu. Means $$ cukup. Orang kata, biar kalah membeli menang memakai. Kalau tak cukup $$, korang bukan mampu. Tapi mampus.

But still perlu berjimat ok. Ingat-ingat lah orang lain yang kurang kemampuan. :)
 

Aku suka kata2 UAI ni. Anyone terasa? Anyone?
Actually banyak lagi sebenarnya situasi tipikal bila menjelang raya nih. Tapi sekarang otak aku dapat fikir setakat ni jer. So for now aku rancang raya aku tak nak update blog lah lagi dah sampailah sehari before fly ke KL. Aku nak enjoy raya before beraya di kampus. Apa-apapun aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA sebelum terlambat tapi jangan lupa sekarang masih Ramadan.

Hey korang tau tak kalau dulu para sahabat nabi menangis tau bila tau Ramadan dah nak habis. Kita macam mana? Sedih or..... Gembira sebab dapat makan bila-bila? Okfine. Kalau tak dapat menangis sekalipun, menangislah kerana kita tak mampu menangisi pemergian Ramadan.

Sila halalkan makan minum aku, salah silap aku, pertuturan aku yang banyak mencarut dan merepek, typo aku, blog hodoh aku, and apa-apa lagilah perangai hodoh aku before kita pergi ke bulan Syawal dimana aku harap hati kita bersih macam kapas.

Hey sekarang masih Ramadan lah. Jangan men syawal kannya! - Jerit aku kepada DJ Radio. Dalam bilik sorang-sorang.

No comments:

Post a Comment