17 Aug 2012

9 + 1 Situasi tipikal menjelang hari raya

Assalamualaikum.

Hello korang yang tengah menolong emak membuat ketupat, rendang dan kuih raya sekalian. What's up? Hati-hati mana tahu silap haribulan korang yang rentung. Ho ho.

rasain lo kesentapan

Masuk Ramadan kali ni, dah 19 kali aku hadapi Ramadan. Aku perasan, selama aku hidup 19 tahun di bumi, banyak perkara sama yang kita hadapi bila menjelangnya Syawal. Contohnya macam perabot lama tukar perabot baru, beli baju raya, kasut raya, sandal raya or underwear raya.

So,

As for today,  aku nak cakap 9 (+1) benda yang sering terjadi kepada kita bila menjelang raya sama ada kita sedar ataupun tidak.


1.  lagu raya berkeroncong di corong radio dan telebisen serta shopping mall

Pernah tak korang keluar bershopping kemudian terdengar lagu raya lalu mood korang yang mulanya gembira memborong kasut raya bertukar hiba sebab korang terpaksa beraya di perantauan tiba-tiba teringat kampung halaman?

Or 

korang pergi pekan sambil mendengar ERA FM or SINAR FM or HOT FM or apa-apa FM lah konfem korang akan dengar lagu raya. Lagu-lagu hot macam lagu korea and Justin Lidah diberhentikan selama seminggu sebab raya. Lepas cukup seminggu, maka lagu itu akan kedengaran semula.

Or

Korang nak tengok cerita Marimar di TV 3 tiba-tiba korang adik korang terbukak Channel 180 then dengar lah lagu raya. Korang pun feel layan lagu raya padahal raya lagi seminggu.

Pernah rasa tak?


2. Status raya di FB dan menjadi trending twitter

Status di facebook dipenuhi dengan kata-kata raya dan ampun maaf. Paling lewat 2 hari before raya dah muncul dah weyh. Paling awal pun time awal Ramadan. Maklumlah takut tak dapat online malam before raya sebab busy membakar mercun lemang, kan?

Maafkan titew yew

Di twitter pulak dah jadik trending ucapan raya ni. Tak tau apa tu trending? Oh my. Ok takpa takpa. Mari pakcik ajar. Trending tu macam perkataan yang selalu ditulis oleh pengguna-pengguna twitter. So kalau most of twitterians tweet "selamat hari raya" di twitter maka ucapan "selamat hari raya" itu akan jadik trending.

trending twitter

Top trending tu. Means 80% rakyat Malaysia dah ucap selamat hari raya kecuali aku sorang belum. Takpa tunggu sehari before raya baru aku tulis. Ho ho.


3. Mercun dan bunga api tanpa had

Actually mercun dan bunga api ni start since satu Ramadan lagi (di kampung aku lah). Apa best sangat ka main mercun tu? Pelik aku budak-budak zaman sekarang sukati letupkan mercun. Aku time kecil dulu tak sentuh pun mercun or bunga api tau. 

Ok fine. Aku tipu. Aku main sebenarnya. Tapi aku tak lah main time solat terawih sampai imam terkejut beruk ok.

Haritu mama aku marah kat adik aku sebab main mercun secara berkumpulan dengan geng nya. Aku tak tau lah dari mana dorang dapat perangai suka main mercun ni. Dorang waris dari kakak aku kot. 

taken from Sabahan troll's FB.


4. Terawih semakin hambar

Ni yang buat aku sedih. Awal-awal ramadan dulu ramai jer orang datang pi masjid sembahyang terawih. Tengok-tengok masuk fasa-fasa terakhir ni makin sikit orang datang.

Kalau golongan wanita aku tak heran lah. Ma'lom lah kuih korang sedap kan. Sebab tu banyak tempahan. Or maybe ABC. Tu aku tak heran sangat lah.

Tapi kalau golongan lelaki.... Korang ada ABC? Korang tolong mak buat kuih? Seriously sampai tak turun terawih? Ok fine aku khusnozzon. Lelaki zaman sekarang memang busy solat malam and tadarus khatam Quran.

Er, Tadarrus or Tidur trus?


5. Drama & Iklan raya yang menyedihkan

Part ni memang aku suka. Sangat! Tapi, mengapa harus bila time nak Ramadan dan datang Syawal baru dimainkan drama menginsafkan dan iklan menyedihkan?

