Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alkisahnya tengahhari semalam persatuan mahasiswa sabah universiti malaya (PERMASA UM) telah melangsungkan majlis Annual Grand Meeting (AGM) dimana pencarian anak muda sabah dinaikkan menjadi pimpinan, yang mana juga bermakna pimpinan lama akan bertukar wajah diganti dengan pimpinan baru.
Majlis tersebut tidaklah selancar yang disangka kerana terdapat pelbagai masalah teknikal sejak mula - kerosakan projektor, kelewatan dll - telah menyebabkan kelewatan program tersebut. Tapi semuanya berakhir dengan okay.
Tahniah dan takziah, saya terpilih sebagai YDP PERMASA yang akan menerajui kepimpinan sesi 14/15. Berderau sungguh hati apabila dicalonkan.
Ya lah, mana layak kan karna saya cuma sa-orang budak hingusan yang sedang bertatih melihat dunia.
Ohoi ayat, choyy.
Maka tahun ketiga akan menjadi tahun yang sangat sibuk.
FYP lagi.
Assignment lagi.
Viva lagi (padahal lama lagi).
Persiapan kawin lagi (eh?)
Doakan semoga kepimpinan PERMASA 14/15 akan terus bergiat aktif di persada UM ni. Semoga urusan kepimpinan kami akan dipermudahkan tuhan.
Dan oh ya, doakan kami mampu memimpin dengan baik.
Dan lagi, sila sokong kami semampu mungkin ya.
Sayang anda.
Akhir kalam, saya selit kata-kata yang dipetik dari filem spider man,
Kena sebijik!
congrats bro ! jalankan tugas mu dengan penuh amanah ^^
ReplyDelete