26 Mar 2013

Tomorrow is not promised to anyone

Waktu aku ada idea,
Aku malas nak buka blog.

Bila aku buka blog,
Aku tak ada idea.

Ini semua poyo

Maka sila tengok gambar-gambar di bawah.
Sebagai tetapan masa lapang.




PS: Live your life to the fullest. Life isn't about pleasing everyone.
GAMBATEH!


13 Mar 2013

Selamat hari lahir aku


*Entry ini adalah sebuah entri tak tahu malu kerana mempromosi befday sendiri hikhik*

Assalamualaikum.
Hai.
Hello.
Annyeong Haseyo.
Pangako sayo.

Alhamdulillah hari ni dah masuk 13 Mac 2013. Hari ni aku dah masuk umur 20. Genap 20. Sebab apa? Sebab saya lahir 13 Mac 1993.

2013-1993=20.
sifir yang mudah hohoho.



Haih. 
Apa-nak-tulis apa-nak-tulis apa-nak-tulis.


Ok hentikan ke-poyo-an ini. Saya bukan jenis yang suka update blog sebenarnya sebab blog ni macam leceh. Ia tak se-simple Facebook atau Twitter yang mana bila kita bukak, kita tulis apa kita nak, then tekan post maka ia akan muncul. Tapi blog ni banyak nak kena karang, dah la susah nak karang sebab saya malas fikir ayat canggih susah pulak nak edit sana sini.

Haih.

Ah okay. bagi memecah ke-awkward-an ini, izinkan saya cuba menceritakan semula kisah hidup yang saya ingat selama 20 tahun hidup di atas muka bumi ini, ya.

...................

Waktu saya kecil, lebih kurang umur 4-5 tahun, aku dan keluarga tinggal di rumah mama di Rumah Murah yang sekarang orang panggil Kampung Muhibbah di pekan Ranau. Waktu ni fizikal aku, ada la chubby-chubby sikit. Saya tau pun sebab aku belek-belek gambar lama di rumah hari tu. 

Nak dijadikan cerita seram, ada satu hari tu saya tengah makan nasi di atas meja makan. Tengah syok makan, ada seekor kucing ni lompat atas meja nak rebut makanan saya. Berbekalkan otak sebesar kulit bawang dan nafsu makan sebesar alam, saya mengambil kucing tu dan masukkan dalam peti sejuk. Lepas makan saya terus turun bawah kononnya nak bermain guli.

Sedar-sedar nenek saya perasan ada kucing dalam peti ais. Lepas tu nenek saya tanya siapa yang letak kucing dalam peti sejuk tu, tiada siapa yang nak mengaku. Lepas dah di-torture, akhirnya saya pun mengaku. Saya bagitau yang saya buat macamtu sebab kucing tu mengacau aku makan. Nenek tak marah sebab beliau sedar saya masih budak. *Fuh selamat*

Waktu aku berumur 6 tahun pulak, keluarga aku pindah ke Kampung Lohan. Ditakdirkan aku bersekolah tadika kemas di rumah berhampiran. Setiap pagi, emak ku akan menghantar aku ke pagar tadika yang masih bertutup. Ada kalanya aku diangkat supaya dapat melepasi pagar. Ada kalanya aku panjat sendiri pagar tu. Kadang-kadang aku sorang tunggu di pondok. Kadang-kadang ada la orang teman. Tapi bukan selalu.

Waktu tadika, dapat saya katakan yang zaman ni memang best. Mana taknya, sebelum mula belajar, main. Habis belajar, main. Waktu belajar, main. Seingat saya, pernah sorang kawan saya menangis sebab saya pukul. Sebab apa saya pukul, itu tak ingat dah.

Waktu darjah satu sampai darjah tiga, saya bersekolah di SK Marakau sebab ikut mak aku. Darjah tiga sampai darjah enam pindah pula ke SK Kilimu. Waktu zaman sekolah rendah ni memang seronok. Sangat seronok.

Bayangkan, dalam satu hari kira-kira 10 jam digunakan untuk bermain. Yang lain untuk makan-tidur-solat ( waktu tu solat tak full lagi L ). Saya rindu kawan sekolah rendah saya sebagaimana saya rindu untuk kembali ke masa itu.

