Assalamualaikum.
Hai.
Hello.
Annyeong Haseyo.
Pangako sayo.
Alhamdulillah hari ni dah masuk 13 Mac 2013. Hari ni aku dah masuk
umur 20. Genap 20. Sebab apa? Sebab saya lahir 13 Mac 1993.
2013-1993=20.
sifir yang mudah hohoho.
Haih.
Apa-nak-tulis apa-nak-tulis apa-nak-tulis.
Ok hentikan ke-poyo-an ini. Saya bukan jenis yang suka update blog
sebenarnya sebab blog ni macam leceh. Ia tak se-simple Facebook atau
Twitter yang mana bila kita bukak, kita tulis apa kita nak, then tekan post
maka ia akan muncul. Tapi blog ni banyak nak kena karang, dah la susah nak
karang sebab saya malas fikir
ayat canggih susah pulak nak edit sana sini.
Haih.
Ah okay. bagi memecah ke-awkward-an ini, izinkan saya cuba menceritakan
semula kisah hidup yang saya ingat selama 20 tahun hidup di atas muka
bumi ini, ya.
...................
Waktu saya kecil, lebih kurang umur 4-5 tahun, aku dan keluarga
tinggal di rumah mama di Rumah Murah yang sekarang orang panggil Kampung
Muhibbah di pekan Ranau. Waktu ni fizikal aku, ada la chubby-chubby sikit. Saya tau pun sebab aku belek-belek gambar lama di rumah hari tu.
Nak dijadikan cerita seram, ada satu hari tu saya tengah makan nasi
di atas meja makan. Tengah syok makan, ada seekor kucing ni lompat atas
meja nak rebut makanan saya. Berbekalkan otak sebesar kulit bawang dan nafsu
makan sebesar alam, saya mengambil kucing tu dan masukkan dalam peti sejuk.
Lepas makan saya terus turun bawah kononnya nak bermain guli.
Sedar-sedar nenek saya perasan ada kucing dalam peti ais. Lepas tu
nenek saya tanya siapa yang letak kucing dalam peti sejuk tu, tiada siapa yang
nak mengaku. Lepas dah di-torture, akhirnya saya pun mengaku. Saya bagitau yang saya buat macamtu sebab kucing tu mengacau aku makan. Nenek tak marah sebab
beliau sedar saya masih budak. *Fuh selamat*
Waktu aku berumur 6 tahun pulak, keluarga aku pindah ke Kampung
Lohan. Ditakdirkan aku bersekolah tadika kemas di rumah berhampiran. Setiap
pagi, emak ku akan menghantar aku ke pagar tadika yang masih bertutup. Ada
kalanya aku diangkat supaya dapat melepasi pagar. Ada kalanya aku panjat
sendiri pagar tu. Kadang-kadang aku sorang tunggu di pondok. Kadang-kadang ada
la orang teman. Tapi bukan selalu.
Waktu tadika, dapat saya katakan yang zaman ni memang best. Mana
taknya, sebelum mula belajar, main. Habis belajar, main. Waktu belajar, main.
Seingat saya, pernah sorang kawan saya menangis sebab saya pukul. Sebab apa saya pukul, itu tak
ingat dah.
Waktu darjah satu sampai darjah tiga, saya bersekolah di SK Marakau
sebab ikut mak aku. Darjah tiga sampai darjah enam pindah pula ke SK Kilimu.
Waktu zaman sekolah rendah ni memang seronok. Sangat seronok.
Bayangkan, dalam satu hari kira-kira 10 jam digunakan untuk
bermain. Yang lain untuk makan-tidur-solat ( waktu tu solat tak full lagi L ). Saya rindu kawan sekolah rendah saya sebagaimana saya rindu untuk kembali ke masa
itu.
Time kecil saya sebenarnya teringin mau jadi orang dewasa. Kenapa? Sebab, waktu kecil apa kita mau buat mostly parents tak kasi. Saya mau keluar jalan-jalan pergi pekan mesti tidak kena benar jalan sorang. Nak pergi beli di
kedai runcit pun tak kena kasi benar. Mau main game pun tidak boleh sebab takut
merosakkan komputer. Pendek kata, apa pun tak boleh. Tapi bila dah besar
panjang macam sekarang, semua malas nak buat. Rindu nak kembali ke masa lampau
pula. Ergh!
Kemudiannya waktu umur 13 tahun, saya sempat bersekolah di SMK
Ranau selama sebulan dan SMKA Ranau selama seminggu. Semasa di SMKA Ranau,
parents saya datang membawa surat. Surat tawaran bersekolah ke Sarawak.
