Hi uolls yang sedang menunggu pertukaran tahun masihi
dari 2012 ke 2013. Apa khabar? iolls harap uolls baik-baik sahaja. (mukadimah
gedik. Okfine)
Maka sama seperti para-para sakura (blogger) yang lain, bersempena
dengan tahun baru yang akan bertukar pada esok hari, beta juga tidak ingin
ketinggalan daripada mengemas kini blog yang tua dan tidak berpenghuni ini.
Ok. ALkisah haritu aku ternampak trending
#2012HasTaughtMe kat twitter. So aku yang senang terpengaruh ini pun mengambil
keputusan untuk rela dipengaruhi trending itu. Maka aku yang dah lama tak
update blog sebab sibuk study *ecece bajet rajin* tergerak hati nak update
pasal peristiwa yang berlaku dalam hidup aku pada tahun 2012.
1. #2012HasTaughtMe untuk merindui classmate aku di
matrik
Actually awal tahun 2012 aku dan geng2 tengah bermain dota beramai-ramai dalam
bilik. Bermula malam 31.12.2011 sampailah pagi 01.01.2012. So basically
kamiorang dah bermain dota selama dua tahun. Kan kan kan. Ada jugaklah yang
tidur selama dua tahun, tengok movie selama dua tahun, layan korea selama dua
tahun dan tidak kurang juga golongan yang study selama dua tahun.
Sebenarnya point aku ialah, aku sedih meninggalkan
kawan-kawan sekelas aku di Matrikulasi. Walaupun baru bersama selama setahun,
aku rasa macam dah rapat gila. Kamiorang makan sama-sama, lepak sama-sama,
belajar dalam kelas tutor sama-sama, hadiri kuliah sama-sama dan banyak lagi
lah yang kami buat bersama.
Actually aku rapat dengan kawan-kawan aku yang lelaki.
Sampai satu tahap, aku rasa aku patut abadikan kenangan kami. Dan dengan itu,
aku poyo-poyo pergi belajar buat video khas untuk klasmet aku.
2. #2012HasTaughtMe untuk menggunakan editing software
Sebenarnya, sebelum ini aku memang tiada basic editing langsung.
Tiba-tiba masuk matrikulasi, aku diberi jawatan untuk mengendalikan Lajnah
Penerbitan untuk Surau. Bagaikan pirana aku disambar (sebenarnya aku nak cakap
aku terkaku) sebab aku memang tak tau nak design apa benda. Perlahan demi
perlahan aku belajar buat poster, buat risalah, buat handbill guna Microsoft
Publisher.
Maka selepas graduasi dari matrik, aku berasa bosan tiada
apa nak dibuat di rumah menyebabkan hatiku rasa kosong. Maka aku mengambil
keputusan sekali lagi untuk poyo-poyo belajar Adobe Photoshop pulak. Orang
cakap step by step. Maka sekarang aku sudah boleh menggunakan beliau (fotosyop)
walaupun aku masih noob. Untung sabut timbul, roommate dan kawan aku ramai yang
pakar dalam bab photoshop. Maka merekalah menjadi sumber rujukan aku. Dan aku
sekarang masih bertatih belajar…
Dalam bab lain pulak, Alhamdulillah aku dah mampu
menghasilkan video (noob) menggunakan software-software seperti Corel Video
Studio dan Sony Vegas. Aku target akan belajar After Effect pulak lepas ni
(setelah melihat video PASUM yang memang hebat itu). Dan macam biasa, aku
tengah belajar jugak dari orang-orang sekeliling aku.
3. #2012HasTaughtMe belajar di Universiti Malaya
Sebenarnya, semasa aku apply UPU, aku memang tidak berapa
mengharap akan dapat belajar di Universiti Malaya (UM) sebab semasa aku di
matrik, orang memang memandang tinggi Universiti Malaya. Katanya, susah nak
masuk lah, persaingan terlalu ramai lah, dan macam-macam lagi lah.
Sewaktu aku mula-mula check keputusan UPU, terkejut aku
dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. So korang yang masih
menuntut di bangku-bangku persekolahan atau matrik, target lah masuk ke
universiti manapun walaupun orang cakap susah nak masuk ka apa. Sebabnya,
korang tak tau rezeki korang kat mana. Asal ada usaha pasti boleh!
4. #2012HasTaughtMe untuk menjadi "mahasiswa". Bukan "Mahasiswa"
Semasa aku join Minggu oren UM (orientation week), Vice
Chancellor ada bagitau “Jangan jadi mahasiswa 3K! Kuliah, Kafe dan Katil”. Means
dah bergelar mahasiswa ni, kena lah produktif. Jangan malas join aktiviti
kolej. Jangan malas nak turun surau. Jangan malas nak keluar berjoging atau
riadah petang-petang. Dan jangan stay
berkurung di bilik sampai tiada komunikasi dengan orang lain.
Menjadi mahasiswa merupakan satu turning poing dalam
hidup kita. Kalau dulu aku malas membaca, sekarang kena banyak membaca. Library
kan ada. Kalau dulu malas nak mengkaji, sekarang tak boleh lagi dah. Ianya satu
kerugian seandainya tidak memanfaatkan masa sebagai mahasiswa dengan sebaiknya.
Sepatutnya sekarang aku sudah boleh berkomunikasi dengan
baik. Tidak gagap. Berani bercakap di hadapan orang ramai. Berani menegur
kawan. Pandai komunikasi English dengan baik (walaupun aku band 3 MUET dulu)
dan meningkatkan ilmu agama melalui pelbagai medium.