Time kecil saya sebenarnya teringin mau jadi orang dewasa. Kenapa? Sebab, waktu kecil apa kita mau buat mostly parents tak kasi. Saya mau keluar jalan-jalan pergi pekan mesti tidak kena benar jalan sorang. Nak pergi beli di kedai runcit pun tak kena kasi benar. Mau main game pun tidak boleh sebab takut merosakkan komputer. Pendek kata, apa pun tak boleh. Tapi bila dah besar panjang macam sekarang, semua malas nak buat. Rindu nak kembali ke masa lampau pula. Ergh!

Kemudiannya waktu umur 13 tahun, saya sempat bersekolah di SMK Ranau selama sebulan dan SMKA Ranau selama seminggu. Semasa di SMKA Ranau, parents saya datang membawa surat. Surat tawaran bersekolah ke Sarawak. Lama saya fikir nak terima atau tak. Fikir punya fikir, akhirnya saya terima (saya pun tak tau sebab apa saya terima tapi mungkin sebab parents suruh kot).

Maka bermula lah perjalanan hidup saya di perantauan. First time terpisah jauh dari Family pada usia 13 tahun. Cuak, memang saya cuak. Takut, memang saya takut. Pelbagai persoalan bermain di kepala saya sebelum terbang ke Sarawak. Macamana mau communicate dengan orang lain, macamana mau cari kawan, macamana mau survive, dan macam macam lagi persoalan timbul.

Pendek cerita saya terbang juga ke Miri, Sarawak. Semua pelajar-pelajar tajaan yayasan sabah berkumpul di airport kota kinabalu sebelum bertolak ke Sarawak. Ramai ramai pelajar, 2 saja lelaki. Selebihnya semua perempuan. Sampai di airport Miri, kami dipisahkan mengikut sekolah masing-masing. SMK Agama Miri, SM Sains dan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang (KTDTHB). Saya dan dua lagi pelajar perempuan di KTDTHB.

My sporting friends

Bila sampai di kolej, sampai asrama persoalan pertama yang timbul:

Ini asrama atau rumah terbiar?

Asrama kolej memang dah lama. Mungkin layak digelar asrama antik. Sejak 1957 la katakan. Tapi jangan terkejut kalau saya cakap yang saya lagi suka asrama lama tu berbanding asrama baru. Waktu saya masuk bilik, packing, tiba-tiba saya homesick!

Kebetulan dua orang kawan saya ternampak saya menangis. Sampai form 5 peristiwa saya menangis tu kena ungkit. Sabar ja la kena bahan. hmmm, k.

5 tahun di Kolej Haji Bujang memang menyeronokkan. Kehidupan sekolah menengah memang seronok bagi saya walaupun terkadang ada rasa nak nanges, nak tikam orang dari belakang guna pisau, tapi itu lah hidup.
Ujian itu yang membuat mu bertahan dan bertuhan

Lepas saya grad sekolah menengah, saya sambung pelajaran di  Kolej Matrikulasi Labuan selama satu tahun pengajian. Di sini saya juga belajar banyak perkara. Kalau nak tau, belek post saya sebelum ni.

So, sekarang saya sudah berada di alam universiti. Saya dah 20 tahun. Saya dah dewasa. Yeay! :)

Saya ingin berterima kasih kepada semua yang dah ucap befday di Twitter mahupun Facebook. Saya berterima kasih sangat sebab korang ingat befday saya even Facebook yang bagitau kan.

So apa-apa pun saya dah nak gerak pergi kuliah. Pagi tadi kuliah Biologi Sel dibatalkan. Mengapakah? Hadiah befday mungkin. Oh ya, saya tak mengharap hadiah pun. Saya cuma mengharap doa untuk umat Islam yang berada di Palestin, di Syria, di Lahad Datu, or di mana-mana sahaja lah. Semoga aku pun mendoakan kebaikan korang tu.

Resolusi saya menjelang umur 20 ini ialah. Live more, tweet less. Live more, Facebook less. Happy more, worry less.

Sekian entry yang sangat lame dari saya. Semoga korang sentiasa sihat hendaknya. Amiin.