23 Jul 2012

Ramadan, Ramadan, Ramadan, Nia Ramadhani, eh?

Assalamualaikum.

Hello, korang yang tengah berpuasa dan tengah kenafsuan memandang makanan. What's up? Tak sahur ke? Hehe.

Korang tau tak, time guwa masih kecil-kecil dulu around darjah lima gitu, guwa dah start berpuasa penuh. Means, puasa sebulan penuh lah. Sebab tahun sebelum tu puasa memang alang-alang, ada yang setengah hari, ada yang tak sampai setengah jam dah berbuka.

Itu kira ok lagi lah sikit. Guwa masih ingat time guwa umur-umur 9 tahun, guwa pergi rumah jiran guwa. Pergi main basketball. Alaa, yang tiang gol nya main lekat di tiang then bola besar penumbuk tapak tangan tu la.

Ah? Tak pernah main? Isk3. Zaman kecil korang memang tak ohsem.  

Then dah penat-penat main tu, badan guwa rasa macam lemah gila lah. Then guwa balik pergi rumah nak berehat, konon. Then sampai satu part tu, guwa memang tak boleh tahan lagi. Guwa pergi dapur, check line clear ke tak.

Tengok-tengok parents guwa tiada di rumah. Dan, jeng jeng jeng. Alamatnya air kosong la yang guwa teguk.


Perghhh. Sedap giler weyh. Lagi-lagi air tu air sejuk. Kalau campur sirap buat bandung lagi best. Then lepas tu momentum guwa memang luarbiasa normal. Guwa pergi rumah jiran guwa then sambung main. Then balik rumah buat muka lapar dan haus agar tidak diketahui oleh adik-beradik.

Hahaha sunguh tidak senunuh kan. Ok tu time zaman guwa kecik dulu. Sekarang guwa sudah insaf. Guwa tak layan air kosong tu lagi,tak kelass tau. So sekarang guwa layan Pepsi. Tapi sebagai santapan berbuka puasa. 

Then bila guwa berhijrah di negeri orang, di sana la guwa tau banyak perkara. Macam kenapa mesti berpuasa, kenapa mesti bersahur, kenapa mesti berbuka, kenapa mesti beli di gerai AJK PPIK, kenapa mesti pandai berkata manis menarik orang beli di gerai jualan PPIK dan kenapa harus berkahwin empat.

Oh ya dan guwa nak kongsi, antara kenangan manis guwa dulu ialah time sahur. Time tu warden-warden akan pergi dari bilik ke bilik untuk kejutkan orang. Then ada seorang warden tu pergi ke bilik guwa. Warden tu ntah apa yang merasuknya awal pagi tu.

Beliau memakai topeng hantu. Then cun pulak time tu beliau try untuk membangunkan kawan guwa yang sedang ngorok itu. Kawan guwa bangun lalu terkejut tengok topeng tu. Then u know what?

Kawan guwa tampar warden tu beb. Hahaha. Actually kawan guwa tu nak tampar hantu, tapi boleh pulak warden tu yang kena. Siapa suruh kan dah kena sebijik. Ok kawan guwa tu yang salah. Hahaha.

Tolak troli berisi makanan ke Surau. Budak 3 orang ni ngegeh sebenarnya sorang pun dah cukup.

Guwa ingat lagi, kalau di sekolah dulu kamiorang pelajar Muslim akan berbuka puasa di surau. Dan makanan, ahem. Mesti angkat dari Dewan makan ke surau. Tetapi dengan bantuan troli. 


Amboi, gembiranya angkat food warmer.

Ini perlu dua orang angkat. Berat tu.

Duta troli berserta troli kebanggan beliau.

Dan bila time terawih, mak aih. Mata! Semua merah. Kenapa? Erm, tak salah lagi mesti sebab banyak makan time sungkai menyebabkan perut kembang mata kuyu.

Terawih di sekolah guwa dulu 11 rakaat jer (+ witir) tapi bacaan nya, erm panjang beb. Time tu pulak gilir-gilir ustaz jadi imam. Kalau surau dekat rumah guwa ni 23 rakaat tapi bacaannya laju. Tak terasa pun nak habis dah terawih. =='

So apa-apapun, guwa memang rindu dengan sekolah lama guwa. best beb sekolah menengah. Oh ya guwa dengar telefon bimbit akan dibenarkan di sekolah menjelang 2013. Dan guwa selaku insan biasa amatlah tidak sangka perkara tersebut akan berlaku. 