Seingat aku time aku masih kecil aku pernah tengok iklah di TV 3 pasal anak yang melayan ibu bapanya secara tidak bertolak ansur. Alahh, yang anak bapak tu cakap "nanti bila besar mak dan ayah duduk di sini macam ayah buat dengan atuk" tu. 

Ya, iklan yang datuk tu selalu jatuhkan pinggan time makan. Last-last ibu kepada anak tu mintak mahap kat datuk dia. Yes, iklan tu buat aku nang.. ok tak. aku tak nangis. okfine, ada sikit keluar air mata. sikit.

Dan ohya, iklan-iklan raya dari petronas memang menyentuh perasaan beb. Aku tak tau kenapa pengarah iklan ni tak jadi pengarah filem or movie mahupun drama. Kalau tak mesti Petronas boleh bukak syarikat filem sendiri. Hoho.

Kalau korang nak layan video raya terbaru dari Petronas, nah. Layanzz.



6. Pelita dan lampu kelip

Kalau korang perasan 10 malam terakhir kebanyakan rumah-rumah akan memasang lampu raya blink-blink (lampu kelip) mahupun pelita. Sebenarnya benda ni bergantung kepada nafsu selera si tuan rumah sama ada mau guna pelita or lampu kelip-kelip.

Selalunya orang yang rajin akan memasang lampu blink-blink manakala orang yang lebih rajin akan memasang pelita. Bukan senang pasang pelita kau tahu. Tiap petang korang kena cek kandungan minyak dalam benda tu. Kalau habis terpaksalah isi balik. Lepas tu pulak kena lagi sumbu yang tenggelam dalam. Nak adjust lagi. Tu belum kira baju korang kena minyak gas. Perhhh banyak kerja.

Cantik kan pelita yang aku baru buat ni? Okfine aku tipu. Ini gambar ihsan dari google.

Kalau pasang lampu kelip senang macam minum air cendol time buka puasa. Baca bismillah kemudian tekan suis. Menyala. Senang.

By the way aku baru selesai memasang lampu kelip-kelip tadi sambil mendengar lagu korea raya. Actually tak lah semudah yang disangka. Aksi panjat memanjat memang perlu. Macam stuntman pulak dah bunyi.


7. Buku resipi berhabuk kembali bersih

Haaa ini khas untuk para isteri di rumah. 11 bulan tak sentuh buku resipi sekaranglah masanya untuk tuntut semula ilmu dari syeikh buku resipi. Belek semula cara buat rendang ketupat.

Belek balik cara menganyam ketupat. Kalau tak mau pening-pening kepala, beli trus dari supermarket terdekat. Kalau buku resipi bagi ajaran sesat, pi bukak youtube or tanyak syeikh google (bak kata Syafinaz). Kalau tak dapat jugak, cari akaun Facebook Chef wan add sebagai kawan then chat lah sampai pagi. Kot-kot Chef wan mau kawin satu lagi.


8. Baju raya

Baju raja memang sudah menjadi satu adat serta kebiasaan rakyat Malaysia bila tiba hari raya. Well aku nak tanya korang, korang dah ada baju raya untuk tahun ni kah? Warna apa? Beli atau minta orang jahitkan? Berapa pasang? Sebijik? Dua bijik? Tujuh? 

Tu antara soalan yang selalu ditanya. Kalau korang tak ada baju raya korang akan dianggap kuno. Or tak up to date. Or tak mengikut arus trend semasa. Pfft. Well for me itu semua cuma pertanyaan mereka yang mau kelihatan lawa semata-mata.

Actually tiada baju raya pun tak apa. Kalau ada baju raya 7 pasang tapi baju taqwa tiada, well there are no points untuk korang berbaju raya. Bukan aku nak blame korang nak berbaju raya pon. Tiada masalah. 

Beli lah 7 pasang or berapa pasang sekalipun. Asalkan korang berbaju raya untuk kelihatan kemas. Bukan untuk berbangga. Kalau korang jumpa kawan korang pakai baju raya tahun lepas, jangan ejek (hina). Kesian dorang.

By the way aku tahun lepas tiada baju raya. Ok jak.

Wardina pun sokong baju raya bukan satu kemestian dalam beraya!


9. Kad raya dan trafik SMS

Seumur hidup aku, aku pernah dapat kad raya tak lebih sepuluh. Ada lah dalam tujuh lapan bijik camtu. Korang mesti pernah dapat lebih dari sepuluh bijik kan? What? Seratus? LOL korang ingat korang artis? Dan antara kad raya paling memorable aku dapat ialah dari kawan Cina aku dan kawan sekelas time form 4 sebab kad tu terselit kata-kata penuh keikhlasan.

