Hari ni tetiba datang mood nak tulis pasal sekolah lama memandangkan aku dah dua tahun meninggalkan sekolah itu. Sekolah yang aku maksudkan adalah sekolah yang agak tersohor (lahh sangatt) di Sarawak. Kalau orang dengar kita dari sekolah tu mesti orang akan cakap kita ni budak pandai (lahh sangatt) sedangkan dalam tu ramai jugak budak senget. Haha. Ok.
Actually aku pun tak sangka jugak dapat bersekolah di Sarawak. Alkisahnya begini, lepas aku mendapat keputusan yang chemerlang (lah sangattt) dalam UPSR, aku pergi temuduga untuk sekolah di luar negeri.
Asalnya time temuduga aku memohon untuk bersekolah di SMK Agama Labu semenanjung. Tapi entah macamana aku dapat di Sarawak bumi kenyalang itu. Dah rezeki nak buat macamana kan.
Aku dapat surat tawaran semasa bersekolah di SMK Agama Ranau. Punyalah aku fikir aku tak dapat tawaran tuh. Bayangkan lah, tawaran sampai dalam lebih kurang dua bulan. Puii.
Masih aku ingat, time awal masuk kapal terbang untuk terbang ke negeri orang, keluargaku ku sempat berpesan.
"Jaga diri baik-baik. Belajar ne betul2 ah" - Pesan Nenek
"Buat ne bagus-bagus. Rajin2 belajar" - Pesan Ibu
"Ko bulih tu. Belajar jangan lupa" - Pesan bapak
"meoww meowww" - Pesan kucing
Time di lapangan terbang, kami pelajar diasingkan ke beberapa kelompok. Geng kolej dengan geng kolej. Geng SM Sains dengan SM Sains. Geng SMK Agama dengan SMK Agama. Terdapat assabiyah di sana.
Penerbangan ke Miri ada la dalam masa 50 minit. Masa tu awkward gila. Sempat aku jeling pelajar lain. Kira punya kira, geng kolej la paling sikit. Geng SMK Agama paling ramai.
Di airport Miri, Cikgu Let
"What The Hail?? Ini ke sekolah yang aku nak pergi?"
Serius itu reaksi aku. Tapi aku tak cakap kuat-kuat lah. Dalam hati cukup. Tak pasal-pasal kena pelempang sebijik kang oleh warden sebelah aku tu.
First view aku, sekolah tu aku akui lah. Pemandangannya agak tradisional. Kebanyakan bangunan lama. Asrama pun begitu. Tempat mandi agak public. Open air. Maksud, mandi kaut air di kolah.
Time aku usung beg menuju bilik, ramai mata memerhati pergerakan ku yang sedikit sumbang. Dalam hati aku macam nak cakap jak "apa tengok-tengok, tak pernah tengok orang nak masuk asrama ka?"
Bilik aku time tu paling hujung tingkat bawah. Time packing barang-barang, aku tetiba teringat rumah. So mata aku protes nak mengeluarkan air. Petang tu aku packing sambil menangis. Okay time tu aku first homesick.
Ini Asrama baru. Aku lebih suka asrama lama. |
Manusia pertama yang aku jumpa adalah budak dua ekor ni, Zainuddin dan Haziq. So secara tidak sengaja, dorang sempat tengok aku menangis. Tak sempat nak selak air mata keramat tu. Nasib baik air liur tak meleleh sama. Kalau tak, jatuh kredit.
Ada sekali tu, kawan ku tanya.
"Kitak dari siney?" means ko dari mana.
Aku dengan konfidennya jawab. "Saya bukan dari sini, saya dari Sabah".
What the hail? Lepas tu budak senget tu pun ketawa.
Aduh, bab mana aku salah ni?
Rupanya jawapan terbaik adalah saya dari Sabah. Perkataan saya bukan dari sini tu tak perlu. Haha. Ok time tu aku budak innocent.
Actually itu la serba sedikit kisah macamana aku boleh tercampak ke negeri orang. Sampai sekarang sekolah tu telah ajar aku banyak perkara. Kalau nak tulis semua nanti panjang gila entri ni nanti ada orang marah sebab panjang sangat.
Serius aku rindu sekolah tu. Serius aku rindu dengan sahabat-sahabat makan minum setalam sebilik aku. Serius aku rindu cikgu-cikgu aku. Serius aku rindu main siram-siram dalam kolah. Serius aku rindu workparty. Serius aku rindu nak bermalam keagamaan.
Bila nak reunion weyh?
PS:
Korang yang tak pernah merasai nikmatnya mandi kolah, workparty bersih tandas, main batu seremban ramai-ramai, prep malam, makan bulan dan hidup di asrama lama sila jeles sebab korang tak akan merasai kenangan berharga lagi bersejarah terbaik dari ladang.
#Harap maklum.
hahaha...
ReplyDeleteko jugala. :)
hehe kenangan semua tu. kan kan yvonny :)
ReplyDeleterindu aku sik?:P
ReplyDelete