Cubalah benarkan membawa handphone time guwa masih di sekolah dulu. Konfem ramai dah awek guwa tackle. Hahahahaaha. Ok joke. Muka macam guwa memang tak layak berawek pun.

By the way, semoga korang terus dapat meneruskan hidup di bulan Ramadan ni. Semoga Ramadan ini menjadi pengalaman manis untuk korang dan juga guwa. 

Dan.........

"Ramadan kali ini, mari kita lakukan kerana Tuhan!" -matluthfi-

19 Jul 2012

Oh! Lepak ngan kawan.


Assalamualaikum.

Yo yo wassap wassap.

Pagi tadi, guwa temankan adik guwa pergi klinik Dr. Stanley. Disebabkan adik guwa berpenyakit ulser serta demam (sikit) maka mahu tak mahu guwa kena temankan jugak adik guwa ke klinik.

Then sampai klinik, macam biasa. Pergi kaunter, cakap adik sakit ulser serta demam, nak jumpa dokter, tunggu giliran dan masuk bilik dokter.

Then part yang guwa suka ialah, doktor yang tempat guwa pergi tu memang best. Lawaknya sempoi giler. Then peramah. Ohya, beliau ialah doktor berbangsa Cina ya. Susah nak dapat doktor peramah berbangsa kita sendiri.

Ok, bukan semua. Kalau ada pun, bilangannya sikit. Boleh kira guna jari kaki.

Doktor tu mula-mula menguji kehebatan adik guwa berbahasa English. Tapi disebabkan adik guwa yang menyediakan tangan untuk menumbuk doktor tersebut, maka guwa tolonglah serba sedikit adik guwa tu.

Fuh, selamat nyawa doktor tu. nasib baek.

Then sampai satu part, guwa tanya doktor tu yang beliau Graduate dari mana. Ya lah kan, orang cakap kalau nak jadi doktor, learn from doctor. Because dorang tu berpengalaman. Tau selok belok macamana nak jadi doktor. Lagi pun guwa dah lama menyimpan hasrat nak tanya beliau graduate mana.

Then doktor tu jawab lah yang beliau graduate dari Manila. Universiti mana, entah beliau tak bagitau. Then dia cerita la yang dia dapat sana sebab kita manusia memang ada takdir masing-masing. Dan doktor ni memang humble lah.

Beliau sempat tanya guwa nak sambung belajar di mana, kos apa and so on. Then beliau tiba-tiba cakap,

"Kita kalau sudah berjaya jangan lupa ini benda tau."

"Jujur, Rajin dan rendah hati" Katanya.

Then guwa pun menunjukkan jari ibu kepada beliau. Thumbs up doc! hehe kalau ada button like memang guwa like habis-habisan lah. Dan lepas tu habis. Kejap gila weyh rasanya. Macam tak puas pulak. =='

So lepas habis dari klinik, guwa pergi kedai gunting rambut kejap. Pendekkan rambut. Then seperti yang dijanjikan, guwa serta kawan-kawan pergi kepsi dengan hasrat nak jumpa kawan-kawan sematrik dulu. Ya la, lepas ni bukannya senang nak jumpa lagi, kan?

Actually ikut plan mula memang jam 11. Tapi disebabkan segelintir buat medical check up, maka majlis makan-makan bermula jam 12. Haha lama gila pospon.

Then ni gambar yang sempat diambil. Malas nak tulis lagi panjang. Tengok gambar dah cukup kan.

  

Clarence.


Warda, Maylorna and Kimyin.

Fahrizuan, Iqbal, Tamimi, Boy, Anil, Ijat dan saya.

Anil, Ijat, saya, kim, malon, warda, kibal, tamimi and khazrul aka boy.

Iqbal dan Ahang (baru datang).



Ahang, budak baju hitam, fahrizuan and clarence.


Well guys, hope we will meet again after this. InsyaAllah. All the best for all. :)

17 Jul 2012

Antara Kawan dan Cinta

Assalamualaikum.

Hello korang yang tengah duduk santai sambil menghirup sky juice. What's up?

So hari ni tak nak entry panjang-panjang gik dah. Penat tangan taip panjang but this time just simple story about friends and love. Maaflah kalau lukisan sangat huduh. =='

******** 

Satu hari cinta & kawan berjalan dalam kampung.  




Tiba-tiba cinta terjatuh dalam telaga.




Kenapa?

Sebab cinta itu buta.. lalu kawan pun ikut terjun dalam telaga..




Kenapa?

Kerana kawan akan buat apa sahaja demi cinta!