And for your information, malam sebelum raya adalah antara malam yang trafik SMS meningkat secara mendadak 3 kali ganda dari sebelum. Ya lah, malam tu jugak semua orang nak hantar mesej selamat hari raya mahap zahir dan batin.

Aku nasihatkan korang kalau nak hantar mesej, hantar di pagi hari raya. Lepas sembahyang subuh sebelum pergi sembayang raya. Time ni korang nak hantar mesej 20 sekali pun takpa. Takkan failed massage korang send sebab line ok.


10. Perabot tukar setahun sekali

Yang ni hampir berlaku kepada setiap orang. Pantang tengok orang lain tukar perabot, sibuk nak tukar perabot. Pantang tengok jiran tukar telebisen, sibuk nak tukar telebisen. Pantang tengok kawan kawin lagi satu, sibuk nak kawin lagi satu. Ops!

As for me, tiada masalah nak tukar perabot kah, tukar telebisen kah, tukar tikar kah, tukar langsir kah or so on. But yang penting korang mampu. Means $$ cukup. Orang kata, biar kalah membeli menang memakai. Kalau tak cukup $$, korang bukan mampu. Tapi mampus.

But still perlu berjimat ok. Ingat-ingat lah orang lain yang kurang kemampuan. :)
 

Aku suka kata2 UAI ni. Anyone terasa? Anyone?
Actually banyak lagi sebenarnya situasi tipikal bila menjelang raya nih. Tapi sekarang otak aku dapat fikir setakat ni jer. So for now aku rancang raya aku tak nak update blog lah lagi dah sampailah sehari before fly ke KL. Aku nak enjoy raya before beraya di kampus. Apa-apapun aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA sebelum terlambat tapi jangan lupa sekarang masih Ramadan.

Hey korang tau tak kalau dulu para sahabat nabi menangis tau bila tau Ramadan dah nak habis. Kita macam mana? Sedih or..... Gembira sebab dapat makan bila-bila? Okfine. Kalau tak dapat menangis sekalipun, menangislah kerana kita tak mampu menangisi pemergian Ramadan.

Sila halalkan makan minum aku, salah silap aku, pertuturan aku yang banyak mencarut dan merepek, typo aku, blog hodoh aku, and apa-apa lagilah perangai hodoh aku before kita pergi ke bulan Syawal dimana aku harap hati kita bersih macam kapas.

Hey sekarang masih Ramadan lah. Jangan men syawal kannya! - Jerit aku kepada DJ Radio. Dalam bilik sorang-sorang.

9 Aug 2012

Cara mendownload Running Man versi HD (720p)

Assalamualaikum.

Hey korang yang suka menonton cerita Running Man korea. What's up?

Haritu guwa ada request dari kawan guwa berkenaan cara mendownload cerita Running Man secara HD. Maka guwa akan sediakan sedikit tutorial berkenaan cara mendownload.

Sebelum tu guwa nak distinguish antara versi HD atau tidak HD. Ini bezanya.


Ini tak HD. klik untuk tumbesaran

Ini HD. klik untuk tumbesaran

Video HD boleh didefinisikan sebagai video yang mempunyai pixel yang tinggi. 720p boleh didefinisikan sebagai tinggi pixelnya (HD) tetapi 1080p lagi tinggi (Full HD). 480p dan 360p adalah standard video biasa. 240p dan 144p merupakan resolusi video yang sangat siput. Paling.

Sekiranya korang dah berpuas hati dengan resolusi video yang siput, maka sila tekan butang X di penjuru atas sebelah kanan monitor anda. Ini cara mendapatkan video yang bagus.

1. Masuk ke website pengeluar video Running Man yang biasa iaitu http://www.kshownow.net.

2. Klik pada video Running Man episod yang ke berapa anda hendak mendownload.

3. Klik pula pada external site.



4. Lepas dah masuk external site, skroll bawah sampai anda terjumpa sebijik single video macam ni.






5. Lepas tekan, akan muncul perkataan download this video. Klik.





6. Selesai.

Simple kan? Haha memang simple. Tapi, kalau nak dapat video yang HD ada syarat-syarat nya.

Sabar.

Ya, sabar. Johan raja lawak cakap, sabar subur, tak sabar masuk kubur. kalau nak dapat video ni, korang kena mujahadah sikit sebab video HD ni besar saiznya. Kadang-kadang boleh sampai 1.2G.

