Assalamualaikum
wbt.
Akhirnya
setelah sekian lama saya mengalami paranoia untuk mengepost di blog, pada hari
yang berbahagia ini saya gagahkan juga untuk menulis di blog. Sebab saya tak
nak ada blog yang sekadar alang-alang sahaja. Kalau boleh, biar lah ada
perkongsian macam perkongsian tentang kisah hidup saya sekarang, manalah tahu
jadi pengajaran atau inspirasi kepada orang lain.
“Your life is short. Make sure it’s inspiring!”
Sebenarnya
banyak perkara yang berlaku di sekitar saya dan sukar sekali rasanya jejari ini
untuk menaip di papan kekunci (tapi main twitter bukan main suka - poyo). Tapi
biarlah saya ceritakan perjalanan program yang kami anjurkan iaitu Majlis
Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Universiti Malaya.
To
be honest, program ni dah dirancang sejak tahun lepas. Sejak semester 1. Time
tu my friend, (Azwir namanya) tengah
rekrut AJK utk program ni. Waktu tu dalam kepala ni memang target mau stay
kolej ja. Sudah menjadi lumrah, budak-budak Freshie akan di brain-wash untuk
aktif di kolej masing-masing supaya dengan berkat ke-aktif-an tersebut, dapat la masuk kolej lagi untuk sesi depan.
So,
saya dengan tak malunya mencadangkan agar mencalonkan diri menjadi
setiausaha (SU) program itu. Tidak lain tidak bukan, sebab nak cari pengalaman
sebagai SU. Seumur hidup saya, inilah pengalaman menjadi SU. Sebelum ni jadi
macai-macai ja. Alahai la nasib.
“Trouble is your best-friend” - Lenka
Sudah
menjadi lumrah, setiap program yang dijalankan pasti menemui teman sejatinya
iaitu masalah. Masalah pertama yang kami hadapi ialah, program ni tak dapat
peruntukan yang secukup dan sepatutnya. Pengetua kolej hanya luluskan wang
sebanyak RM 400 untuk program tu.
RM
400 is extremely not enough, you know.
Kami
kena fikir bayaran untuk hakim.
Kami
kena fikir bayaran untuk peserta.
Kami
kena fikir bayaran untuk hadiah, cenderahati and so on.
Kami
memang kesuntukan bajet!
Kami
kaget!
Kami
tidaklah menyalahkan pengetua, sebab pengetua check kos program berdasarkan
Kertas Kerja Penuh (KKP) yang dihantar. Ibrahnya,
lepas ni nak buat program sila telitikan kos program ya.
“Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Rancang langkah anda, nanti diakhir langkah itu, anda tak akan berjalan dengan beribu sesalan lantaran salah langkah pertama itu”
Menyedari
akan hal ini, maka kami pun sibuk mencari tajaan luar. AJK tajaan kami dah
senaraikan almost 20 syarikat tajaan. Hanya 4-5 syarikat yang memberi maklum
balas. Mereka membuat surat, saya print dan hantar ke pejabat kolej untuk
kelulusan. Mendapat kelulusan adalah prosedur mudah. Ada satu lagi masalah
besar.
Mesin Faks kolej rosak.
Kami tak dapat nak hantar surat tajaan melalui cara yang paling senang.
Kami
guna alternatif lain. Kami hantar melalui email. Scan dokumen segala. Masuk
Laptop segala. Hantar guna email siswa segala – sebab akaun Yahoo rosak segala.
Tunggu punya tunggu, masih tak dapat respons. Satu ketul syarikat pun tak bagi
respons.
Bila
AJK Tajaan call syarikat dah dapat email atau belum, syarikat tu cakap dorang
tak dapat email surat tajaan tu. Lahanat.
Saya dah scan segala – fikir ayat manis untuk syarikat-syarikat – hantar lalu
email. Tapi masih tak dapat.
Rancang
punya rancang, rupa-rupanya rancangan Allah lagi maha hebat.
Kami
tidak berputus asa. AJK Tajaan meneruskan perjuangan di bumi Kelantan. Hasil,
dapat sikit dari Amanat Tok Kenali. Kami? Saya dan Pengarah serta beberapa
rakan lagi ada mencuba alternatif luar. Kami dengan muka separuh poyo bertanya
dari kedai buku ke kedai buku lain di Masjid Jamek untuk meminta tajaan.
Hasilnya? Satu pun tak bagi tajaan.
“Allah tak tengok hasil yang kamu dapat. Allah tengok kuat mana usaha kamu!"
Kami
pulang dengan hampa. Saya tak. Hanya mereka. Saya pulang dengan buku Bumi Cinta
– Habiburrahman El Shirazy dibeli di PWTC sempena Pesta Buku KL. Buku
bertambah, tapi baca tak lagi. Aduhai.
Ternyata
rancangan Allah lagi hebat.
Tarikh
awal program ialah 04 Mei dan ia harus ditunda. Sebab 05 Mei pilihanraya.