Di dalam telaga cinta hilang!

Kenapa?

Kerana cinta itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap.

Sedangkan kawan masih lagi tercari-cari dimana cinta & terus menunggu..


Kenapa?

Sebab kawan itu sejati & akan kekal sebagai kawan yang setia :)

********

Okbai. Tammat.

Er, adakah metafora ayat terlalu dalam? 

==’

If A is 1, B is 2 and C is 3,... Z is 26.Then, 
L+O+V+E = 54.F+R +I+E+N+D+S+H+I+P = 108.
You know what? Friendship is twice stronger than love... :)


16 Jul 2012

Jarak antara 2 hati


Assalamualaikum.

Hello korang yang tengah duduk termenung depan laptop macam orang takda life. What's up? 

Guwa pada hari ini ingin berkongsi sebuah cerita yang agak sinonim dalam kehidupan kita. Dan entri ini bukan guwa yang tulis, guwa cuma CTRL C CTRL V dari orang dan for your information, guwa seorang yang tidak suka mengkopi artikel orang instead of buat entry sendiri. 

Tapi memandangkan guwa memang tiada idea apa nak tulis, maka inilah yang dapat guwa kongsikan. 

Ok, kisahnya bermula begini.

********

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya.

 “Mengapa ketika seseorang sedang marah,  dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama lalu mengangkat tangan dan menjawab.

 “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.” 

“Tapi…” guru bertanya kembali.

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?” 

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru itu berkata,

“Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan,  jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat.  Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian,  mereka harus berteriak. 

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan,

“Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.”

“Mengapa demikian?” 

Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.




“Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka  memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

********
Okbai. Tammat. 

You know what? Anger is a condition which the tongue works faster than mind.

13 Jul 2012

la tahzan, la tahzan..

Assalamualaikum.

Hello korang yang dah dapat tau keputusan UPU. What's up?

Sekarang kan, actually guwa tengah bersedih,.. sedikit. Guwa buka facebook, guwa nampak ramai kawan guwa yang post pasal U yang bakal dimasuki nanti. Guwa buka twitter pun ramai yang share U dan nama kos yang dipilih.

Okay actually guwa kalau boleh memang tak nak share dengan orang apa U dan kos yang guwa dapat. Tapi macam tak aci pulak kalau guwa tau U dan kos orang lain (guwa stalk fb or twitter account orang lain) tapi guwa tak beritau apa U or kos guwa.

Erm, maybe kos guwa ni pelik sikit. Ntah guwa baru dengar. And guwa baru buat research pasal ni. Dan guwa dapat....




Universiti : Universiti Malaya (UM)
Kos : Biokimia

Ni reaksi guwa time cek UPU tu..




Actually terkejut jugak lah. Tak pernah pun dengar biokimia tu. Walaupun tak dapat kos yang guwa inginkan (medic @ dentistry) guwa simpan dalam hati cukup. Siapa yang tak kechewa kalau tak dapat result yang diharapkan, kan?

Tapi guwa masih boleh tenang. Guwa cuba pelbagai alternatif yang dapat menghilangkan kesedihan guwa macam layan cerita lawak Running man, main game dan tidur. zzzz (tapi cara paling baik adalah baca Quran dan tengok maksudnya)

Guwa rasalah kan, if korang yang pompuan dapat kos yang tak secocok dengan korang, mesti korang akan menangis. Kan? Kan? Kan? Sorry girls you just can't ignore the fact. Sebab hati wanita ni lembut. Special.

Anyway guwa sekarang sudah tidak sedih lagi (tipu ko syukri, *kata encik hati*). Banyak jugak lah guwa dapat nasihat dari senior or kakak guwa macam..

"Yang penting jangan kita dikawal oleh keadaan sekeliling, biar kita yang tentukan cita-cita kita." 
"Allah bagi kita yang terbaik boleh jadi kita lebih berjaya dengan kos yang kita dapat"

And so on. Malas tulis.

Anyway guwa tiba-tiba teringat kata-kata perangsang yang guwa dapat dari KML dulu. Time tu guwa pergi surau. Musollah. Then di papan tulis maktabah ada satu tulisan yang menarik hati guwa untuk membacanya. Maksudnya kurang lebih macam ni..

"Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu"

So sekarang guwa macam terhutang budi dengan orang tu lah. Siapa yang tulis tu sila mengaku, nanti guwa belanja ais pop.

