21 Jun 2012

T.T

Aku renung.
Aku fikir.
Aku muhasabah.

Rupanya semakin lama semakin mendekati kejahilan.
Rupanya semakin lama menjauhi Tuhan.
Rupanya semakin lama makin banyak masa terbuang free.
Rupanya semakin lama dunia menggugatku utuh.

Oh! dunia.Halusinasimu kuat.
Tarikanmu mengatasi graviti.
Betapa hampirnya aku di jurang nerakaNya.
Disebabkan olehmu dunia.

Oh! dunia.
Sila jangan pengaruh aku.
Aku lemah tanpaNya.
Bukan kau yang aku harapkan.
Hanya DIA tempat pergantungan.

Sila jangan provok aku.
Untuk perkara-perkara negatif.
Aku sudah terkena.
Lagi dan lagi.

Benarlah kata bijak pandai.
Makin minum, makin haus.
Ikutkan hati memang tak puas.
Nafsu tak pernah lekang menghasut kita.

Salahkan nafsu?
Jangan jadi bodoh.
Itu kerjanya.
Kerja kita mengawalnya.

Budak kecil tercekik halkum,
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment