7 Jun 2014

WITH THE GREAT POWER..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alkisahnya tengahhari semalam persatuan mahasiswa sabah universiti malaya (PERMASA UM) telah melangsungkan majlis Annual Grand Meeting (AGM) dimana pencarian anak muda sabah dinaikkan menjadi pimpinan, yang mana juga bermakna pimpinan lama akan bertukar wajah diganti dengan pimpinan baru.

Majlis tersebut tidaklah selancar yang disangka kerana terdapat pelbagai masalah teknikal sejak mula - kerosakan projektor, kelewatan dll - telah menyebabkan kelewatan program tersebut. Tapi semuanya berakhir dengan okay.

Tahniah dan takziah, saya terpilih sebagai YDP PERMASA yang akan menerajui kepimpinan sesi 14/15. Berderau sungguh hati apabila dicalonkan.

     Ya lah, mana layak kan karna saya cuma sa-orang budak hingusan yang sedang bertatih melihat dunia.
     Ohoi ayat, choyy.

Maka tahun ketiga akan menjadi tahun yang sangat sibuk.

FYP lagi.
Assignment lagi.
Viva lagi (padahal lama lagi).
Persiapan kawin lagi (eh?)

Doakan semoga kepimpinan PERMASA 14/15 akan terus bergiat aktif di persada UM ni. Semoga urusan kepimpinan kami akan dipermudahkan tuhan.

     Dan oh ya, doakan kami mampu memimpin dengan baik.
     Dan lagi, sila sokong kami semampu mungkin ya.

     Sayang anda.

Akhir kalam, saya selit kata-kata yang dipetik dari filem spider man,



Kena sebijik!


10 May 2014

SYUKRI AND HIMSELF

Assalamualaikum.

Lama juga En. Syukri tidak menulis di blog ni. Rasa macam dah bertahun tahun dihuni sarang labah-labah rupanya baru 3 bulan since his last update. Buat pengetahuan, En. Syukri sekarang tiada keupayaan menulis di blog sebab beliau sa-orang yang poyo poyo busy, suka membuat onar, suka prokrastinasi dan juga hibernasi.

Sebenarnya nak cerita, En. Syukri sekarang sedang sibuk menge-tweet. Walaupun lab report sudah tidak perlu disentuh, namun nampaknya movie movie dan drama korea di dalam harddisk telah lama beratur menunggu beliau. Hal ini ditambah lagi dengan kewujudan penyakit mudah rapuh dalam diri beliau - yang mana pasti akan menggangu gugat ketabahan beliau untuk study awal.

En. Syukri telah berkata kepada saya bahawa beliau sekarang dalam keadaan sihat danpoyo seperti biasa. Tambahan, beliau sedang memperkembangkan kebolehan beliau dalam pelbagai bidang. Buat pengetahuan, beliau baru sahaja belajar memandu motor pada pertengahan bulan march dan sehari selepas harijadi beliau - malang tidak berbau - beliau telah mengalami kemalangan jalan raya. kah!

Tetapi sayang seribu kali sayang. Kecelakaan sekali belum cukup membuat beliau berputus asa. Beliau terus menjadi pemandu haram di sekitar UM - PJ (mapley) - Bangsar (isi minyak) selama 7 minggu. Dan syukur, setelah diceramah berkali-kali akhirnya beliau sedar yang beliau perlu mengambil lesen memandu disebabkan beliau bukannya budak JPA yang kaya raya untuk membayar saman.

Beliau juga telah menyertai pertandingan nasyid Festival Seni Universiti Malaya (FESENI UM) dan mendapat tempat ke-lima. Malang beribu kali malang, sekiranya beliau tidak menyertai kumpulan nasyid tersebut, tentu kumpulan tersebut mempunyai peluang cerah untuk memenangi pertandingan itu.

Cuma akhir-akhir ini beliau nampak lebih tekun dari hari hari sebelum. Mana tak nya, malam malam mesti hilang dari pandangan roomate beliau. Beliau kerap melancong dari satu fakulti ke satu fakulti yang lain dengan satu tujuan - tidak lain tidak bukan untuk mendapat pancaran wifi yang laju.