So kepada korang yang dapat kos serta U yang korang idam-idamkan, tahniah guwa ucapkan. Mabruk alaik. Dan kepada yang sekepala dengan guwa, takziah diucapkan. Rest in peace, please.

Hoho. Ok jangan ambil serius guwa gurau sajoh.

Kepada yang tak berapa nak bernasib baik, sila positifkan minda anda. Jangan biarkan diri anda, diselubungi sedih. Ingat, anything happen for a reason and this is not the end of your life. Jangan duduk mengeluh cakap KENAPA? KENAPA? KENAPA? tanpa buat apa-apa. It can't change the situation either.



Cuba cari cara lain macam telefon direct ke bahagian UPU nak buat rayuan apa semua. Kalau tak pun minta tolong pakcik makcik korang yang berupaya menolong. Minta pandangan dari senior cara nak tukar kos paa semua. Try pohon universiti lain (yang swasta). or apa-apa jak lah.

Yang penting usaha itu ada. Kan Tuhan itu maha adil. So jangan bersedih (laa tahzan) ok?

Good.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu; 
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Al-Baqarah:216)

12 Jul 2012

UPU KELUAR ESOK OI !

Assalamualaikum.

Hello korang yang tengah menggigil ketakutan menunggu result UPU esok. What's up?

Aku sebenarnya time kecik-kecik dulu banyak cita-cita. Sepertimana seorang budak kecil ketika itu yang masih chumil dan innocent, cita-cita guwa banyak dipengaruhi oleh kartun ganjil dan pelik macham Dragon Ball, Doraemon, Power Rangers, Kesatria Bajak Hitam dan banyak lagi.

Jadi ketua porenjes ni pun best juga

Time guwa masih tadika, cikgu guwa pernah tanya setiap seorang dari kami apa cita-cita kalau besar nanti. Disebabkan dorongan serta pengaruh kartun yang sangat kuat, guwa menjawab yang guwa nak jadi macam Son Goku, Son Wukong atau macam power rangers kononnya untuk melindungi bumi dari kuasa kejahatan.

Time tu memang guwa fikir macam, kartun begitu memang wujud. Maklum lah fikiran belum mencecah had kematangan kan.

Then bila sampai tahap satu (Darjah 1-3) testimonial diberikan kepada setiap murid dalam kelas guwa. Dalam tu ada la ditanya pasal nama, alamat, hobi, makanan kegemaran, cita-cita, status, tahap kematangan, artis korea favourite dan ciri wanita idaman.

Guwa paling tertarik time isi ciri wanita idaman time tu. Guwa buka pensil case. Tarik pensel dan isi ruangan tu sambil menyanyikan lagi isteri solehah (by Nazrey Johani). Dan guwa langsung tak isi ruangan lain. Haha.

Okay itu guwa tipu.

Rata-rata kawan guwa tulis cita-cita yang sama. Cita-cita yang femes time tu adalah BOMBA, POLIS, GURU, PILOT (juruterbang) dan ASKAR. Disebabkan guwa time kecil adalah seorang stereotaip, jadi guwa main hentam keromo isi testimonial tu (guwa tiru cita-cita kawan okay).

Seingat guwa, time tu guwa pilih polis, bomba dan guru sebagai cita-cita guwa.

Serius, umur macam tu memang fikiran macam budak-budak. Ya lah kan, time tu kan masih budak. Cita-cita yang bermain di benak minda dipengaruhi alam sekeliling. Maklumlah guwa tinggal di kawasan pekan yang rata-rata berkerjaya sederhana.

Jangan jadi loser sudah lah


Cita-cita macam doktor, engineer, arkitek, peguam, kontraktor dan angkasawan belum terfikir lagi. Tak terlintas pun.

Dan ketika guwa umur 10 tahun, guwa ubah cita-cita jadi pensyarah. Heboh satu kelas tau guwa nak jadi pensyarah. Ada sehari tu guwa demam so tak dapat hadir kelas. Guwa rehat di rumah sambil melayan cerita korea.

Ngam-ngam pulak guru BM adalah mak guwa. So kawan-kawan guwa tanya guwa ada dimana? Kenapa tak hadir? (yer ni time kegemilangan guwa! tengok semua orang carik guwa. Oh femes nya rasa)

So mak guwa cakap guwa demam. Keesokan harinya, ramai orang ejek guwa "pensyarah demam". Time tu guwa memang innocent gila beb. Nak tumbuk jauh, time dekat takut pulak dengan kengkawan =...=

Then masuk sekolah menengah, guwa fikir punya fikir, so guwa tukar la cita-cita guwa jadik cikgu sebab guwa tengok kerja sebagai cikgu adalah antara kerja paling mulia. Cikgu guwa di situ semuanya baik-baik dan chomel-chomel belaka.

