Azam sementara masih bujang |
Assalamualaikum.
Ini entry
pertama saya menjelang tahun 2014. Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog,
maka semalam saya telah melakukan sedikit perubahan pada blog. Header boring
sudah ditukar menjadi header poyo. Ruangan posting sudah dibesarkan sedikit.
Widget-widget membosankan sudah dibuang kerana mengganggu pemandangan. Sarang
labah-labah juga sudah dibersihkan. Hikhik.
Maka di
kesempatan ini, entry pertama ni saya akan bercerita tentang azam bujang saya
yang pertama iaitu - mengembara.
Semenjak dua
menjak ini, keinginan saya untuk mengembara semakin hari semakin meningkat. Semuanya
bermula dari gambar yang dipromosi oleh Malaysia Airlines (MAS) di Twitter,
semangat mengembara saya semakin membara bara
bara, bere bere bere.
Inspired by this quote |
Antara sebab saya ingin
mengembara ialah melihat keindahan alam kurniaan Allah ini. Bukankah sayang
sekali sekiranya sepanjang hayat hidup kita, tapi tidak melihat semua
ciptaan-Nya? Bukankah rugi sekiranya kita cuma menetap di Malaysia tapi tidak
keluar ke tempat orang lain, belajar budaya, adat, persekitaran dan cara hidup
mereka?
Mengembara memang
menyeronokkan serta mematangkan kita. Sepanjang perjalanan yang disusuri, kita
akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Kita akan berjumpa dengan mereka
yang baik hati, peramah, pencuri, pemarah, gangster malahan mafia (harap harap
dijauhkan) dan banyak lagi.
At the end of our journey,
kita pasti akan belajar sesuatu daripada mereka. Kita akan lebih mengenali
masyarakat. Kita lebih peka terhadap apa yang kita ada di Malaysia, tapi tidak
ada di negara lain dan sebaliknya. Yang paling penting, ilmu kita bertambah.
Kalau diikutkan pengalaman,
saya juga sudah dikira mengembara seawal umur 13 tahun. Berpeluang melanjutkan
pembelajaran di negeri Kenyalang sungguh tidak disangka-sangka. Ia peluang
mengejut. Namun hasil didikan berada di sanalah saya adalah saya yang sekarang.
Saya belajar cara hidup
berdikari. Saya belajar bagaimana cara berkawan, bersosial dan hidup bermasyarakat.
Saya juga belajar mengenal tuhan dengan lebih dekat. Kenangan sungguh bumi
Kenyalang, bumi tarbiyah saya.
One day i will travel around the world. InsyaAllah. |
Buat masa ini, saya
mempunyai rancangan untuk mengembara di sekitar semenanjung. Saya telah
diinspirasi oleh rakan-rakan twitter (@twt_backpacker terutamanya) atas
tweet-tweet yang dikongsi. Jangan terkejut kalau saya kata curator tersebut
pernah mengembara dengan menggunakan basikal sahaja. Jimat duit katanya.
Enjoy quote-quote about
travelling di bawah! :)
Who wants to travel with me? Anyone?