So kena lah korang sabar menanti video ni habis upload. Kalau video biasa akan keluar biasanya hari isnin atau selasa kan? But video HD akan keluar pada hari Khamis pagi biasanya.

By the way selamat masuk ke fasa ketiga bulan Ramadhan.

7 Aug 2012

Aku tau Tuhan sayang aku. Kau juga.

Assalamualaikum..

Hey korang yang baru selesai solat Terawih, berapa rakaat korang terawih tadi? 

Ok, guwa tau korang sembayang banyak rakaat. Ada yang 11, ada yang 23 mungkin juga ada yang 30. hari ni guwa dapat sembayang terawih 8 rakaat jak. Huhu *ambil tisu lap air mata*


Life is a gift.

Actually korang tau tak, apa tanda2 yang Tuhan sayangkan Hamba2nya? Adakah Tuhan akan bagi kita semua kemahuan kita? No, kalau begitu manusia akan jadi malas. Doa nak kereta mercedes tetiba dapat, tanpa usaha yang mantap memang senang kan. Doa nak bini lawa dan solehah tup tap tup tap esok datang wanita muslimah di depan rumah, senang kan.

Lagi, kalau Tuhan sayangkan seseorang adakah Tuhan akan menghilangkan segala kesedihan dan mendatangkan seribu kebahagiaan buat kita? No, sebab manusia ini sifatnya pelupa. Dapat nikmat sedikit sudah berasa bangga. Sudah dapat sikit, lupa kan Tuhan. (Bukan semua orang, mungkin guwa seorang jak yang begitu).

So, tell me apa tanda2 Tuhan sayangkan hamba2nya? Apa? Apa? Apa?


I'm a sinner :'(


Jawapannya, ialah dengan menguji hamba2nya. Manusia tanpa ujian ibarat hidup dalam syurga. Dan di dunia tiada yang ibarat syurga, dimana semua yang kita minta dimakbulkan. Tuhan akan senantiasa menguji hamba2nya sejauh mana keyakinan dan kebergantungan hamba2Nya. 

Kalau pada zaman dulu, Saidina Umar sentiasa risau kalau2 beliau tidak ditimpa sebarang masalah or penyakit or apa2 ja la bentuk kesusahan. Sebab apa? Sebab beliau risau yang Tuhan tidak menyayanginya sedangkan beliau antara sahabat yang di janjikan syurga, am i right?

So korang yang dah tau masuk syurga please takut diuji dengan penyakit. Ho ho ho horlick.

k.

So sekarang guwa lagi disayang Tuhan. Sudah lama guwa tak diuji dengan kesakitan sampai guwa rasa guwa akan sihat sepanjang masa (Sedangkan malaikat maut menatap muka guwa 70 kali sehari).

Guwa sekarang lagi sakit untuk menelan makanan dan badan terasa ada sejuk sikit dan, mungkin akan diserang sakit kepala lagi. Time solat tadi memang guwa rasa sejuk semacam sebab sudahlah guwa di saf depan, dekat dengan kipas pulak. Perhh.

Dan guwa bersyukur disayang Tuhan ni. Sebab kalau guwa tak diberi kasih sayang ini, mana mungkin guwa akan bersyukur dengan nikmat kerongkong senang menelan tusoof taiyoob.

Oh ya, jangan lupa doakan agar guwa cepat kembali seperti dulu. Tapi kalau Tuhan tangguhkan rasa ini, tak apa guwa redha. So korang yang sedang sihat2 belaka di sana, sila bersyukur. Jangan korang jadi macam guwa baru korang nak bersyukur. 

Doakan iman aku macam Saidina Umar supaya aku pun doakan korang macam tu jugak. Trimas.

Sakit2 guwa sempat juga buat entri ber ilmiah. Ber ilmiah ke?
Ber ilmiah lass sangatt.

Nuzul Quran


Korang juzuk berapa dah? Atau belum sentuh Quran? Sekadar pertanyaan.


Assalamualaikum.

Hello korang yang tak sabar menunggu Ramadan tamat. What's up? Sabar 12 hari lagi puasa okey.

Sekarang sudah masuk Ramadan yang ke 18. Guwa sudah terlambat sehari untuk post entri ni sebab guwa baru google tarikh nuzul Quran tadi. Cis.

Guwa masih ingat. Semasa guwa masih bersekolah dulu, majlis nuzul Quran adalah antara majlis paling meriah yang diadakan di bulan Ramadan. Majlis Nuzul Quran ni guwa cakap memang best lah.