Guwa suka bila dorang kerja dengan semangat dan hell yeah, itu sedikit sebanyak memberi imej positif kepada guwa. Tapi sayang, cita-cita guwa berubah lagi mengikut peredaran zaman millenium.

Then time ada angkasawan pertama negara (Syeikh Muzaffar) tahun 2008, heboh satu Malaysia pasal berita ni. Guwa actually tak ambil kisah pun. Then entah macamana guwa tiba-tiba terfikir pulak nak jadi angkasawan kedua negara. Mungkin sebab nama angkasawan itu macam fun. Or mungkin sebab guwa nak jadi femes (niat tak berapa nak betul). Hahaha okay sebab kedua tu memang tipu.

So masuk form 4, guwa tiba-tiba buntu. Cita-cita guwa macam guwa dah tak ambil peduli lagi. Mungkin sebab pertukaran hormon kot. Kalau ada kawan guwa tanya "weyh apa cita-cita ko arh?" guwa akan jawab "Nak jadi insan berguna di mata masyarakat". Dan kemudian beliau akan buat muka. Haha.

Then naik form 5, ada wakil dari universiti buat pameran kerjaya di sekolah guwa. Di sana guwa tau banyak perkara macam apa itu program diploma, program matrikulasi, asasi, STPM dan banyak lagi. Guwa malas nak tuulis panjang.

Then guwa macam tertarik pada satu pekerjaan iaitu doktor. Guwa cuba lah tanya abang-abang promoter tu apa kelayakan nak jadi doktor. And u know what? Sepatah haram pun guwa tak paham. Terms yang digunapakai melampaui jangkaan minda guwa.

So i got nothing there except brouchure belambak yang guwa guna untuk lap loker guwa yang berhabuk. Sometimes jadik kapal terbang kertas. (kualiti doh kertas brochure, dah la keras).

Apa yang guwa tau dari abang promoter tu ialah keputusan subjek sains mesti bagus. Yang lain keterangan beliau guwa buat macam muka interested tapi hati dah fikir pasal makan makan makan (banyak berfikir menyebabkan perut guwa lapar).

But sekarang sedikit sebanyak guwa dah tau pasal perjalanan hidup menggapai cita-cita guwa itu. Terima kasih kepada kawan-kawan and senior yang banyak share maklumat kat guwa. And kredit turut diberikan kepada kawan guwa yang tidak putus-putus sharing maklumat tentang bidang perubatan ni. Thanks wan.

Wait. Kenapa guwa tulis semua ni? Guess what? Esok keputusan UPU dah keluar geng. ESOK. ESOK. ESOK.

Walau apa-apa pun guwa sangat berharap yang Allah akan mempermudahkan urusan guwa. Guwa sangat berharap sangat dapat course pilihan pertama guwa. Sebab kemungkinan besar keputusan esok akan mempengaruhi cita-cita di masa depan kita.

Guwa tak guna term "kehidupan masa depan" tapi guwa guna term "cita-cita masa depan" guwa. Know why? Because kalau kita percaya bahawa keputusan itu yang mempengaruhi kehidupan kita di masa depan, u are so d*mn wrong my friend.

Kehidupan masa depan kita ditentukan Tuhan. Bukan kerjaya or pekerjaan kita.

Well, apa-apa pun guwa berdoa agar kita semua dapat pilihan yang kita nak dan bersedia untuk segala kemungkinan. Bak kata kawan guwa, "Hope for the best and ready for the worst".

So kengkawan, azan isyak pun tengah dilaungkan di kampung guwa. Mari kita pergi solat berjemaah di masjid.

Dan semoga mendapat keputusan yang enak.

11 Jul 2012

Show Off!

Assalamualaikum.

Hello korang yang sangat suka men show off. Hikhik.

Actually mata guwa sekarang sangat penat dan tenat. Beliau sudah berkali-kali mengeluarkan isyarat supaya kena bagi cuti tapi guwa masih perlukan beliau sekarang. Sekarang beliau sudah merah dan guwa buat slumber badak jer.

Di sini guwa ingin menegaskan bahawa guwa bukan nak show off pasal mata okay.(ayat skema)

Actually guwa nak habaq mai, actually kan dunia sekarang boleh di katakan dipenuhi ramai orang yang suka show off. Bagi guwa, dalam 10 orang, 7 daripadanya mengalami penyakit show off. Lagi-lagi sekarang banyak medium untuk orang-orang show off di dunia maya.

