31 May 2013

Kenangan Musabaqah Al-Quran

Assalamualaikum wbt.

Akhirnya setelah sekian lama saya mengalami paranoia untuk mengepost di blog, pada hari yang berbahagia ini saya gagahkan juga untuk menulis di blog. Sebab saya tak nak ada blog yang sekadar alang-alang sahaja. Kalau boleh, biar lah ada perkongsian macam perkongsian tentang kisah hidup saya sekarang, manalah tahu jadi pengajaran atau inspirasi kepada orang lain.

“Your life is short. Make sure it’s inspiring!”

Sebenarnya banyak perkara yang berlaku di sekitar saya dan sukar sekali rasanya jejari ini untuk menaip di papan kekunci (tapi main twitter bukan main suka - poyo). Tapi biarlah saya ceritakan perjalanan program yang kami anjurkan iaitu Majlis Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Universiti Malaya.

To be honest, program ni dah dirancang sejak tahun lepas. Sejak semester 1. Time tu my friend, (Azwir namanya) tengah rekrut AJK utk program ni. Waktu tu dalam kepala ni memang target mau stay kolej ja. Sudah menjadi lumrah, budak-budak Freshie akan di brain-wash untuk aktif di kolej masing-masing supaya dengan berkat ke-aktif-an tersebut, dapat la masuk kolej lagi untuk sesi depan.

So, saya dengan tak malunya mencadangkan agar mencalonkan diri menjadi setiausaha (SU) program itu. Tidak lain tidak bukan, sebab nak cari pengalaman sebagai SU. Seumur hidup saya, inilah pengalaman menjadi SU. Sebelum ni jadi macai-macai ja. Alahai la nasib.

“Trouble is your best-friend” - Lenka

Sudah menjadi lumrah, setiap program yang dijalankan pasti menemui teman sejatinya iaitu masalah. Masalah pertama yang kami hadapi ialah, program ni tak dapat peruntukan yang secukup dan sepatutnya. Pengetua kolej hanya luluskan wang sebanyak RM 400 untuk program tu.

RM 400 is extremely not enough, you know.

Kami kena fikir bayaran untuk hakim.
Kami kena fikir bayaran untuk peserta.
Kami kena fikir bayaran untuk hadiah, cenderahati and so on.
Kami memang kesuntukan bajet!
Kami kaget!

Kami tidaklah menyalahkan pengetua, sebab pengetua check kos program berdasarkan Kertas Kerja Penuh (KKP) yang dihantar. Ibrahnya, lepas ni nak buat program sila telitikan kos program ya.

“Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Rancang langkah anda, nanti diakhir langkah itu, anda tak akan berjalan dengan beribu sesalan lantaran salah langkah pertama itu”


Menyedari akan hal ini, maka kami pun sibuk mencari tajaan luar. AJK tajaan kami dah senaraikan almost 20 syarikat tajaan. Hanya 4-5 syarikat yang memberi maklum balas. Mereka membuat surat, saya print dan hantar ke pejabat kolej untuk kelulusan. Mendapat kelulusan adalah prosedur mudah. Ada satu lagi masalah besar.

Mesin Faks kolej rosak. Kami tak dapat nak hantar surat tajaan melalui cara yang paling senang.

Kami guna alternatif lain. Kami hantar melalui email. Scan dokumen segala. Masuk Laptop segala. Hantar guna email siswa segala – sebab akaun Yahoo rosak segala. Tunggu punya tunggu, masih tak dapat respons. Satu ketul syarikat pun tak bagi respons.

Bila AJK Tajaan call syarikat dah dapat email atau belum, syarikat tu cakap dorang tak dapat email surat tajaan tu. Lahanat. Saya dah scan segala – fikir ayat manis untuk syarikat-syarikat – hantar lalu email. Tapi masih tak dapat.

Rancang punya rancang, rupa-rupanya rancangan Allah lagi maha hebat.

Kami tidak berputus asa. AJK Tajaan meneruskan perjuangan di bumi Kelantan. Hasil, dapat sikit dari Amanat Tok Kenali. Kami? Saya dan Pengarah serta beberapa rakan lagi ada mencuba alternatif luar. Kami dengan muka separuh poyo bertanya dari kedai buku ke kedai buku lain di Masjid Jamek untuk meminta tajaan. Hasilnya? Satu pun tak bagi tajaan.

“Allah tak tengok hasil yang kamu dapat. Allah tengok kuat mana usaha kamu!"

Kami pulang dengan hampa. Saya tak. Hanya mereka. Saya pulang dengan buku Bumi Cinta – Habiburrahman El Shirazy dibeli di PWTC sempena Pesta Buku KL. Buku bertambah, tapi baca tak lagi. Aduhai.

Ternyata rancangan Allah lagi hebat.

Tarikh awal program ialah 04 Mei dan ia harus ditunda. Sebab 05 Mei pilihanraya. Pengarah naik pening. Tarikh semakin ditunda-tunda.

