Memandangkan lama sangat dah tak hapdet blog (even minah ni lagi lama x hapdet), pada petang yang berbahagia ini saya ingin mengapdetkan blog yang lama tak bersentuh. Actually lama dah nak hapdet tapi memandankan line internet yang sangat LAJU, terpaksa batalkan niat.
First, izinkan saya berkongsi cerita sepanjang keberadaan saya di Universiti malaya. Minggu pertama ialah Minggu Haluan Siswa (MHS) iaitu minggu Orientasi. Minggu ni memang best. lagi2 time berkumpul di Dewan utama Universiti.
Time ni memang gempak arh. Semua kolej kediaman ada. So apa lagi, kelaurlah segala mala cheers yang ada di UM ni. Best sangat tengok persaingan ni. And you know what, Kolej kamiorg diiktiraf sebagai Kolej paling bising. Habis semua di'sap' kamiorang. Lisa Surihani pun sebut nama kolej kamiorang you know. Kelas Kau.
Then hari Sabtu tu kmiorang keluar pergi jalan-jalan menghabiskan duit. Means jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Best sangat. Ya lah first time lah katakan.
Sepanjang seminggu pertama kuliah, hanya masuk kuliah dan hadam ilmu macam biasa. First two weeks adalah minggu add and drop subject. And minimum jam kredit untuk kamiorang adalah 18jam kredit. Pakcik aku cakap, 18 jam kredit tu kira sedikit.
Ya memang sikit. Sampai saya ada masa tidur di bilik sebab kadang-kadang kelas start pukul 5.
Ok sekarang sudah masuk minggu ketiga kuliah. Hari ini (Selasa) adalah hari undi untuk calon Mahasiswa. Lepas undi tadi dapat makanan you. Kolej lain tarak. Hahaha. (Proud to be kuazian)
Ok cukup cerita pasal Kolej kediaman saya
Hari esok (Rabu) abah dan umi akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan haji. Sedih sangat bila berbicara dengan umi dan abah semalam. Makcik dan pakcik datang ke rumah katanya membawa beberapa hajat bila tiba di tanah suci.
Doaku untuk mu abah dan umi..
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik..
Semoga mendapat Haji mabrur..
Semoga dapat mengambil ibrah dari perjalanan ini..
Hiba anakmu dari hati yang dalam..
Semoga perjalanan diberkati..
Selalu..
:')
Cinta hati sampai mati |
24092012
15:46
Universiti Malaya
Malaysia