Pengarah naik pening. Tarikh semakin ditunda-tunda.
18
Mei – Fikir-fikir balik, tak jadi ambil tarikh ini. Ubah lagi.
25
Mei – Dewan dipergunakan majlis kahwin. Ubah lagi.
23
Mei – Tarikh muktamad. Tak ada ubah lagi. Lain Kali Lah.
Dan
untuk setiap kali tukar tarikh tu, korang kena bayangkan pula kena turun ofis,
hantar surat tukar tarikh. Pergi HEP (Hal Ehwal Pelajar) lagi hantar surat
selepas diluluskan di peringkat ofis kolej. Saya dan pengarah harus belajar
untuk keep calm.
Seminggu
lagi majlis bermula. Time ni otak memang tak fikir benda lain. Running Man tangguh sebentar.
Movie-movie yang beratur di Hard Disk untuk ditonton pun terpaksa berhenti
sebentar. Kena uruskan surat menyurat.
Mati
akal. Dead end.
Surat
Jemputan Felo baru buat.
Surat
Jemputan JKP baru buat.
Surat
permohonan banner baru buat.
Surat
jemputan pengetua baru buat.
Semua
buat last-minute. Pengarah naik rimas. Aku naik cuak.
Minggu
tu minggu sibuk. Kena siapkan portfolio English. Buat slide Hubungan Etnik dan
bentang. Titas (tak bentang tapi jadi tukang tekan slide). Surat-surat yang tak
selesai. Masa memang macam tiada. Tapi masih mampu main Twitter.
Kami kena habiskan apa yang kami mulakan!
Allah
masih ingin menguji aku. 2 hari sebelum hari kejadian, aku naik demam. Kepala
sakit. Pening. Flu mendatang. Kaki kelenguhan. Aku kena buat persembahan nasyid
time malam pertandingan tu.
“Kadang-kadang kita fikir semua akan okay. Tapi tiba-tiba kita dapat masalah. Masa itulah Allah betul-betul nak menguji hambanya.”
Hari
rabu malam ada rehearsal. Dewan bapak
sejuk. Aku kesejukan. Flu meningkat. Rehearsal tamat pukul 2 pagi! Balik bilik
terus pengsan. Esok nya aku tolak ajakan taiko aku untuk bersahur di Lembah
Pantai dengan alasan aku demam.
Esoknya
betul-betul aku rasa demam kecil. Aku tak turun 3 kelas. Pukul 10.30 pagi turun
pergi Klinik Kesihatan UM. Tempat tu bapak
jauh. Balik kolej, beli 100 plus segala. Makan. Baca slide HE. Petang, pergi
kuliah HE untuk present sahaja. Hasilnya?
Alhamdulillah.
Dapat present dengan suara yang comel (hik hik).
Sejurus
tamat presentation, minta kebenaran balik awal ke kolej. Sampai kolej, uruskan
surat jemputan felo untuk majlis (Well done, last-minuter!). pukul 5.30 turun
dewan. Hias-hias, rehearsal program.
Malam
tu, aku kena buat persembahan nasyid bersama sorang kawan. Furqan namanya. Kami
kena nyanyi dua buah lagu. Kebesaran Al-Quran (sebab tema Al-Quran) dan lagu
InsyaAllah. Hasilnya? Tongkang pecah. Aku dan Furqan hanya rehearsal nyanyi 20
minit sebelum persembahan.
Aku?
Lirik pun tak hafal, suara sangat comel, dan memang malu atas pentas.
Apa
yang ada di otak semua AJK waktu program tu ialah, “Cepatlah habis program!”
Alhamdulillah
program selesai. Hakim puji katanya standard program tinggi. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah.
Habis
program, buat post mortem. Kaji balik kelemahan. Tembak siapa yang kau nak
bunuh dengan kata-kata. Masa untuk memperkata kebenaran. Dan habis post mortem
lebih kurang pukul 1.30 pagi. Aku dah mamai. Tapi balik bilik, buka Twitter, Facebook, segar mata. Memang
poyo.
So
sekarang semuanya dah habis. Otak aku dah lega. Aku pegi lepas stress di
Midvalley – tengok wayang star trek dengan kawan. Ingat sabtu lepas nak pergi
Port Dickson melepas stress. Tapi tak jadi sebab semua busy. Semua perasan
retis, nak busy body.
Aku
masih ingat kata-kata pengarah.
“Kalau
kita sudah sampai di PD, aku mau teriak kuat-kuat” – Tapi sayang… itu hanya
mimpi belaka.
Jadi
apa-apa pun. Banyak yang saya belajar. Cara mengurus organisasi. Cara membuat
keputusan. Dan yang paling penting ialah….
Kadang-kadang
kita rasa masalah kita besar. Kita hilang yakin. Kita jadi takut untuk bergerak.
“The problem is not the problem. The problem is your attitude towards the problem.”
Apa-apa
pun try to keep calm. Say “All iz well”.
And
keep doing the things you think is right.
Such
a nice experience. In my first year.