Lama saya fikir nak terima atau tak. Fikir punya fikir, akhirnya saya terima (saya pun tak tau sebab apa saya terima tapi mungkin sebab parents suruh kot).
Maka bermula lah perjalanan hidup saya di perantauan. First time terpisah jauh dari Family pada usia 13 tahun. Cuak, memang saya cuak. Takut, memang saya takut. Pelbagai persoalan bermain di kepala saya sebelum terbang ke Sarawak. Macamana mau communicate dengan orang lain, macamana mau cari kawan, macamana mau survive, dan macam macam lagi persoalan timbul.
Pendek cerita saya terbang juga ke Miri, Sarawak. Semua pelajar-pelajar tajaan yayasan sabah berkumpul di airport kota kinabalu sebelum bertolak ke Sarawak. Ramai ramai pelajar, 2 saja lelaki. Selebihnya semua perempuan. Sampai di airport Miri, kami dipisahkan mengikut sekolah masing-masing. SMK Agama Miri, SM Sains dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB). Saya dan dua lagi pelajar perempuan di KTDTHB.
Bila sampai di kolej, sampai asrama persoalan pertama yang timbul:
Pendek cerita saya terbang juga ke Miri, Sarawak. Semua pelajar-pelajar tajaan yayasan sabah berkumpul di airport kota kinabalu sebelum bertolak ke Sarawak. Ramai ramai pelajar, 2 saja lelaki. Selebihnya semua perempuan. Sampai di airport Miri, kami dipisahkan mengikut sekolah masing-masing. SMK Agama Miri, SM Sains dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB). Saya dan dua lagi pelajar perempuan di KTDTHB.
My sporting friends |
Bila sampai di kolej, sampai asrama persoalan pertama yang timbul:
Ini asrama atau rumah terbiar?
Asrama kolej memang dah lama. Mungkin layak digelar asrama antik. Sejak 1957 la katakan. Tapi jangan
terkejut kalau saya cakap yang saya lagi suka asrama lama tu berbanding asrama
baru. Waktu saya masuk bilik, packing, tiba-tiba saya homesick!
Kebetulan dua orang kawan saya ternampak saya menangis. Sampai form 5 peristiwa saya menangis tu kena ungkit. Sabar ja la kena bahan. hmmm, k.
Kebetulan dua orang kawan saya ternampak saya menangis. Sampai form 5 peristiwa saya menangis tu kena ungkit. Sabar ja la kena bahan. hmmm, k.
5 tahun di Kolej Haji Bujang memang menyeronokkan. Kehidupan sekolah
menengah memang seronok bagi saya walaupun terkadang ada rasa nak nanges, nak
tikam orang dari belakang guna pisau, tapi itu lah hidup.
Ujian itu yang membuat mu bertahan dan bertuhan
Lepas saya grad sekolah menengah, saya sambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan
selama satu tahun pengajian. Di sini saya juga belajar banyak perkara. Kalau nak tau,
belek post saya sebelum ni.
So, sekarang saya sudah berada di alam universiti. Saya dah 20 tahun. Saya dah dewasa. Yeay! :)
Saya ingin berterima kasih kepada semua yang dah ucap befday di Twitter mahupun Facebook. Saya berterima kasih sangat sebab korang ingat befday sayaeven Facebook yang bagitau kan.
Saya ingin berterima kasih kepada semua yang dah ucap befday di Twitter mahupun Facebook. Saya berterima kasih sangat sebab korang ingat befday saya
So apa-apa pun saya dah nak gerak pergi kuliah. Pagi tadi kuliah
Biologi Sel dibatalkan. Mengapakah? Hadiah befday mungkin. Oh ya, saya tak mengharap hadiah
pun. Saya cuma mengharap doa untuk umat Islam yang berada di Palestin, di Syria,
di Lahad Datu, or di mana-mana sahaja lah. Semoga aku pun mendoakan kebaikan
korang tu.
Resolusi saya menjelang umur 20 ini ialah. Live more, tweet less. Live more, Facebook less. Happy more, worry less.
Sekian entry yang sangat lame dari saya. Semoga korang sentiasa
sihat hendaknya. Amiin.
salam..
ReplyDeletesyukri ayat ko buat aq tgelak guling2 taw.. hahahaha
Happy birthday syuk.. harap2 resolusi baru kau tu tercapai, tweet less fb less (inisemuapoyo) :p
ReplyDeletebesa dah kurek ehh..semoga panjang umoq..
ReplyDeleteHappy birthday kurek.
ReplyDelete:)