Kalau tengok orang dulu-dulu kan, rasa macam diri ini
jauh ketinggalan dengan dorang. Waktu umur baya aku, dorang sudah mampu
berdikari. Tidak lagi mengharap pada ibu bapa. Boleh menjana pendapatan
sendiri. Berani menegakkan yang benar walaupun dibenci. Dan banyak lagi.
Sekarang, selaku mahasiswa, aku berasa sedih dengan kondisi sekarang. Well,
sekarang orang dah tak macam dulu lagi.
Kalau dulu, orang nak menegakkan kebenaran tampil
berjumpa dengan orang secara direct. Sekarang? Heh post kat Facebook
berlambak-lambak. Bising je banyak tapi action??? Tarak. Haiyo. Aku lah salah
sorang tu. Isk isk isk.
5. #2012HasTaughtMe to keep moving forward
Seriously pada tahun 2012 ni banyak memberi aku cubaan.
Aku sedih banyak kali dalam hati. Aku letih menangis, menangisi hal dan orang
yang salah. Aku diuji dengan pelbagai masalah macam masalah dengan kawan,
masalah dengan pelajaran, masalah dengan perjuangan.. dan banyak lagi.
Kadang-kadang amanah yang diberi membuatkan aku rasa
macam tak mampu ku dongak kepala melihat dunia. Bahu terasa berat sekali.
Tekanan demi tekanan kadang-kadang membuatkan aku lemah. Tapi cepat-cepat aku
ingatkan diri bahawa Tuhan tetap bersama.
Well, biasalah. Kadang-kadang orang tengok aku riang
gembira. Sebenarnya tiada siapa tahu hati ini menyimpan luka yang dalam. Haha
ayat tak boleh blah. Tapi by the way aku memang banyak belajar dari pengalaman.
Nenek aku selalu cakap, “Experience is the best teacher” (mak aih hebat gila
nenek aku berfalsafah English. Okfine aku tipu bukan nenek aku yang cakap tapi
nenek Justin Bieber).
Seriously 2012 had taught me to keep moving forward and
be brave.
6. #2012HasTaughtMe to make Twitter Account
Ok perkara ini paling sengal. Sebenarnya aku taka da niat
pun nak buat akaun twitter. Tapi apabila asyik dipaksa dan ditindas oleh kakak
dan sekutunya, maka aku pun dengan berat hati membuat akaun twitter. Pada awal
mukadimah pembentukan twitter, aku memang blur habis. Words are limited habis.
Lepas tu butang Retweet, Favorite semua tu aku memang jakun habis tak tau apa
benda tu.
So alkisah kira-kira sebulan jugaklah aku tinggalkan
twitter aku tanpa khabar bagus. Tapi entah mengapa, there comes a day bila aku
buka twitter dan cuba tweet something. Dan who knows benda tu menjadi satu
ketagihan bagaikan darah yang mengalir dalam setiap inci sendi-sendi urat
badanku tanpa aku berkemampuan untuk menghalangnya. (ok aku tak faham kenapa
aku gunakan kata bahasa sebegini)
Seriously benda tu memang seronok walaupun tweet limit
dia 140 patah perkataan (Facebook xda limit words). Orang banyak dah beralih
dari Facebook ke twitter ni berdasarkan pemerhatian aku sebab it is too
mainstream to write more than 10 post per day in Facebook. Haha
7. #2012HasTaughtMe untuk merevolusi azam baru
Kalau sebelum ini, aku akan tukar azam setiap kali masuk
tahun baru. Macam aku tahun 6 dulu, aku berazam untuk berusaha
bersungguh-sungguh supaya Berjaya dalam UPSR dengan gred 5A. Kalau aku semasa
tingkatan 5, aku berazam agar aku dapat menghilangkan ketagihan bermain dota
sebab nak SPM masa tuh. Tapi sekarang berbeda.
Aku sekarang tidak meletakkan azam baru lagi. Kalau
setiap tahun nak tukar azam, bagaimana dengan azam yang tak tertunai pada tahun
lalu dan tahun yang terdahulu dari yang lalu? So aku berkonklusi bahawa aku nak
menaiktaraf azam aku tahun lepas dan tahun-tahun lepas iaitu SENTIASA UPGRADE
DIRI DARI SEMASA KE SEMASA. Means jangan berada di tampuk yang lama. Kenalah
maju. Kancil sekarang dah jadi kereta. Apel dah jadi smartphone. Buah blackberry
dah jadi handphone. Kan kan kan?
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak luahkan tapi yang
lain biarlah jadi lipatan sejarah yang kusimpan kemas dalam ingatan memori.
While women fantasize about romance, men fantasize about powerful cars, faster, computers, gadgets, games, and new more powerful technology. Men are preoccupied with the
“things” that can help them express power by creating results and achieving their goals but the question is, what the hell on earth that I’m still in front of my laptop instead of studying? -.-
“things” that can help them express power by creating results and achieving their goals but the question is, what the hell on earth that I’m still in front of my laptop instead of studying? -.-
Haha.
So memandangkan
04.01.2013 nanti first exam aku, maka silalah doakan kejayaan aku dan aku
insyaAllah akan doakan kejayaan kau dunia akhirat.
Semoga kau sentiasa dalam cinta Yang memberi cinta.
Dan dalam cinta aku.
(kopi pes dari manusia fs)