Apa taknya, time ni lah peluang untuk makan telur rebus secara percuma dan masa untuk pelajar-pelajar asrama memakai baju-baju baru dihiasi samping mamping. Majlis berbuka puasa juga dilakukan di surau time tu. Jadi semua pelajar termasuk pelajar harian pun join majlis tu.

Sepanjang guwa bersekolah di KTDTHB, guwa cuma berpeluang sekali untuk menjadi peserta majlis nuzul quran dan itupun time guwa tahun terakhir. And u know what, membaca ayat Quran di depan orang adalah so embarrasing. Maka suara pun terketar-ketar. Padan muka aku.

Kalau dulu di sekolah kami akan khatamkan Quran sebelum majlis nuzul Quran. jadik ada 17 hari nak habiskan. Eh tidak, 16 hari sebab hari ke 17 dah majlis khatam.

Dulu guwa selalu pegang Quran time ramadhan. Pantang ada waktu free jak memang guwa carik Quran. Bukan guwa jak, ramai lagi kawan2 guwa macamtu. Kamiorang macam berlumba lah. Kalau si Fulan dah sampai juz 10 dan kau masih juz 9, kau lambat, siput.


Selamat beramal.


Disebabkan persaingan sihat inilah ramai pelajar yang semakin erat dengan al-Quran. Ada satu hari time bulan Ramadhan, guwa pergi surau carik Al-Quran kunun nak menambah bilangan bacaan dan time tu ada 3 orang di Surau. Guwa, kawan guwa dan senior guwa.

Time tu guwa tengok senior guwa tu depan sekali. Di bahagian imam. Dia baca Quran dengan khusyuk. Sangat khusyuk sampai orang lain tak dikisahnya. Lepas habis, guwa tanyalah beliau berapa page di bacanya. Beliau cakap, haritu dia dah baca 100+ page.

Perhh, memang banyak beb. bagi guwa time tu, 100+ sehari dah lebih dari cukup. enam hari dah boleh kahtam. Lulz. Tapi yang buruknya, masa lepas terawih yang sepatutnya diisi dengan tadarus Al-Quran beliau tidak pula baca Quran tu. Alasannya, sebab dah baca pagi tadi.

=='

See macam2 perangai manusia kan? Guwa bukan nak mengumpat sesiapa tapi cukuplah sekadar nasihat untuk diri sendiri. Kalau baca Quran untuk semata-mata khatam memang tak berguna lah. Quran itu untuk difahami dan dijiwai bukan sekadar dibaca.

Kadang-kadang bila kita baca Quran laju-laju 120km/jam kita akan mengalami masalah tajwid. Terutama guwa lah. Kadang-kadang memang belit lidah baca. Lain lah kalau korang ni memang selalu baca Al-Quran dan khatam dua kali sehari macam Imam Syafie. Tu guwa tak heran lah.

Dan dalam pada itu, kita harus paham yang khatam Al-Quran tu adalah sunat tetapi membacanya dengan tajwid adalah wajib. Ya, wajib. So adakah patut mengabaikan yang wajib untuk mendapatkan yang sunat? Tak. So sungguh tak patut ok. Kita kejar kualiti bukan kuantiti.

Tapi still guwa bukan nak marah orang yang khatam Al-Quran tu. Bagus. Memang sangat bagus. Semangat nak khatam Quran tu guwa puji sebab otomatiknya korang akan sentiasa ingat Al-Quran. Bukan jak korang dapat mempraktis baca Al-Quran dengan lancar, tetapi kalau korang dapat melagukan lagi, memang superb lah. Tapi still perlu ingat, tajwid mestilah ok.

Tak baek jadi pemalas time bulan ni. (Still advising people tapi sendiri macam haprak. =..= )

Eh kenapa guwa rasa entri ni panjang semacam? Nanti marah pulak budak ni. haha. Takpa2 bukan selalu pun kan. Alang2 dah x update 100 bulan sekali keluar entri panjang apa salahnya. Ho ho ho horlick.

So sekarang guwa masih  rindu kenangan nuzul Quran di sekolah guwa weyh. Rindu pulak nak pakai lawa2 walaupun guwa tak lawa sambil bersamping di majlis gilang gemilang tu.

Korang dah juz berapa? Aku? Tak payah lah aku jawab sebab aku tak baca sekerap dulu. Anyway semoga korang dapat menjiwai Al-Quran. Jangan jadi macam aku. Padan muka aku.