18 Mei – Fikir-fikir balik, tak jadi ambil tarikh ini. Ubah lagi.

25 Mei – Dewan dipergunakan majlis kahwin. Ubah lagi.

23 Mei – Tarikh muktamad. Tak ada ubah lagi. Lain Kali Lah.

Dan untuk setiap kali tukar tarikh tu, korang kena bayangkan pula kena turun ofis, hantar surat tukar tarikh. Pergi HEP (Hal Ehwal Pelajar) lagi hantar surat selepas diluluskan di peringkat ofis kolej. Saya dan pengarah harus belajar untuk keep calm.

Seminggu lagi majlis bermula. Time ni otak memang tak fikir benda lain. Running Man tangguh sebentar. Movie-movie yang beratur di Hard Disk untuk ditonton pun terpaksa berhenti sebentar. Kena uruskan surat menyurat.

Mati akal. Dead end.

Surat Jemputan Felo baru buat.
Surat Jemputan JKP baru buat.
Surat permohonan banner baru buat.
Surat jemputan pengetua baru buat.

Semua buat last-minute. Pengarah naik rimas. Aku naik cuak.

Minggu tu minggu sibuk. Kena siapkan portfolio English. Buat slide Hubungan Etnik dan bentang. Titas (tak bentang tapi jadi tukang tekan slide). Surat-surat yang tak selesai. Masa memang macam tiada. Tapi masih mampu main Twitter.

Kami kena habiskan apa yang kami mulakan!

Allah masih ingin menguji aku. 2 hari sebelum hari kejadian, aku naik demam. Kepala sakit. Pening. Flu mendatang. Kaki kelenguhan. Aku kena buat persembahan nasyid time malam pertandingan tu.

“Kadang-kadang kita fikir semua akan okay. Tapi tiba-tiba kita dapat masalah. Masa itulah Allah betul-betul nak menguji hambanya.”

Hari rabu malam ada rehearsal. Dewan bapak sejuk. Aku kesejukan. Flu meningkat. Rehearsal tamat pukul 2 pagi! Balik bilik terus pengsan. Esok nya aku tolak ajakan taiko aku untuk bersahur di Lembah Pantai dengan alasan aku demam.

Esoknya betul-betul aku rasa demam kecil. Aku tak turun 3 kelas. Pukul 10.30 pagi turun pergi Klinik Kesihatan UM. Tempat tu bapak jauh. Balik kolej, beli 100 plus segala. Makan. Baca slide HE. Petang, pergi kuliah HE untuk present sahaja. Hasilnya?

Alhamdulillah. Dapat present dengan suara yang comel (hik hik).

Sejurus tamat presentation, minta kebenaran balik awal ke kolej. Sampai kolej, uruskan surat jemputan felo untuk majlis (Well done, last-minuter!). pukul 5.30 turun dewan. Hias-hias, rehearsal program.

Malam tu, aku kena buat persembahan nasyid bersama sorang kawan. Furqan namanya. Kami kena nyanyi dua buah lagu. Kebesaran Al-Quran (sebab tema Al-Quran) dan lagu InsyaAllah. Hasilnya? Tongkang pecah. Aku dan Furqan hanya rehearsal nyanyi 20 minit sebelum persembahan.

Aku? Lirik pun tak hafal, suara sangat comel, dan memang malu atas pentas.

Apa yang ada di otak semua AJK waktu program tu ialah, “Cepatlah habis program!”

Alhamdulillah program selesai. Hakim puji katanya standard program tinggi. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Habis program, buat post mortem. Kaji balik kelemahan. Tembak siapa yang kau nak bunuh dengan kata-kata. Masa untuk memperkata kebenaran. Dan habis post mortem lebih kurang pukul 1.30 pagi. Aku dah mamai. Tapi balik bilik, buka Twitter, Facebook, segar mata. Memang poyo.

So sekarang semuanya dah habis. Otak aku dah lega. Aku pegi lepas stress di Midvalley – tengok wayang star trek dengan kawan. Ingat sabtu lepas nak pergi Port Dickson melepas stress. Tapi tak jadi sebab semua busy. Semua perasan retis, nak busy body.

Aku masih ingat kata-kata pengarah.

“Kalau kita sudah sampai di PD, aku mau teriak kuat-kuat” – Tapi sayang… itu hanya mimpi belaka.

Jadi apa-apa pun. Banyak yang saya belajar. Cara mengurus organisasi. Cara membuat keputusan. Dan yang paling penting ialah….

Kadang-kadang kita rasa masalah kita besar. Kita hilang yakin. Kita jadi takut untuk bergerak.

“The problem is not the problem. The problem is your attitude towards the problem.”

Apa-apa pun try to keep calm. Say “All iz well”.
And keep doing the things you think is right.

Such a nice experience. In my first year.





No comments:

Post a Comment