Wait, what? Korang tak tau apa itu show off? Better korang tinggal dalam gua ja lah kalau macam ni.

Show off bagi guwa adalah macham bila ada seseorang yang nak buat sumthing tapi nawaitu (niat) beliau adalah untuk menonjolkan dirinya dengan cara cuba menarik perhatian orang lain. 

Dalam erti kata mudah, guwa takrifkan show off tu kira macam eksen lah. Kadang-kadang kan, rasa macham annoying giler bila berdepan ngan budak-budak show off. Actually, guwa pun bukan baik sangat nak bercakap pasal show off ni, guwa pun pernah menshow off dan di show off jugak.

Tapi bila sampai satu titik guwa tak tau kenapa guwa pakai ayat ni, korang memang menyampah dengan orang-orang yang show off ni.

So setelah guwa melakukan eksperimen, sebenarnya ramai cara orang nak show off.


1. Memanfaatkan Facebook, twitter, dll.

Satu hari tu guwa jalani hidup bermukakan buku di senja kala. Guwa punya satu minat actually, iaitu skrolling mukabuku di home page. Actually guwa suka baca status-status orang di FB apalagi status yang bermanfaat.

So ditakdirkan guwa ternampak status FB sorang minah ni tengah bergambar then muka buat ala-ala itik, pipi buat-buat gebu siap bertudung bawal. Then yang pelik bin ajaib si penstatus itu tulis macam "alaa kenapa guwa macam dah naik berat ni?" Lebih kurang macam tu la.

So guwa pun macam, hell yeah. Beliau sungguh show off.

So guwa skroll punya skroll lagi, secara tidak sengaja guwa ternampak gambar sejibik macam yang minah tadi buat. so guwa dengan pantas menekan butang share. Harap-harap minah tu ternampak la ye apa yang guwa post tu.



Then guwa skrol lagi dan lagi, guwa nampak lagi pulak status orang show off. Alamak guwa rasa time tu patut sambut hari show off sedunia doh.



Ya bangga lah kena kiss. Guwa hari-hari pakai morning kiss pun tak bising. Entah-entah mulut lelaki tu belum basuh dari pagi, free free korang share kuman. EEwwww.


2. Cakap besar, yang betulnya sikit

Ni lagi satu cara senang orang nak show off. Orang yang selalu cakap besar ni adalah orang yang berkemungkinan besar hendak show off di hadapan orang lain. But you know what, 80% of him/her word is a rubbish.

Guwa pernah ada pengalaman begini. Kadang-kadang orang macam ni kan, bila banyak bercakap banyak juga menipunya. Contoh macam.......


A : "Hey ko tau tak haritu guwa berak batu"

B : "Eh eh, ye ke?"

A : "Ye betul la. Bla bla bla siap berintikan krim coklat bla bla bla serta bermayoniskan sandwich bla bla bla"

B : =.....= (No idea what to say) 


Ok mungkin contoh tu agak ekstrim but ada poin di sana. Kalau ye pun, jangan lah nak campur adukkan fakta dengan auta kan?. Bercakap biar berhemah nanti tiada orang nak kawan u know.

Jangan sampai orang cakap inti besar hempon 3310 (eh?) pau besar kuali.



3. Memanfaatkan gajet terkini

Guwa pernah ada dalam situasi ni. Dimana si pulan mempunyai iPhone 9S manakala guwa punya hempon 3310 (lagi). Maka si pulan datang kepada guwa dan terus menshow off iPhone 9S beliau.

Tapi bila guwa nak pegang or pinjam kejap, tak nak pulak kasi. Konon cepat scratch la, cepat rosak la.. Apa? Tangan guwa tak berasid ok.

Nanti kalau dah dicuri baru kau tau erti penyesalan. 

Duh...

Actually banyak lagi guwa nak cakap pasal show off ni. Tapi entah kenapa otak guwa malas nak berfikir sekarang. Kalau korang nak tambah pandai-pandai lah fikir sendiri sebab kadang-kadang perangai tu ada pada diri kita sendiri tapi kita je yang tak sedar.

By the way, guwa bukan marah ye, guwa cuma tak nak bumi ini dipenuhi orang-orang show off je. Dan guwa tau korang tak terasa sebab korang bukan jenis yang suka show off.

"You know what nobody likes? Nobody likes a showoff" - SUITS