Semenjak dua menjak ni perasaan nak menghapdet blog sangat malas. Bukan sebab line WiFi yang sangat AWESOME (pui). No, actually kadang-kadang line tu kuat. Tapi entah mengapa, tangan malas nak tulis blog even sometimes I feel like want to express my feelings to the world. But nanti mesti kena cop "attention seeker". Haha penakut rupanya. k.
Semenjak era penjajahan beta di bumi UM ni (actually baru sebulan lebih), banyak yang aku belajar. Err, means belajar kuliah dan tutorial bagai la. And test yang tah apa-apa aku jawab.
Ada banyak perkara yang berlaku depan kepala hotak aku. Hari tu, lepas aku balik dari mengambil ujian memandu motosikal, aku naik LRT balik stesen Universiti. Nak kata, tempat aku ambil lesen tu kat Gombak. Tau tak mana tu tempat? Okfoine tempat tu fyi adalah stesen yang paling hujung.
Kena tau jalan supaya tidak sesat |
Ok nak cerita pasal tempat memandu, nama syarikat tersebut adalah SKEM Driving Academy. Tersorok sedikit di kawasan agak pedalaman, memaksa kami mengharungi kawasan kampung (agaklah). Sampai sana, daftar. Keluar lagi $$. Boleh tahan jugak lah.
Lepas tu masuk kursus, slot pertama lagi dah psycho. Guru yang mengajar tu gila psycho. katanya kadar kematian penunggang moto dan kereta meningkat dari tahun ke tahun. Sebab apa? Sebab dorang ada lesen. LEsan yang membolehkan dorang memandu di atas jalan raya. Bila ada lesen, dorang sukahati buat jalan raya macam makbapak dorang yang punya.
So, beliau suruh kamiorang peserta keluar dari bilik kursus tu. Katanya, better tak payah ambil lesen sebab dorang tak nak kami menyumbang kepada kadar kematian di jalan raya.
Cilakak. So duit aku bayar tadi RM XXX tu macamana? Dasar mengambil untung. Nasib baik tiada yang bodoh sangat mau keluar. So macam tu la kisah menyakitkan hati di awal pagi. Banyak lagi sebenarnya dia cakap pasal itu ini politik sini politik sana mentaliti orang kita dan banyak lagi.
Time nak balik dari Gombak ke universiti, aku dan kawan aku seorang duduk di tempat paling hujung LRT tersebut. Disebabkan kami menaiki LRT yang mana stesennya paling awal, maka penumpangnya juga tidak ramai. Hanya seciput dua tiga orang. Okfoine aku tipu. Ada la dalam 10-14 orang.
Jalan punya jalan, bila LRT tu berenti di Ampang Park, ada seorang budak dalam umur 16 tahun duduk sebelah aku. Aku perhati punya perhati budak ni aku rasa dia ni remaja patah hati. kalau tidak pun remaja jiwa kacau. Sebab apa? Sebab di tangan beliau ada tatu. Pakai seluar pendek paras lutut, rambut ala-ala trojan dan opkos beliau memakai anting-anting hitam.
Bila tiba stesen KL Sentral, ramai orang keluar dari LRT. Tak kurang juga ada yang masuk. Tiba-tiba budak sebelah aku ni berdiri. Aku fikir dia nak chow (berambus) tapi sebenarnya bukan. Dia memanggil seorang makcik tua untuk duduk di tempat beliau tadi. Makcik tu berterima kasih kepada budak tu dan terus duduk di sebelah aku.
Aku dan kawan aku saling melihat antara satu sama lain.
Mana hilang orang yang baik penampilan luarannya? |
PS : Jangan cepat menilai orang pada rupa luaran mereka. Alaaa, pepatah dusun kan ada mengatakan, "Don't judge the book by it's title or author or cover".
Okfoine belum habis lagi aku nak cerita ni. Biarkan lah aku menulis sikit lagi pasal my life di UM sebab aku lepas ni memang susah nak hapdet blog ni. So alang-alang menyeluk perkasam jangan sampai menyeluk saku orang ye tak?
Ok. Haritu aku dan kawan aku berjalan di sekitar KPS. Ditakdirkan, berjumpa lah aku dengan seorang mamat Jepun ni. Beliau baru berada di Malaysia dua bulan tapi sudah fasih cakap Melayu. Beliau meminta aku menulis satu perkataan melayu dan terjemahan perkataan tersebut dalam bahasa inggeris.
Katanyadia nak kumpul 2000 perkataan untuk dibuat kamus dan aku orang ke 5oo++. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dia ni ialah Ketabahan yang dia miliki. Well tak semua orang sanggup nak buat kerja macam ni tau. Tak percaya, kau ambil satu orang kita. Then bagi dia assignment untuk kumpul perkataan macam mamat ni buat. Mesti banyak alasan dia bagi. Kan?
That's the problem of Our Malaysian's people nowadays. Mentality problem. We've become so inferior meanwhile the others become more superior. Think about it.
Tak. aku tak gemuk. Aku slim. |
Ternyata hidup di universiti berbeda dari hidup di sekolah menengah dan matrikulasi. Kalau dulu tinggal asrama or bilik, syarat dia asal tiada masalah disiplin memang boleh dapat. Means selagi tiada rekod jenayah dan pembunuhan terancang, maka peluang untuk dapat kolej sangat besar.
Tapi di universiti syarat nak stay kolej adalah dengan mengumpul merit yang tinggi. Merit kita dapat daripada join apa-apa aktiviti kolej macam ceramah.... forum... pertandingan seni... sukan.. dan sebagainya. Maksudnya disini wahai tuan-tuan dan puan-puan, kita kena aktif dalam sebarang aktiviti.
Jangan nak tidur-makan-belajar-berak-mandi-dating saja. Kena paksa diri untuk aktif. Tapi jangan semata-mata sebab nak kumpul merit saja tujuan kita nak ikut apa-apa aktiviti. Tapi biarlah sebab kita nak dapat pengalaman dan supaya kita belajar melakukan sesuatu dengan ikhlas. Jangan tamak. Bagi peluang untuk orang lain ikut aktiviti juga.
Ini tak. Semua dia nak bedal. Okfoine kalau nak join banyak benda, boleh. Dipersilakan. Tapi ada juga kes yang akibat join banyak sangat aktiviti, then last-minute tu dia tiba-tiba tarik diri. Cilakak orang macam ni. Dulu tamak bukan main nak dapat projek. Bila dah dapat suka hati tinggalkan. Akibatnya? Kau dah susahkan orang lain. Terpaksa cari orang last-minute untuk ganti.
Nampak tak permainan dia di situ?
Setakat ni aku dah join JTK SPA (kira mcm persatuan keagamaan), Kelab fasilitator, Kelab Multimedia, Pertandingan nasyid antara kolej kediaman, catur and kayak. Dan aku harap aktiviti ni tak membebankan aku. Biar la aku seimbang pelajaran dan aktiviti.
Oh ya doakan kejayaan aku di sini. InsyaAllah aku doakan kejayaan kau pula. Terima kasih kerana membazirkan masa menjenguk blog aku ni.
*Rindu dengan umi dan abah bila baca mesej yang dihantar dari Mekah. Semoga umi dan abah berjaya mendapat haji Mabrur dan selamat perjalanan pergi balik. Ameen!*
entri best.seryes.cuma maybe kena lawakan header kot.Hahaha,maaflah sekadar cadangan ^^
ReplyDelete