Maka itu sajalah alkisah En. Syukri budak poyo yang berperangai pelik. Beliau kata kalau beliau rajin beliau akan bersihkan sarang labah-labah di blog beliau. Arigato gojaimasu.


beliau gugel translet saja bahasa korea yang beliau juga tidak fahami itu

5 Feb 2014

Sabahan Challenge | Cabaran sabah


Projek Sabahan Challenge telah dibatalkan. Hal ini demikian kerana:

1. Penyertaan yang kurang.
   - Setakat ini saya cuma terima video footage sahaja dan 2-3 video dan ianya sangat tidak mencukupi.
2. Publisiti yang kurang.
   - Memang salah saya. Mungkin patut saya buat poster dll.
3. Tarikh penghantaran yang singkat.
4. Saya sudah berada di kampus.
   - Kekangan masa yang dialami adalah suatu perkara yang menyulitkan.
5. Tempoh video yang terlalu singkat.
   - 15 saat mungkin terlalu pendek.
6. Dll..

Saya sudah berbincang dengan wakil Dato' Masidi iaitu Cik Hana, berkaitan dengan projek ini. Syukur beliau memahami jadual padat saya sebagai mahasiswa dan beliau juga maklum bahawa projek ini dibatalkan.

Saya tidak malu untuk menyatakan bahawa segala kekurangan projek ini memang datang dari saya dan saya harap akan jadikan ia sebagai suatu pengajaran.

Terima kasih semua yang tolong mempromosi projek ini tapi maaf sebab saya tidak dapat teruskan. Maaf sekali lagi.

Yang ikhlas,
Syukri

31 Jan 2014

Serata dunia

Azam sementara masih bujang


Assalamualaikum.

Ini entry pertama saya menjelang tahun 2014. Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog, maka semalam saya telah melakukan sedikit perubahan pada blog. Header boring sudah ditukar menjadi header poyo. Ruangan posting sudah dibesarkan sedikit. Widget-widget membosankan sudah dibuang kerana mengganggu pemandangan. Sarang labah-labah juga sudah dibersihkan. Hikhik.

Maka di kesempatan ini, entry pertama ni saya akan bercerita tentang azam bujang saya yang pertama iaitu - mengembara.

Semenjak dua menjak ini, keinginan saya untuk mengembara semakin hari semakin meningkat. Semuanya bermula dari gambar yang dipromosi oleh Malaysia Airlines (MAS) di Twitter, semangat mengembara saya semakin membara bara bara, bere bere bere.


Inspired by this quote


Antara sebab saya ingin mengembara ialah melihat keindahan alam kurniaan Allah ini. Bukankah sayang sekali sekiranya sepanjang hayat hidup kita, tapi tidak melihat semua ciptaan-Nya? Bukankah rugi sekiranya kita cuma menetap di Malaysia tapi tidak keluar ke tempat orang lain, belajar budaya, adat, persekitaran dan cara hidup mereka?

Mengembara memang menyeronokkan serta mematangkan kita. Sepanjang perjalanan yang disusuri, kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Kita akan berjumpa dengan mereka yang baik hati, peramah, pencuri, pemarah, gangster malahan mafia (harap harap dijauhkan) dan banyak lagi.

At the end of our journey, kita pasti akan belajar sesuatu daripada mereka. Kita akan lebih mengenali masyarakat. Kita lebih peka terhadap apa yang kita ada di Malaysia, tapi tidak ada di negara lain dan sebaliknya. Yang paling penting, ilmu kita bertambah.

Kalau diikutkan pengalaman, saya juga sudah dikira mengembara seawal umur 13 tahun. Berpeluang melanjutkan pembelajaran di negeri Kenyalang sungguh tidak disangka-sangka. Ia peluang mengejut. Namun hasil didikan berada di sanalah saya adalah saya yang sekarang.

Saya belajar cara hidup berdikari. Saya belajar bagaimana cara berkawan, bersosial dan hidup bermasyarakat. Saya juga belajar mengenal tuhan dengan lebih dekat. Kenangan sungguh bumi Kenyalang, bumi tarbiyah saya.

One day i will travel around the world. InsyaAllah.

 Buat masa ini, saya mempunyai rancangan untuk mengembara di sekitar semenanjung. Saya telah diinspirasi oleh rakan-rakan twitter (@twt_backpacker terutamanya) atas tweet-tweet yang dikongsi. Jangan terkejut kalau saya kata curator tersebut pernah mengembara dengan menggunakan basikal sahaja. Jimat duit katanya.

Enjoy quote-quote about travelling di bawah! :)
















Who wants to travel with me? Anyone?