14 Jun 2012

A letter for my Ex-Bestfriend

Assalamualaikum.

Sebelum beta cakap apa-apa, beta ingin bertanya. Time korang kecil-kecil dulu pernah tak korang ada rakan rapat atau orang sekarang panggil "bestfriend"? Kalau orang di mukabuku cakap BFF atau Best Friend Forever.




Ok well, dijadikan cerita beta ingin berkongsi kepada semua. Actually time aku masih budak hingusan, aku pernah bersekolah di SK Kilimu. Sekolah lama tapi bangunan baru. Aku sempat bersekolah di teratak lama sekolah tersebut dan jugak kira bertuah sebab beta juga pernah merasai kewujudan bangunan baru sekolah itu.

Ok beta tak nak promot sekolah beta yang cantik itu. Yang beta nak cerita di sini adalah pasal bestfriend beta suatu ketika dulu.

Sebagai manusia normal, aku tidak terlepas dari mempunyai rakan karib. Dua rakan karib. Hubungan kami bertiga memang rapat. Bak kata orang, dimana ada aku disitu ada mereka.

Antara dua orang kawan aku tu, aku lebih merindui seorang budak senget yang bernama Ajwad. Kawan aku yang seorang lagi selalu aku jumpa, maklumlah sama kampung.

Kisah beta dan budak Ajwad ni unik sedikit. Aku bertemu dengannya ketika darjah lima. Beliau budak transfer dari semenanjung ke Sabah. Budak negeri mana beta dah lupa. Dulu beliau seorang pendiam. Maka sebagai seorang ketua kelas yang berdedikasi (lah sangatt), aku cuba untuk menghampiri beliau kot-kot beliau tidak bisa bersosial dengan budak-budak Sabah yang lain.

Rupa-rupanya beliau bukanlah sependiam yang aku sangkakan. Beliau kuat bergurau tetapi gurauannya tidak menyakitkan hati. Bertubuh agak gempal dan bersongkok, beliau seorang yang senang dirapati.

Tidak lama kemudian, aku dengannya menjadi kawan rapat. Aku pun tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi sangat rapat. Maklumlah beta sudah berumur. Uhuk uhuk.

Banyak kenangan yang kami hadapi bersama.

Pernah sekali, kadang-kadang kalau aku tak berduit, dia akan belanja makan di kantin. Ada lah seposen dua. Nasi lemak time tu masih 20 sen tau. Makan sikit dah boleh kenyang.

Kadang-kadang kalau dia tak berduit aku pula yang belanja tapi beliau tolak. Beliau tidak suka di belanja. Entah mungkin didikan keluarga kot yang menyebabkan beliau tidak senang menerima pemberian orang lain.

Dan kami orang memang rapat. Sangat-sangat rapat. Aku sayang dia (sebagai sahabat ok). Dia sahabat aku di kala aku kecewa dan ketawa. Dia selalu memberi kata-kata semangat kepada aku. Kalau aku kecewa or frust, memang aku mita nasihat dari beliau punya.

Dia seorang yang tidak lokek. Kalau dia ada makanan macam gula-gula, mesti dia kongsi dengan aku. Dan aku kalau ada gula-gula, aku bedal sendiri jer. Haha. Okay time tu beta lapar.

Pernah sekali time aku kena pukul oleh seorang kawan yang sh*t, beliau yang first sekali back-up aku. Dia juga yang pujuk aku supaya jangan sedih macam "eleh dia tu bukan kuat sangat, balas jak balik". Lepas tu dia akan jumpa dengan budak sh*t  tu dan cakap elok-elok dengan budak tu.

Kalau aku ada rahsia, dia antara orang pertama yang aku akan cari. Pernah sekali time aku berperasaan dengan seorang minah ni (aku pun manusia okey), dialah orang pertama yang aku bagitau. Aku siap minta ayat beliau untuk beta tulis surat kat minah tu. Dan hasilnya memuaskan. Haha. Okey time tu memang tak matang.

Akhirnya aku dan dia terpisah lepas habis peperiksaan UPSR. Aku tidak lagi berhubung dengan beliau kerana aku tidak mempunyai nombor hempon beliau (time tu kalau budak sekolah ada hempon dianggap kaya).

Masuk tingkatan satu, aku bersekolah di SMK RANAU mengikuti ayahku selama sebulan manakala beliau bersekolah di SMK AGAMA RANAU. Di sana, aku dapat ramai kawan. Tapi tak sehebat dan seawesome beliau. Aku masih mencari dan tercari-cari siapa dapat menggantikan tempat beliau.

Alhamdulillah, genap sebulan beta di SMK RANAU, aku ditransfer ke SMK AGAMA RANAU oleh kedua ibubapaku. Sedih jugak lah meninggalkan sekolah tu. Beta pergi dengan senyap macam chipsmore sampai ramai yang cari beta.

Aku sempat bertemu dengan beliau di SMK AGAMA dan ternyata kami masih bisa rapat. Aku selalu berkunjung ke bilik beliau dan beliau menyambut baik kunjunganku. Siap dapat jumpa dan buat ramai kawan lagi.

Tapi ternyata takdir Tuhan itu maha kuat. Aku mendapat tawaran bersekolah ke Sarawak. Serious aku cuma menjejakkan kaki di sekolah tu seminggu jak. Akhirnya fikir punya fikir, aku mengambil keputusan untuk menerima tawaran ke Sarawak itu dengan berat hati.

Kami akhirnya mengambil haluan masing-masing. Sampai sekarang.

Dan aku ada pesanan untuk dia. Aku harap dia baca benda nih. Aku tak tau nak bagitau dia macamana lagi. Aku tak tau dia akan baca atau tidak, tapi tak salah mencuba kan?


Dear my Ex-Bestie,


Assalamualaikum


Weh, ko sehat tak. Lama gila tak contact kan. Da hampir 7 tahun jugak lah. Aku tak tau macamana nak mulakan pesanan aku ni. Sebab da lama gila kita tak bertegur. Rasa macham awkward gila. Huhu.


Camane hidup? Aku rasa ko takda hal punya lah kan. Aku kenal ko, ko seorang yang kuat dan tabah. Ko boleh handle semua perkara yang mendatangi ko. Ko sangat berkeyakinan dalam perkara yang ko buat.


Hey. Baru-baru ni time aku belek-belek gambar album aku, aku terjumpa gambar kita se"geng" time sekolah rendah. Aku masih simpan tau. Sayang gila nak buang gambar lama-lama. Dalam ramai-ramai tu ko jugak yang aku ingat. Sebab tu lah aku tulis pesanan nih. Hee



Ko masih ingat tak, time kita sekolah dulu kita selalu jalan bertiga kan. Kita dulu kira macam conquer sekolah lah. Aku pengawas no. satu sekolah, korang pulak pengawas no. satu perpustakaan.


Ingat lagi tak, dulu kita selalu bertanding hantar susu cap "mat pintar" untuk agih dari kelas ke kelas. Kita selalu lawan siapa sampai dulu dia menang. Time tu aku dapat angkat satu kotak tapi ko dapat angkat dua.


Ingat lagi tak time kita cerita pasal minah sorang tu. Aku cerita kat ko yang aku minat minah tu dan aku minta tolong ko buat ayat untuk aku tulis dalam surat semata-mata nak usha minah tu. Time tu memang kita tak tau lagi hukum bercouple kan. Huhu


Seingat aku, kita time rehat selalu lepak sama. Tempat paling aku ingat bila kita di depan bilik muzik kita nyanyi lagu "cap batu kering" yang selalu keluar iklan tu. Sampai sekarang aku masih ingat lagu tu.


Aku ingat last kita jumpa di SMK Agama Ranau kan. Time tu aku budak freshie di situ sebab baru transfer. Aku fikir dapat sama sekolah ngan ko sampai form 5 tapi nampaknya rezeki aku di negeri orang. Aku dapat tahu dari orang, ko dah pindah semenanjung. Btw aku harap ko baik-baik di sana.


Nanti kalau lah ditakdirkan kita berjumpa lagi, janganlah malu-malu untuk menegur aku. Tegurlah aku macam kita masih bersekolah dulu. Jangan malu-malu. Mungkin rupa aku dah lain, tapi sedarlah aku masih yang dulu. Masih budak yang ko selalu lindungi. Masih budak yang mudah terasa.


Kalau ko baca surat ni, ketahuilah aku sangat rindukan ko. Rindu sebagai seorang sahabat. Rindu aku nak berlari-lari dengan ko. Rindu nak kumpul sama pastu ketawa tebahak-bahak macam orang takda masalah. Rindu nak nyanyi-nyanyi dengan ko lagi. Huhu


Kadang-kadang aku pasang lagu pasal persahabatan pastu aku belek gambar-gambar kita time sekolah dulu. Feel gile weh macam nak balik ke masa lampau.


lastly, aku nak mintak maaf atas semua kesalahan yang pernah aku lakukan pada ko. Aku tau, aku pernah lukakan hati ko. Aku pernah sakiti hati ko. Harap ko maafkan aku dengan seikhlas hati.


Halalkan gula-gula batu yang ko pernah bagi kat aku dulu. Halalkan masa yang ko pernha spend untuk aku. Halalkan jugak kenangan manis yang pernah ko beri kat aku. Jaga diri ko baik-baik.


Yang merinduimu,
- me -


Ps :

Hargai seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita kerana pada suatu ketika nanti kita pasti akan merinduinya apabila dia sudah tiada..

Aku sudah merasainya.



No comments:

Post a Comment